Ubi kayu memang sedap direbus (bersama sambal tumis atau ikan masin ). Selain itu sedap juga dibuat "getuk". Direbus dan ditumbuk bersama gula pasir@merah, kemudian dikepal dan seterusnya digoreng (salut dengan bancuhan tepung seperti pisang goreng).
Resepi ubi kayu tumis hari ini diwarisi dari emak .Masakan Jawa kot sebab tak ramai kawan2 yang tahu ubi kayu boleh ditumis.Simple sangat ingredient dia, lepas tu time merebus ubi, leh tinggal tengok TV..hahaha
Hujan2 begini...makan ubi memang sedap.Permintaan dari si tukang tanam...ubi tumis
Ubi kayu ~ anggaran 1kg
Bawang merah - 8 ulas
Bawang putih - 4 ulas
Ikan bilis - segenggam
(Semua bahan diblender)
Cara :
Letakkan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan dikisar tadi hingga wangi. Masukkan ubi kayu yang telah dipotong kecil dan dibersihkan.
Masukkan air searas dengan ubi kayu tersebut.Tambahkan garam. Tutup kuali dan direbus empuk.
Pastikan ubi tersebut telah empuk sebelum dihidangkan.
Note : The best part...kanji dari tumisan ubi kayu yang melekat di ubi kayu tersebut...paling sedap. Lembik2...nyummmm....
P/S Ubi kayu digoreng dan dicicah sambal kicap....pun sodappppp!!
ubi kayu memang serba bolih cara masaknya...macam daunnya pun bolih di masak pelbagai menu..
BalasPadam