Kalau berkesempatan balik ke Johor...hobi utama ialah ronda-ronda cari makan. Walaupun masih dalam suasana raya...tak putus2 dijamu rendang ayam, rendang daging...tekak masih teringin menikmati Nasi Beriyani Batu Pahat yang tak setanding tempat lain (tekak Anim lah). Dan pastinya gerai Beriyani Md Shah di Kompleks Niaga Benteng Peserai (opposite Putra Specialist Hospital) menjadi pilihan.
2 gambar ini ikhsan dari goggle
Nasi beriyani kambing...RM5.50 sepinggan. Ini Anim punya. Ini sajalah rupa hidangannya. Tak payah berkuah dalca, beracar timun. Tapi tak taulah nak kata apa. Nasinya saja dah sedap. Sejak setahun duduk SP, masih belum ada yg dapat menandingi keenakan Nasi Beriyani Md Shah. Nasi Beriyani mamak kat SP??? Tak kena tekak Anim.
--------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya ada cerita menarik untuk dikongsi. Sekolah lama Anim bertugas iaitu SK Peserai akan menempah Nasi Beriyani Md Shah ini untuk dijamu kepada seluruh warga SKP menjelang sambutan Maulud Nabi. Begitu juga apabila pihak masjid berdekatan turut mengadakan majlis yang sama dan menjemput semua warga sekolah menikmati hidangan Nasi Beriyani . Aduhh..tak boleh lupa membawa murid-murid berjalan kaki ke masjid. Nikmatnya menikmati Nasi Beriyani Md Shah yang dihidangkan di dalam dulang(talam).
P/S Istimewanya di Johor, sambutan Maulud Nabi selama sebulan. Sana sini sambutan diadakan, sekolah, kampung, masjid, taman perumahan dan yang pastinya hidangan Nasi Beriyani menu utama.
salam...saya baru je pegi makan kat kedai md shah ni weekend lepas. Pics pun dah upload kat blog saya tadi www.blogmakanbest.blogspot.com
BalasPadamMemang terbaik kan...
papa@tahun 2012 yg dah nak sampai penghujung ni, belum sempat merasa...huhu
Padam