Home · About Me · Sitemap ·

Angsaku Sayang..

Anim ada membela sepasang angsa.Walaupun tinggal menyewa di kawasan perumahan semiD, Anim bertuah kerana kediaman ini mempunyai kawasan tanah yang luas di belakang. Belakang rumah pula kawasan lapang..belukar. Waktu baru pindah ke sini, heboh dgn kes pecah rumah..maka mereka ber2 lah yg menjadi guard kami. Tak perlu bayar gaji & potong KWSP


Anim berpeluang melihat proses dr mula hinggalah telur2 nya menetas. (4 ekor). Semasa si betina mengeram anaknya..si jantan tiada mood untuk melakukan apa jua aktiviti. Melepek di tanah, tidak makan, tidak bergerak. Anim dan 2 Abdul sangka dia dh mati..Dia akan bangun menemani si betina yg keluar dari tempatnya untuk minum @ makan. Kemudian..membatu lagi.

Anim & Encik Suami bercadang untuk mencarikan 'teman baru'utk si jantan.. tapi takut pula 'mengamuk ' si betina tu..hahaha.Makanan yang dicampak habis dimakan burung. Kalau selalunya riuh dia berbunyi bila orang yang tidak dikenali lalu lalang..kali ni dia buat donno sahaja. Geram jugak... Hebat angsa ni, sanggup dia berpuasa kerana pasangannya sdg mengeram ..sanggup dia membatukan diri kerana bimbang suara bisingnya akan merencatkan pengeraman itu..

32 hari berlalu...seekor demi seekor keluar melihat dunia. Barulah dia kembali cergas membantu si betina menjaga anak2 mereka..Kali ni garang betul dia walaupun terhadap tuannya sendiri. Adegan yang membuat Anim tergelak besar ialah sewaktu si jantan "berhajat" dengan si betina. Elok dia relax sahaja sewaktu si betina enggan melayan 'kemahuannya' (anak2 masih kecil agaknya). Malaslah si betina nih. Ish, kalau ayam jantan, mau shaja si betina dikejarnya satu kampung..hahaha. Nilah hebatnya angsa jantan.. Lambang kesetiaan dan kasih sayang pada pasangannya. Burung merpati 2 sejoli pun kalah nie.. Manusia sanggupkah?

Artikel berkaitan:

1 Komen untuk "Angsaku Sayang.."

  1. bila anim citer ni barulah saya tahu angsa ni mcm mana sifatnya ... bagus gak klu dapat suami mcm angsa jantan ... heheheee

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai