Home · About Me · Sitemap ·

Nak cari isteri cikgu?

Orang tua-tua dulu, makcik-makcik kat kampung yang ada anak teruna suka sangat kalau dapat menantu cikgu. Teringat cerita Encik Suami...(kami ni dulu...Mak Usu dia yang match...huhu) Pilihan yang dibisikkan kat Mak Usunya ialah cikgu. Apa taknya...pandangan biasa, cikgu balik sekerat hari...cikgu banyak cuti...anak tak payah hantar tuition...Haaa..padan muka...baru tahu rupa-rupanya kerjaya cikgu taklah seindah yang dia bayangkan...hahaha.


Terkejut bila lihat banyaknya benda yang dibawa balik cikgu ni ke rumah..

 Tambah terkejut sebab seawal 4 pagi, cikgu dah buka "warung" di dapur. Ada yang kena grill, ada yang kena kukus...Mana sempat buat semua kat sekolah. Kena bahagi2 tugas la..

Jangan tak tau bah...kerja cikgu termasuk cari duit untuk sekolah sama...Zaman awal 90an dulu, pernah dikerah cari duit dengan Jogathon. Masuk alaf baru...Hari Kantin a.k.a Hari Usahawan Muda. Mana-mana sekolah, program ni ada dalam takwim, Tak taulah 5 tahun akan datang camna gaya cari duit. Kena guna tenaga sendiri...Nak beli siap, upah orang buat..berapalah untung dapat. Lagilah sekolah kecil , tenaga yang ada tu lah yang dipusing2, bukan takat satu kerja, satu nama...biasalah,cikgu kan superpower...

Tak caya...tengoklah geng-geng bas sekolah ni. Ni jela foto yang sempat di snap kerana gerai sudah diserbu sampai tak menang tangan...Tak sempat pegang kamera

 Kerja tak habis di situ bila gerai ditutup...

Pelanggan dah tunggu tu...menanti nama naik untuk cabutan bertuah..

 Malangnya...satu pun bukan milik Anim

P/S Tenaga sudah habis bila balik sekolah hari ini..Kalau kita tido hingga ke petang...jangan mareee yee...

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Nak cari isteri cikgu?"

  1. Haha... Musim sekolah buat hari usahawan.. sekolah saya 10 hb nov ni baru buat... Jual ice blended kami ni... Ya, kerjaya cikgu bukan semudah yang disangkakan... Tahniah kak anim...

    BalasPadam
  2. semua part dlm bdn cikgu..
    dr hujung rambut ke kaki..
    kalau "for sale"..
    semua laku..hihihi

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai