Home · About Me · Sitemap ·

Peribahasa

Aneem cukup suka dengan peribahasa. Kadang-kadang terfikir juga bagaimana peribahasa-peribahasa lama ini dicipta..Kalau diikut situasi semasa...banyak yang perlu diubah dan dipinda ni. Kadang-kadang peribahasa ini menjadi bahan jenaka sewaktu berbicara bersama-sama teman. Antaranya seperti:
  •  Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama ~ Isteri mati tinggalkan gelang, suami mati..tinggalkan hutang. Biasalah kan...hutang rumah, hutang kereta..
  • Bagai menanti buah yang tak gugur. ~ buah apa yang tak gugur, semua buah gugur ke bumi. Ada yang beritahu..buah tembikai dan buah labu. Logik juga kan...

  • Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri ~ Kalau dah hujan batu..siapa pun tak mahu tinggal, nak keluar rumah pun takut..
  • Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang ~ Kalau atas pokok nu..ada tupai ke monyet, maunya tak bergoyang..

  • Biar lambat asal selamat ~La ni kalau lambat bawa kereta, alamat leh eksiden. Dok KL nu, kalau lambat berjalan, alamat tertinggal LRT lah.. 
Menurut Zaa'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Orang-orang Melayu dahulu menggunakan kata kiasan dalam pertuturan seharian mereka. Penuh tersirat...bukan main lepas sahaja.

P/S  Banyak peribahasa dulu masih relevan dengan kehidupan kita sekarang .

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Peribahasa"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai