Home · About Me · Sitemap ·

Jangan Buat Lagi Nak...


Cerita ini berlaku Khamis lepas. Menderau juga hati mendengar Encik Suami bercerita.

Selepas urusan servis kereta di pekan lama Sg.Petani (maklumlah nak balik berhari raya di Johor, kereta mestilah dalam tip top condition) , dia singgah sekejap di petrol kiosk Petronas (berhadapan dengan sebuah sekolah menengah). Elok sahaja dia mengisi minyak, datang seorang pelajar perempuan (masih berpakaian sekolah) datang menghampirinya.

Waktu itu dalam pukul 4 lebih. (hari Khamis kakitangan awam Kedah pulang 3.30 petang) . Hati dia cuak juga..budak nak kutip derma kot..

Budak perempuan itu meminta untuk ditumpangkan balik ke rumahnya di Bandar Puteri Jaya (bersebelahan dengan taman kami tinggal).  Eh budak ni, biar betul.

Pelik campur was was jugak. Budak ni tak pernah baca paper ke, tengok TV ke, mak bapak dia tak pernah nasihat atau bagi amaran ke? Risau kalau ada perangkap lain.

Bila ditanya, budak perempuan itu kata tertinggal bas sekolah. Kalau bas awam, tak masuk ke Bandar Puteri Jaya. Kena turun kat Jln.Kuala Ketil (tepi jalan). Lepas tu kena menapaklah sikit. Nak balik naik bas awam tak ada duit.

Bila ditanya lagi, tak telefon mak atau ayah suruh ambil di sekolah, dia menjawab hari ni ayahnya berkerja di Pendang. Emaknya tak pandai memandu. Kadang-kadang Tok datang ambil tapi hari ni tak dapat ambi.

Aduhh..Encik Suami serba salah. Bimbang dituduh pula bawa lari, culik ke, tak pasal-pasal beraya di lokap. Manalah tau ada agenda lain. Kalau tak ditumpangkan, bimbang pulak "jatuh" ke tangan orang tak bertanggungjawab..Naudzubillah. Sg.Petani ni walaupun bukan bandar besar bukannya selamat 100%. Kat kota..kat kampung...la ni 2X5 sahaja.Nak ditumpangkan, dia lelaki, sorang diri pulak tu. 

Selepas menyuruh budak perempuan itu masuk ke dalam keretanya,  sempat berdoa, "Ya Allah, Kau Maha Mengetahui niatku. Aku hanya ingin membantunya."  

Mungkin dalam banyak2 kenderaan yang singgah di Petronas tadi, hati budak itu terlorong ke arah Encik Suami. Mungkin bila terlihat Encik Suami, teringat ayahnya. Dan dengan bantuan Allah SWT, orang yang ditemuinya pun ditakdirkan dalam perjalanan pulang melalui kawasan perumahannya. 

Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu tunduk sahaja bila Encik Suami menasihatinya.. 

"Lain kali jangan sampai tertinggal bas lagi. Jangan minta tumpang kat orang yang tak kenal. Kat luar sini...banyak orang tak betul. Nampak baik tapi hati macam Iblis. Kalau dibawanya awak ke tempat lain, macamana?Bagitahu ayah, bagitau Tok atau sesiapa kalau balik lewat,"

Encik Suami menurunkannya di jalan besar berhampiran dengan rumahnya. Dari cermin pandang belakang, dia memerhatikan gerak langkah budak perempuan itu. Memang benar dia menuju ke rumahnya. Alahai nak, perawakan sopan, berbudi bahasa, berwajah manis, lurus orangnya... janganlah buat lagi nak...Risau pakcik!

P/S  Kena ajar anak jangan mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali. Bukan nak ajar berburuk sangka tetapi AWAS...diluar sana tidak selamat nak oooiii... 
 

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Jangan Buat Lagi Nak..."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai