Home · About Me · Sitemap ·

Donut Kentang


Donut memang favourite seisi famili Anim. Jumpa banyak resepi donut kentang di internet. Bagaimanapun Anim dah try resepi ini lebih dari 3 kali dan hasilnya tidak mengecewakan. Terima kasih buat  jintanmanis.com kerana resepinya mudah dan ringkas. Tak perlu guna softener dan shortening spt sesetengah resepi donut yg lain. Anim buat petang tadi untuk minum petang. Malangnya, dah hampir kenyang kami makan...baru teringat nak snap gambar...Tinggallah 2 ketul tu untuk tatapan semua. Untuk resepinya ;

 250 gram tepung gandum
 2 biji kentang kecil ~ direbus dan dilenyek
 2 sudu besar susu tepung
 1 biji telur ~ dipukul sedikit
 80-90ml susu segar boleh ganti dengan air suam ~bergantung saiz telur
 1 1/2 sudu besar marjerin
 2 sudu besar gula
 1 1/2  sudu kecil yis Mauripan


Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit.
2. Perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan.

P/S Dah sejuk pun masih lembut..

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Donut Kentang"

Komen anda amat dihargai