Ihsan dari Mr.Goggle
Berkesempatan singgah sembahyang Zuhor di masjid Jamiul Badawi, Kepala Batas semasa mengikut Mr.Hubby menjengok perkembangan pasukan dart anak buahnya dalam pertandingan antara jabatan di Kompleks Sukan MPSP Bertam. Dari pandangan luar seperti biasa sahaja. Namun..ada beberapa perkara yang menarik minat Anim kerana tidak berpeluang menemuinya di masjid-masjid lain yang pernah kami singgah sebelum ini. Tak taulah pengalaman oranglain pula.
Khabarnya ini rumah datuk Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi...dalam kawasan masjid. Nampak elok dan terjaga namun persis tiada penghuni.
Perpustakaan di tingkat atas (ruang solat muslimah)...tambah ilmu di masjid
Tertarik dengan ayat di papan notis ini. Mesti ada jemaah yang pernah buat kerja lagu nih sebelum ni...kalau tak, takkan ada kenyataan dari pentadbiran masjid. Tak pernah jumpa notis seperti ini di masjid lain yg pernah Anim singgah
Ni yang tak sanggup nak baca. Dalam ruang solat pun nak buat kerja. Musang berbulu ayam ada dalam masjid!!
Terkejut kerana dalam kawasan masjid pun ada amaran begini...Masya-Allah, berani peragut tu buat dajal di sini....
UPDATE: dia agro farm telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Masjid Jamiul Badawi@Kepala Batas " anda:
"maaf..rasanya gambar yg tertera bukanlah rumah datuk kpd Tun...rumah keluarga beliau adalah rumah sejarah yg terletak di dalam kawasan sekolah arab yg terletak diseberang jalan kawasan masjid"
Maaf, Anim telah terpadam comment ini secara tak sengaja. Terima kasih dia agro farm. Semoga kesilapan Anim sewaktu menulis fakta tentang masjid ini dimaafkan.

P/S Kejahatan ada di mana-mana...
Belum ada komen untuk "Masjid Jamiul Badawi@Kepala Batas"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai