Anim ada terbaca artikel dlm satu laman web,emjayjb.multiply.com . Rupa-rupanya pengaruh makanan memainkan peranan. SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.
Orang Cina di Negeri Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang Jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia. Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, generasi mereka akan kekal pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, mungkin generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Eropah.
Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.