Home · About Me · Sitemap ·

Angsaku bertelur lagi

Dah 4 ekor anaknya menjadi korban sebelum ini. Kali ini kami bakal menerima "ahli keluarga" baru bila si betina Ang bertelur lagi. Wah..rezeki ..rezeki...

 Si ibu Ang yang tidak pernah meninggalkan kawasan "persembunyiannya" kecuali terdesak untuk minum dan membasahkan badan. Note: singahsananya ini disediakan oleh tuannya iaitu my ncik Suami

Kata Encik Suami, ada 6 biji telur semuanya. Tak taulah jadi semua ke tidak. Dalam cuaca panas begini di SP, insya-Allah...semua akan menetas dieramkan oleh si ibu. Kuasa Allah SWT, dah 2 kali kami menyaksikan detik penetasan...anak2 yang dieramkan oleh si ibu bila menetas semuanya berpasangan jantan-betina. Tak ada lagilah bila tetas, 3 jantan 1 betina dan sebaliknya. Kalau bertelur 3 biji pulak...1 biji telur mesti tak menjadi. Lain ceritanya kalau dieramkan oleh manusia melalui suhu tertentu, jantinanya tidak menentu.

Bapa Ang memandang Anim dengan curiga...Amboi..nak disudunya kita bila ternampak si Mem snap gambar bini dia. Wah...guard setia ni. Sanggup dia guard "bini" dia kalau si betina keluar sekejap minum dan mandi. Kadang-kadang disondolnya kepala si betina suruh bangun makan. Ada ketikanya...dia turut sama mengeramkan telur-telur tersebut. Sayang betul si jantan kat bini dan telur-telurnya...

Ustazah Rumlah dah booking sepasang.. Teruja dia bila dengar cerita Anim tentang guard2 Anim ni di kantin. RM50 sepasang tau kak...bagi Anim jaga besar sikit. Takut mati kalau bagi kat kak kecil2 lagi. Apek kat BPJ pun dah tanya...dia sanggup ambil RM40 seekor anak. Nantilah pek...kami fikir dulu nak bela ke tak...tunggulah "cucu-cucu" kami keluar dulu.

P/S Pengalaman di depan mata amat berharga...

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Angsaku bertelur lagi"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai