Home · About Me · Sitemap ·

Kota Johor Lama

 

Orang Johor kenalah tahu sejarah negerinya sendiri. Nak tahu...kenalah pergi ke Kota Tinggi. Di sanalah, asal pusat pemerintahan Empayar Johor. Singgah sebentar di sini pada hari raya ke2 semasa hendak ke rumah adik ipar di Bandar Penawar, Desaru, Kota Tinggi. Nak ke sini, kena melalui Teluk Sengat.


Kompleks Sejarah Kota Johor Lama di bawah penyelenggaraan Jabatan Muzium Malaysia. Olehkerana kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam, nak tahu apa yang ada di sana...boleh rujuk di sini

 
Kota pertahanan terbaik di antara kota-kota pertahanan yang dibina sepanjang Sg Johor. Dibina pada 1540, zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka, Sg Johor telah dijadikan pusat pemerintahan dan kota pertahanan untuk menyerang balas kedudukan Portugis di Melaka. Seberang kubu ialah Sg Johor.

Keadaan semulajadi kota ini memudahkan pengawasan dibuat terhadap pergerakan keluar masuk kapal-kapal terutamanya ancaman dari orang-orang Acheh dan Portugis. Tengok tu...anak-anak kena diterangkan sejarah dari kecil. Camtulah dulu kot aksi pengawal di kubu yang dibina ini.

1587, kota ini jatuh ke tangan Portugis. Keseluruhan kota ini dibakar dan harta benda termasuk senjata dirampas

  Ronda-ronda kawasan kampung Kota Johor Lama yang sunyi. Namun terdapat chalet-chalet persendirian yang didirikan. Khabarnya pelancong Singapura kerap ke mari.


On the way bertolak pulang, ternampak sesuatu di celah-celah kebun sawit. Menurut catatan yang tertera di situ, itu adalah Makam Temenggung Johor atau Makam Bidan. Batu nisannya ditarikhkan pada pada abad ke 16, satu tafsiran yang amat sesuai dengan kedudukan Johor Lama sebagai Kota Kesultanan Johor pada abad tersebut.

P/S Promosi luar perlu digiatkan. Anim sendiri setelah lama berulangalik ke Kota Tinggi, baru ini berkesempatan mengunjungi Kota Johor Lama dan mengetahui kewujudkan Kompleks Sejarah ini.

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Kota Johor Lama"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai