Home · About Me · Sitemap ·

Kecil penuh makna

Hobi Anim yg satu ni memang murah kosnya. Seronok rasanya bila menatap koleksi pelbagai bentuk dari merata tempat ini di dapur. Lagi-lagi kalau tempat itu pernah dikunjungi. Tergambar peristiwa-peristiwa menarik yg boleh mengimbau kenangan.Hobi ini turut dikongsi oleh anak-anak , suami , adik beradik dan ipar duai yang sudi menghadiahkannya apabila mereka ke mana-mana.


2 minggu lalu, Encik Suami  pulang dengan membawa souvenir dr rakannya yg pulang dari Turki. Sebotol minyak zaitun dan haaaah...satu fridge magnet. "Abah kirim fridge magnet kat kawan ke?" "Ntah, tak cakap dan kirim apa-apa pun.."."Mana dia tau Umi suka kumpul fridge magnet ni?". " Hari tu masa kami pi Jakarta, dia nmpk abah sibuk cari fridge magnet.Dia tanya untuk siapa? Bila abah kata, org perempuan aku (panggilan org Kedah utk isteri) kalau dapat fridge magnet...leh senyum sampai telinga, tak belikan hadiah yg mahal-mahal pun tak pe". Hmmmmm...bertuahnya Anim. Bukan senang nak dapat souvenir dari rakan suami kita..Walaupun kecil pemberiannya tetapi sungguh bermakna buat Anim. Anim rasa si pemberi dapat rasa Anim akan menghargai pemberiannya..Terima kasih daun keladi, lain kali ke luar negeri ...belikan lagi.
.

Artikel berkaitan:

3 Komen untuk "Kecil penuh makna"

Komen anda amat dihargai