Home · About Me · Sitemap ·

Salahuddin

 Si Abdul yang kedua akan berusia 8 tahun menjelang 28 ini. Sejak seminggu lalu dia dah sibuk bertanya bila 28 hb akan muncul. Sibuk pula bertanya apa hidangan istimewa yang Anim nak masakan untuk dia. Amboi...pandai dah menagih.. Sempat dia menelefon Atuknya yang hendak ke Mekah dan menagih hadiah. Nak minta dibelikan CD Power Rangers nun di  Mekah..haha

Semoga di usia 8 tahun (kebetulan tarikh lahirnya sama dengan Sadam Hussin), dia akan sentiasa riang gembira menjalani hidup seharian. Sihat, menjadi anak soleh dan yang penting sepertimana selalu Encik Suami katakan padanya...

Namanya diberi sempena pejuang Islam, Salahuddin Al Ayubi.."Bebaskan Palestin, berjuang bukan dengan pedang, tapi dengan akalmu". Amin..

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Salahuddin"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai