Home · About Me · Sitemap ·

Lelaki aka Suami

LELAKI SUKAR MENGINGATI PERINCIAN 
Hal ini memang selalu berlaku.  Lelaki selalu lupa tarikh perkahwinan, hari jadi malah kadang kala umur anak atau tidak mungkin suatu hari nanti umurnya sendiri.  Selalu berasa diri masih muda.  Sebabnya, lelaki dan wanita menggunakan bahagian otak yang berbeza untuk membentuk ingatan.  Ini membuatkan lelaki sukar untuk mengingati perincian sesuatu perkara tetapi ingatannya lebih berbentuk visual.  - Utusan Malaysia. Khamis 29 April 2010.
Dari pengalaman Anim, memang tak dapat disangkal lagi hal ini. Teringat abah Anim...kalau ditanya "si Zaki ni anak nombor berapa?" Dia akan menghitung jarinya dahulu dan barulah menjawab "7". Maklumlah anak 11 orang. 

Lain pula emak..pantas sahaja menjawabnya. Tak tahulah apa jawapan abah kalau ditanya tarikh lahir anak-anaknya.

Bila sudah berkahwin..biasalah orang perempuan...semua tarikh nak disambut. Tarikh nikah, tarikh lahir~dah semestinya, tarikh lahir anak2 dan bermacam2 lagi. Kalau boleh tarikh mula dating pun nak disambut. Dan selalunya dalam hal sebegini..Anim banyak memainkan peranan. Seminggu sebelum tarikh2 tersebut..dah bagi hint. Iyalah...nak beri masa pada si dia untuk memikirkan mana tempat nak dibawa, hadiah apa nak diberi...hahaha. Esok nak tiba tarikh tersebut pun sebut lagi sepintas lalu.. 

Bukan apa, Anim maklum, banyak tugas dia di tempat kerja, mana mungkin nak ingat semua tarikh..lagilah bila dah baca rencana Utusan Malaysia ni...sudah ditakdirkan sejak azali lelaki begini..Terima sajalah, jangan dimarah, jangan dibebel..

P/S Lepas ni nak list tarikh-tarikh penting, laminate dan letak di tempat yang senang dilihat.

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Lelaki aka Suami"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai