Home · About Me · Sitemap ·

Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang


Hari Raya ke 4, kami menjejakkan kaki pula ke Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang di Kg.Makam, Kota Tinggi.

Makam yang telah dinaiktaraf (berbeza dengan dahulu).  ~Sultan Mahmud telah ditikam sehingga mati oleh Megat Seri Rama (Laksmana Bentan) yang menuntut bela di atas kematian isterinya yang mengandung. Sultan Mahmud telah mengarahkan isteri Laksamana Bentan dibunuh kerana (mengidam) memakan buah nangka diraja. "Mangkat dijulang" kerana ketika ditikam mati,Sultan Mahmud II sedang dijulang dalam perjalanan menuju ke masjid untuk bersembahyang Jumaat~.

Tapak masjid asal kejadian berdarah pagi Jumaat, tahun 1699. 

Masjid baru dibina bersebelahan makam

Makam Bendahara Tun Habab yang ditabalkan menjadi Sultan Johor II kerana Sultan Mahmud II tidak meninggalkan waris.Beliau menggunakan nama Sultan Abdul Jalil Riayat Shah ke IV. Bagindalah yang memindahkan pusat pemerintahan Johor ke Kota Panchor pada 1700.

Note :Keturunan Bendahara Tun Habab telah memperluaskan lagi kuasa Empayar Kesultanan Johor. Anakanda Baginda, Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu yang pertama. Keturunannya berterusan sehingga ke hari ini. Tunku Tengah, puteri beliau berkahwin dengan Daeng Perani, putera dari salah seorang anak raja Bugis 5 saudara yang mahsyur keturunannya menjadi Sultan Johor sekarang. Tun Abas, putera baginda menjadi Bendahara Seri Maharaja Pahang. Keturunannya menjadi Sultan Pahang sehingga hari ini.

P/S Salasilah keturunan Raja-Raja dan Sultan yang memerintah Johor, Pahang dan Terengganu sekarang ini adalah berasal dari Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV@Bendahara Tun Abdul Majid Habab (Habib) Seri Maharaja Padang Saujana Johor.


Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang"

  1. Tumpang tanya, di mana ya lokasi tapak Masjid Sultan Mahmud? Saya tak pernah nampak papan tanda memberitahu lokasi tapak asal, dan saya teringin mahu ziarah!

    SYED AZHARUL
    -Penulis buku Siput Yang Mengubah Sejarah

    BalasPadam
  2. tuan syed masuk kg.makam, kota tinggi. terus saja sampai jumpa sungai, ada masjid tepi makam. Masjid kg makam...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai