Home · About Me · Sitemap ·

Syawal 1431H Menjelma

Wah...lamanya tak post n3. Seminggu bercuti raya di kampung...mana sempat nak mengetuk jari di keyboard laptop. Jari jemari lebih diperlukan di dapur...baik di rumah MIL di Kota Tinggi (menantu sulonglah katakan!) mahupun di rumah Bonda di Kluang (Jadi Mak Ngah di sini!). 

Tahun ini kami merayakan 1 Syawal di rumah MIL di Kota Tinggi, Johor. Sambutan Syawal tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Saat paling teruja buat Anim bila ketiga2 Tiga Abdul Anim mengenakan baju Melayu sedondon untuk bersembahyang hari raya.


Saat inilah yang paling dinanti-nantikan menjelang Syawal. Tahun ni anak2 tersengih lebar sebab Tok Pak dan Embah beri duit angpow warna purple kat semua cucu-cucunya ...haha Tok Pak dan Embah baru jual sawitlah tu...

P/S Tidak terlewat rasanya untuk Anim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua. Syawal kan ada 30 hari..

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Syawal 1431H Menjelma"

  1. Selamat Hari Raya Eidulfitri. Maaf Zahir Batin.. Tak dapat jumpa hari tu... Takpelah InsyaAllah lain kali... Selamat kembali bertugas!

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya untuk Fariz juga. Takde rezeki nak jumpa Fariz sefamili. Kak Anim ke Kulai tak jumpa Fariz. Fariz ke Paloh, tak jumpa kak Anim.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai