Home · About Me · Sitemap ·

Raya 1431H Plus Majlis Tunang


Syawal 1431H kali ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan berganda buat keluarga sebelah Anim. Mana taknya...tahun ini kami dapat berkumpul kesemua 11 beradik, 6 menantu , 21 cucu ditambah dengan 3 adik beradik emak bersama pasangan dan 12 sepupu . 

Tahun-tahun sebelumnya walaupun semua dapat pulang beraya di Johor tetapi tak dapat berkumpul semua. Maklumlah...ipar2 dari merata negeri..Selangor, Terengganu, Sarawak, Perak, Pulau Pinang. Aduh...riuh, gawat dengan suara budak2..nak berjalan pun tak nampak lantai kosong.. penuh dengan manusia!

Anim memanjatkan kesyukuran dan berbangga kerana punya seorang emak yang sanggup menjaga ayahnya yang  mempunyai masalah pembuangan air kecil dan Alzhemier. Dimandikan, dicucikan najisnya, disuapkan makannya dan dilayan kehendaknya Tinggi betul kesabaran emak melayan ayahnya. 

Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan kesihatan untuk emak. Atok yang berusia hampir 93 tahun kini menghabiskan masanya dengan terlantar di katil. Mudah-mudahan anak-anak Anim juga mempunyai rasa kasih mendalamnya terhadap Anim dan Encik Suami.

Dan ini pula sebab ke2 kami semua dapat berkumpul semua...

Majlis pertunangan Radzuan (adik ke9) bersama pilihan hatinya, Shila di Tmn Sri Sulong, Bt Pahat pada hari raya ke 6

Bapa saudara yang setia menyiapkan barangan hantaran sehingga tengah malam. Sejak majlis kahwin Anim hinggalah adik ke9 ni...dialah yang menyiapkan barangan hantaran kami. Apa nak buat...tangan Manager Toshiba yang baru bersara ini cukup berseni dibandingkan dengan "keras tangan" Anim.

Tengoklah hasil tangannya

 
Sepupu sepapat sebelah emak, anak sedara je dah dekat 40 orang. Olehkerana emak (anak sulong) mendapat adik ke2nya semasa berusia 11 tahun...sepupu2 Anim masih muda belia, anak remaja lagi. Tak pe..tak pe...yang penting, sama kepala!!!


Ini kuih unik ditemui. Apam yang dibungkus dengan daun rambai. Tak sempat interview tuan rumah  -  (keluarga pihak perempuan asal NS - makanan tradisi sana kot!)

Selamat datang ke keluarga besar Hj Rahmat & Hjh Jariah buat Shila

P/S Bila dah ramai2...part yg paling best time makan...kuar lah apa saja dari dapur, sekelip mata habis. Time mandi, kena tunggu depan bilik air macam cerita P.Ramlee Nak tidur??? Tak boleh ikut couple, rumah  5 bilik je.....kena tido ikut jantina...silap2 kena cari port sendiri nak tido..atas kerusi, bawah kerusi, depan tv..pagi2 bangun, silap2 boleh terpijak!!

Artikel berkaitan:

Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang


Hari Raya ke 4, kami menjejakkan kaki pula ke Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang di Kg.Makam, Kota Tinggi.

Makam yang telah dinaiktaraf (berbeza dengan dahulu).  ~Sultan Mahmud telah ditikam sehingga mati oleh Megat Seri Rama (Laksmana Bentan) yang menuntut bela di atas kematian isterinya yang mengandung. Sultan Mahmud telah mengarahkan isteri Laksamana Bentan dibunuh kerana (mengidam) memakan buah nangka diraja. "Mangkat dijulang" kerana ketika ditikam mati,Sultan Mahmud II sedang dijulang dalam perjalanan menuju ke masjid untuk bersembahyang Jumaat~.

Tapak masjid asal kejadian berdarah pagi Jumaat, tahun 1699. 

Masjid baru dibina bersebelahan makam

Makam Bendahara Tun Habab yang ditabalkan menjadi Sultan Johor II kerana Sultan Mahmud II tidak meninggalkan waris.Beliau menggunakan nama Sultan Abdul Jalil Riayat Shah ke IV. Bagindalah yang memindahkan pusat pemerintahan Johor ke Kota Panchor pada 1700.

Note :Keturunan Bendahara Tun Habab telah memperluaskan lagi kuasa Empayar Kesultanan Johor. Anakanda Baginda, Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu yang pertama. Keturunannya berterusan sehingga ke hari ini. Tunku Tengah, puteri beliau berkahwin dengan Daeng Perani, putera dari salah seorang anak raja Bugis 5 saudara yang mahsyur keturunannya menjadi Sultan Johor sekarang. Tun Abas, putera baginda menjadi Bendahara Seri Maharaja Pahang. Keturunannya menjadi Sultan Pahang sehingga hari ini.

P/S Salasilah keturunan Raja-Raja dan Sultan yang memerintah Johor, Pahang dan Terengganu sekarang ini adalah berasal dari Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV@Bendahara Tun Abdul Majid Habab (Habib) Seri Maharaja Padang Saujana Johor.


Artikel berkaitan:

Satay Wak Lan@Seri Medan

Ini port Anim makan sate (satay) kalau berpeluang pulang ke Johor. Memang 2 thumbs up Anim beri. Kalau orang Selangor berbangga dengan Satay Kajangnya...kat sini satay Wak Lan di Sri Medan, Batu Pahat.

Hari kami singgah ni baru dibuka selepas 6 hari bercuti raya. Apalagi...penuhlah orang. Banyaklah order. Nasihat ikhlas dari Anim...kena tambah pekerja membakar satay dan tempat membakar satay . Jenuh menunggu untuk tempahan dibawa pulang. Kalau ikut turn..dah lama dapat sebab 1st come sepatutnya 1st serve. Tapi tak taulah...rezeki hari tu lambat pulak...sabar jelah

Sambil menunggu...perut mestilah diisi. Lembutnya daging..baik lembu atau ayam. Tak jumpa la lemak yang dibakar macam sesetengah tempat.Makan tanpa kuah pun dah sedap.

Menu tambahan favourite kami. Soto. Kat Satay Sahlan ni sajalah hubby boleh order soto yang kena betul dengan selera tekak kami sekeluarga. Gerai Satay Sahlan ini telah menerima kunjungan diraja. DYMM Sultan Johor pada bulan Mac 2010. Tambah terkenal lah satay Wak Lan ni seantero Malaysia, insya-Allah.

P/S Servis kena tip top...mudah-mudahan berkembang maju seluruh Malaysia seperti Satay Kajang Hj Samuri. Senanglah nak pi cari kalau tak sempat balik Johor.

Artikel berkaitan:

Nasi Beriyani Md Shah@Batu Pahat

Kalau berkesempatan balik ke Johor...hobi utama ialah ronda-ronda cari makan. Walaupun masih dalam suasana raya...tak putus2 dijamu rendang ayam, rendang daging...tekak masih teringin menikmati Nasi Beriyani Batu Pahat yang tak setanding tempat lain (tekak Anim lah). Dan pastinya gerai Beriyani Md Shah di Kompleks Niaga Benteng Peserai (opposite Putra Specialist Hospital) menjadi pilihan.

 
2 gambar ini ikhsan dari goggle


Nasi beriyani kambing...RM5.50 sepinggan. Ini Anim punya. Ini sajalah rupa hidangannya. Tak payah berkuah dalca, beracar timun. Tapi tak taulah nak kata apa. Nasinya saja dah sedap. Sejak setahun duduk SP, masih belum ada yg dapat menandingi keenakan Nasi Beriyani Md Shah. Nasi Beriyani mamak kat SP??? Tak kena tekak Anim.
--------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya ada cerita menarik untuk dikongsi. Sekolah lama Anim bertugas iaitu SK Peserai akan menempah Nasi Beriyani Md Shah ini untuk dijamu kepada seluruh warga SKP menjelang sambutan Maulud Nabi. Begitu juga apabila pihak masjid berdekatan turut mengadakan majlis yang sama dan menjemput semua warga sekolah menikmati hidangan Nasi Beriyani . Aduhh..tak boleh lupa membawa murid-murid berjalan kaki ke masjid. Nikmatnya menikmati Nasi Beriyani Md Shah yang dihidangkan di dalam dulang(talam).

P/S  Istimewanya di Johor, sambutan Maulud Nabi selama sebulan. Sana sini sambutan diadakan, sekolah, kampung, masjid, taman perumahan dan yang pastinya hidangan Nasi Beriyani menu utama.




Artikel berkaitan:

Kota Johor Lama

 

Orang Johor kenalah tahu sejarah negerinya sendiri. Nak tahu...kenalah pergi ke Kota Tinggi. Di sanalah, asal pusat pemerintahan Empayar Johor. Singgah sebentar di sini pada hari raya ke2 semasa hendak ke rumah adik ipar di Bandar Penawar, Desaru, Kota Tinggi. Nak ke sini, kena melalui Teluk Sengat.


Kompleks Sejarah Kota Johor Lama di bawah penyelenggaraan Jabatan Muzium Malaysia. Olehkerana kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam, nak tahu apa yang ada di sana...boleh rujuk di sini

 
Kota pertahanan terbaik di antara kota-kota pertahanan yang dibina sepanjang Sg Johor. Dibina pada 1540, zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka, Sg Johor telah dijadikan pusat pemerintahan dan kota pertahanan untuk menyerang balas kedudukan Portugis di Melaka. Seberang kubu ialah Sg Johor.

Keadaan semulajadi kota ini memudahkan pengawasan dibuat terhadap pergerakan keluar masuk kapal-kapal terutamanya ancaman dari orang-orang Acheh dan Portugis. Tengok tu...anak-anak kena diterangkan sejarah dari kecil. Camtulah dulu kot aksi pengawal di kubu yang dibina ini.

1587, kota ini jatuh ke tangan Portugis. Keseluruhan kota ini dibakar dan harta benda termasuk senjata dirampas

  Ronda-ronda kawasan kampung Kota Johor Lama yang sunyi. Namun terdapat chalet-chalet persendirian yang didirikan. Khabarnya pelancong Singapura kerap ke mari.


On the way bertolak pulang, ternampak sesuatu di celah-celah kebun sawit. Menurut catatan yang tertera di situ, itu adalah Makam Temenggung Johor atau Makam Bidan. Batu nisannya ditarikhkan pada pada abad ke 16, satu tafsiran yang amat sesuai dengan kedudukan Johor Lama sebagai Kota Kesultanan Johor pada abad tersebut.

P/S Promosi luar perlu digiatkan. Anim sendiri setelah lama berulangalik ke Kota Tinggi, baru ini berkesempatan mengunjungi Kota Johor Lama dan mengetahui kewujudkan Kompleks Sejarah ini.

Artikel berkaitan:

Saya jadi pengantin Orang Ulu!


Lepas check out jam 11.30 pagi, masih ada masa lagi utk berjalan2. Singgah sekejap Muzium yang berdekatan dengan hotel kami menginap.

Dek kerana ini kunjungan ke2, mulalah cari jalan nak cari kelainan . Apa yg Anim nak buat ni?

  2 Abdul dan orang lalu lalang dok mengintai...sabar..sabar...
 Pengantin Orang Ulu Sarawak sudah siap. Hahaaha..

Anim tanya aunty tadi.."Pengantin orang Ulu ada badan macam saya tak? ".
Jawab aunty, "Lagi gemuk dari awak pun ada..". Hihi...malu arr..

Si Abdul sulung malu nak bergambar dengan Anim pakai baju macam ni. Kurang asam..hahaha.

Encik Suami pulak sporting. Dia ajak bergambar di luar..terang sikit katanya. 
(Sebenarnya kat tepi, kat depan kami tu penuh dgn pengunjung Muzium dok tengok pengantin Ulu ni..buat muka tebal je. Kita bukan VIP yg dikenali.. tul tak?)

Bayar RM10 sahaja untuk kenakan costume ini

Lari..lari..lari....bila makin ramai yg memerhatikan gelagat Anim..

P/S Lucu bila diingat-ingat kembali..

Artikel berkaitan:

Syawal 1431H Menjelma

Wah...lamanya tak post n3. Seminggu bercuti raya di kampung...mana sempat nak mengetuk jari di keyboard laptop. Jari jemari lebih diperlukan di dapur...baik di rumah MIL di Kota Tinggi (menantu sulonglah katakan!) mahupun di rumah Bonda di Kluang (Jadi Mak Ngah di sini!). 

Tahun ini kami merayakan 1 Syawal di rumah MIL di Kota Tinggi, Johor. Sambutan Syawal tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Saat paling teruja buat Anim bila ketiga2 Tiga Abdul Anim mengenakan baju Melayu sedondon untuk bersembahyang hari raya.


Saat inilah yang paling dinanti-nantikan menjelang Syawal. Tahun ni anak2 tersengih lebar sebab Tok Pak dan Embah beri duit angpow warna purple kat semua cucu-cucunya ...haha Tok Pak dan Embah baru jual sawitlah tu...

P/S Tidak terlewat rasanya untuk Anim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua. Syawal kan ada 30 hari..

Artikel berkaitan:

"Cuci The Movie" Duo?


Ingat tak Cuci The Movie oleh Hans Isaac yg dilakonkan oleh Afdlin , Awie, AC Mizal dan Hans sendiri. Kisah 4 pemuda pencuci tingkap dan kerja cuci mencuci mereka. Anim cukup seronok menyaksikan gandingan mereka ber4 berlakon . Apa kaitan mereka dengan entry Anim kali ini??

Ni si adik...

Kalau Cuci The Movie mereka ber4...movie Anim pulak ni ber2. Mereka bukan saja cuci tingkap malah segala-galanya dari pinggan mangkuk, bilik air, mop lantai, bilik air, vacum bilik, segala sawang.Pendekata dari A sampai Z pagi tadi 

Remaja 2 beradik berusia 17 tahun ini "dipinjamkan" oleh kawan Encik Suami setelah usaha Anim mendapatkan khidmat tukang cuci wanita (Indonesia) gagal kerana jadualnya penuh sehingga dekat raya. Haiyaa...lambat booking. 

Walaupun pada awalnya Anim ragu-ragu dengan keupayaan mereka (sebaya adik bongsu Anim ) namun hasilnya di luar jangkaan Anim. Kata Encik Suami, mereka memang telah diasuh oleh ibu mereka melakukan perkara-perkara tersebut. Bukan calang-calang budak boleh membersihkan dapur Anim yang berminyak, baju-baju yang belum berlipat dan berhanger dan menyusun buku-buku dan barang dengan cantik. Pinggan mangkuk pun tersusun cantik. Bertuah dapat anak pandai membantu nih. 

Oh ya, mem rumah ni ada urusan di luar . Sebab tulah tak dapat uruskan kerja-kerja pembersihan dan pengemasan rumahnya sendiri hari ini. Esok malam dah nak balik Johor . Rumah yang ditinggalkan kena tip top supaya tak pening balik dari kampung nanti.

Yang ini pula si abang. 

Mereka ni sebaya rupanya. Ingatkan kembar. Rupa-rupanya si abang lahir awal tahun dan si adik hujung tahun.

"Eh, cikgu kan pandai arah murid." tegur Encik Suami bila Anim katakan Anim tak reti nak bagi arahan kat adik-adik ni pagi tadi. Tak taula nak kata apa. Lagi-lagi tengok depa macam adik sendiri. Dah lah bulan posa, bukan dapat minum pun. Minta Encik Suami sendiri bagi arahan dan terangkan bahagian mana yang perlu dibuat dan dibersihkan. Haa...dia kan dah biasa arah orang..tentu tak ada masalah menerangkan kehendak kita. 

P/S Setelah hampir 5 jam mereka ber2 ke luar, ke dalam, ke depan, ke belakang, 2 thumbs up Anim beri. Bravo dik, len kali boleh mai lagi.Mudah-mudahan ada cita-cita nak buka syarikat pembersihan bila besar nanti.

Artikel berkaitan:

Kuku Oh Kuku


Pagi2 Jumaat, nak cerita fasal kuku. Nampak link yang dihantar sepupu di fb tentang kuku. Kuku walaupun tak hidup tapi boleh memanjang (camna ni..pening) Iyalah...macam rambut jugak. Dipotong tak sakit. Tapi kalau dicabut kuku...alamat meraunglah..Menarik info ini untuk dikongsi. Tengok tu...dah 4 dekad hidup...barulah tahu nak potong kuku pun ada urutan atau tertibnya. Bukan main belasah aja (popular word!) . Sebab Anim bukannya kidal, jadi memotong kuku selalu mula dengan kuku di tangan kiri (apalah teruknya cikgu nih!!).


Kalau tak betul cara potong kuku atau kurang jaga kebersihan atau pakai kasut sempit...hati-hati nanti kuku kena penyakit cengkam atau cagu. Sakitlah apa lak tak sakit. Tambah2 bila kuku bernanah dan mengeluarkan aroma yang tidak menyenangkan..(bau kari lagi sedap!!!) .Nak ubat kuku bercagu??? Pergi kat (sini). Macam2 petua moden dan tradisional dia bagi. Ikutlah mana nak guna..


Camna dengan kuku mudah patah? Mana taknya, nak buka tin biskut pun dengan kuku. Malas cari sudu nak umpil. Kuku juga mudah patah kalau terlalu kering atau terlalu lembab. Pendekata..yang sedang2 saja... Penyelesaian bagi yang kerjanya bertemankan air..cepat2lah lap kuku lepas buat kerja. Yang terlalu kering? Ni ditujukan khas buat anda yang bertemankan airconditioned 24 jam. Kena sapu lotion selalu.


Kalau bercadang nak jadi popular dan tersenarai nama di Guiness World Record, ikutlah jejak langkah makcik di atas nih. Camnalah gamaknya dia nak mencebok..ooopss..calar balar dibuatnya. Macam2 aksi pelik manusia. Benda yang menyusahkan...itu yang dia suka nak buat!!!


Jumpa decorated nail ni kat google. Kalaulah fesyen kuku jari ditatah berlian betul jadi ikutan remaja dan muda mudi kita..alamat ramailah anak dara kita tak ada jari masa nak sarung cincin kahwin. Habis dicantas si perompak!!!

P/S  Suam-suam kuku bermaksud tidak panas hangat. Sampai sekarang masih tak faham dari mana datangnya idea ini. Try dah buat experiment..masih tak ditemui jawapannya.

Artikel berkaitan:

Jangan Buat Lagi Nak...


Cerita ini berlaku Khamis lepas. Menderau juga hati mendengar Encik Suami bercerita.

Selepas urusan servis kereta di pekan lama Sg.Petani (maklumlah nak balik berhari raya di Johor, kereta mestilah dalam tip top condition) , dia singgah sekejap di petrol kiosk Petronas (berhadapan dengan sebuah sekolah menengah). Elok sahaja dia mengisi minyak, datang seorang pelajar perempuan (masih berpakaian sekolah) datang menghampirinya.

Waktu itu dalam pukul 4 lebih. (hari Khamis kakitangan awam Kedah pulang 3.30 petang) . Hati dia cuak juga..budak nak kutip derma kot..

Budak perempuan itu meminta untuk ditumpangkan balik ke rumahnya di Bandar Puteri Jaya (bersebelahan dengan taman kami tinggal).  Eh budak ni, biar betul.

Pelik campur was was jugak. Budak ni tak pernah baca paper ke, tengok TV ke, mak bapak dia tak pernah nasihat atau bagi amaran ke? Risau kalau ada perangkap lain.

Bila ditanya, budak perempuan itu kata tertinggal bas sekolah. Kalau bas awam, tak masuk ke Bandar Puteri Jaya. Kena turun kat Jln.Kuala Ketil (tepi jalan). Lepas tu kena menapaklah sikit. Nak balik naik bas awam tak ada duit.

Bila ditanya lagi, tak telefon mak atau ayah suruh ambil di sekolah, dia menjawab hari ni ayahnya berkerja di Pendang. Emaknya tak pandai memandu. Kadang-kadang Tok datang ambil tapi hari ni tak dapat ambi.

Aduhh..Encik Suami serba salah. Bimbang dituduh pula bawa lari, culik ke, tak pasal-pasal beraya di lokap. Manalah tau ada agenda lain. Kalau tak ditumpangkan, bimbang pulak "jatuh" ke tangan orang tak bertanggungjawab..Naudzubillah. Sg.Petani ni walaupun bukan bandar besar bukannya selamat 100%. Kat kota..kat kampung...la ni 2X5 sahaja.Nak ditumpangkan, dia lelaki, sorang diri pulak tu. 

Selepas menyuruh budak perempuan itu masuk ke dalam keretanya,  sempat berdoa, "Ya Allah, Kau Maha Mengetahui niatku. Aku hanya ingin membantunya."  

Mungkin dalam banyak2 kenderaan yang singgah di Petronas tadi, hati budak itu terlorong ke arah Encik Suami. Mungkin bila terlihat Encik Suami, teringat ayahnya. Dan dengan bantuan Allah SWT, orang yang ditemuinya pun ditakdirkan dalam perjalanan pulang melalui kawasan perumahannya. 

Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu tunduk sahaja bila Encik Suami menasihatinya.. 

"Lain kali jangan sampai tertinggal bas lagi. Jangan minta tumpang kat orang yang tak kenal. Kat luar sini...banyak orang tak betul. Nampak baik tapi hati macam Iblis. Kalau dibawanya awak ke tempat lain, macamana?Bagitahu ayah, bagitau Tok atau sesiapa kalau balik lewat,"

Encik Suami menurunkannya di jalan besar berhampiran dengan rumahnya. Dari cermin pandang belakang, dia memerhatikan gerak langkah budak perempuan itu. Memang benar dia menuju ke rumahnya. Alahai nak, perawakan sopan, berbudi bahasa, berwajah manis, lurus orangnya... janganlah buat lagi nak...Risau pakcik!

P/S  Kena ajar anak jangan mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali. Bukan nak ajar berburuk sangka tetapi AWAS...diluar sana tidak selamat nak oooiii... 
 

Artikel berkaitan:

Sotong Kari



Kalau nak masak sotong express...boleh try resipi ini. Kena guna sotong saiz kecil...biar sekor2. Cukup senang dan sedap pulak rasanya.

Bahan-bahan:
lebih kurang 750gm sotong ~ cuci dan toskan
2 sudu serbuk kari ~ ikutle kari apa
sedikit halia + 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 lada hijau@benggala ~ hiris ikut suka
1 tomato ~ belah ikut suka
1/2 labu bawang besar ~ dihiris

Cara :
1. Gaulkan sotong bersama serbuk kari dan bahan tumbuk. Biar dan ketepikan sebentar.
2. Tumis hirisan bawang besar.
3. Masukkan sotong tadi dan semua bahan2 sayuran. Tambah garam. Tak perlu letak air. Sotong keluarkan air sendiri.
4. Masak sekejap saja tambah2 sotong bersaiz kecil ni. Kalau tak...bertambah kecut dan liat.


P/S Masakan sotong memang sedap dimakan kalau tak liat!!!

Artikel berkaitan: