Home · About Me · Sitemap ·

Semuanya berubah...

Apa yang tak berubah dalam kehidupan kita? Mustahil tiada perubahan dari dulu sampai sekarang. Kalau orang kata"amboi hang...dari dulu sampai la tak berubah no..." Aaah..muhonglah. Badan berubah, bilangan rambut hitam di kepala berubah, silap2...bilangan gigi pun berkurangan! Tapi ni bukan nak cerita asal empunya diri atau oranglain. Nak cerita fasal perubahan tak sampai setahun post entry tentang sesuatu tempat.

Ceritanya di [sini]
 
Hmmm...bila berkunjung lagi tempohari...tukang masak yang muda belia dan pelayannya yang dulu sudah berubah wajah. Bila dah berubah orang. of course la ada perubahan rasa walaupun tokey restoran masih sama..Lain orang...lain air tangannya. Kalau tak percaya bagilah bahan-bahan dan ramuan yang sama kepada 2 orang tukang masak. Masing-masing akan menghidangkan 2 masakan yang sama tapi berbeza rasa.

Tak jumpa lagilah Roti Arab berkuah sardin [ di sini ]

2,3 kali lalu tutup sahaja restoran ini. Ingatkan kot renovation ke, cuti ke. Bila berpeluang tinjau lebih dekat...terpampang "FOR RENT"...hmmmm...sahla dah tutup. Nilah payahnya bila kuasa membeli tiada. Restoran cantik, bersih orang tak nak pi...tapi kalau warung bawah pokok...tu dia! Cari parking pun payah (walhal harga makanan sama dengan restoran bersiling dan berkipas)

Abang Mat Laksa Motor masih sama macam baru2 jumpa [di sini]

Cuma harga tak sama macam tertera di atas. Tadi bersembang dengan Bang Mat di pasar malam BPJ, harga laksa RM1.50 dah tak jual dah. Laksa sebungkus RM2 sahaja. Harga ikan kembung (termenung) dah tak dapat RM3.50 sekilo macam dulu walhal jumlah ikan tak leh kurang...nanti tak sama rasa. Ish..ok sangatlah RM2. Mana nak jumpa kat tempat lain? Ada telur 1/2 biji, ada limau, ada salad, ada bawang, ada cili... Kalau nak buat sendiri, lagilah surrender..

Dah tak jejak kaki ke sini lagi [di sini]

3 kali pergi dan serasi dengan no.66 (panggilan untuk si tukang urut). Alih-alih bila berkunjung buat kali ke4, jawapan yang diberi penyambut tetamu :

"Oranglain boleh?"

"Mana 66? Saya dah faham cara dia. Dia dah tahu kehendak saya"

"66 sudah balik la"

"Bila dia mai semula?"

"Dia balik teruslah...tak mai Malaysia lagi"

Laaaaaaaaaaa.........


P/S Bisnes ada untung ada rugi....Tak ada bisnes yang senang dan goyang kaki untuk dapat duit melainkan bisnes menipu!

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Semuanya berubah..."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai