Assalamualaikum wbt....
Pagi tadi, semasa menunggu si purple dicuci di sebuah pusat mencuci kereta, membelek berita hari ini di Harian Metro. Terpandang berita menarik yang dipaparkan...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Teringat kejadian yang berlaku Jun 2013 . Entry berkenaan dipublished selepas kejadian dan Anim "tarik balik" tak sampai 24 jam selepas itu kerana tau ajalah kalau ada publisiti. Ada beberapa kawan blogger yang sempat komen masa tu..huhu. Elok pula published balik entry yang sudah di "draft"kan itu untuk kenangan:-))
Flashback.....
Minggu itu giliran Anim bertugas di sekolah...
Lebih kurang 8.30 pagi, warga sekolah menghidu bau kuat. Kami bertanyakan satu sama lain tentang bau kuat ini. 2,3 orang guru sudah pening kepala. Kami kemudian diberitahu bau itu datangnya dari kerja-kerja menyembur racun di sawah berdekatan sekolah (sekolah Anim dikelilingi sawah). Murid-murid mula mengadu tak tahan bau. Kami mula mengedar mask penutup hidung kepada murid-murid.
"Bau racun" ini bukanlah kali pertama yang kami hidu tapi angin pagi ini membawa bau yang sangat kuat, Sorang demi sorang mengadu pening. Ada yang muntah-muntah. Tak sampai 2 jam, mereka yang serius memenuhi pejabat. Kebanyakan dari mereka yang terlibat adalah mereka yang sedang melakukan aktiviti di luar kelas (PJ). Pihak sekolah segera ambil tindakan . Pihak hospital dihubungi.
Ambulan JPA tiba sejam kemudian. 14 murid yang kesemuanya perempuan dibawa ke hospital dengan diiringi 4 guru perempuan yang memandu kereta berasingan (menyangkakan mangsa akan dibenarkan keluar hospital, guru sedia kereta bawa mereka pulang). Waris mereka turut dihubungi.
Sebaik ambulan berlalu pergi, tiba-tiba Anim diminta oleh GPK HEM untuk menghantar seorang lagi mangsa bau racun pagi tadi. Lepas rehat, dia sesak dada. Mula-mula Anim hantar ke Klinik 1 Malaysia berdekatan namun kakitangan di situ menasihatkan supaya mangsa terus dibawa ke hospital (10 km) . "Merempit" bawa kereta. Maklumlah, dalam kereta ada mangsa menangis tak berhenti. Dok memujuk jangan menangis. Susah Madam nak concentrate bawa kereta. Alhamdulillah, selamat sampai ke Bahagian Kecemasan dengan jayanya.
Anim kemudian dimaklumkan geng bas sekolah yang menunggu sehingga semua waris tiba, murid-murid ini semuanya dimasukkan wad atas arahan doktor pakar kerana mengalami demam. Mudah-mudahan mereka semua selamat, tiada kesan serius. Membayangkan setakat terhidu dah jadi begini, camnalah kesan dari beras yang kita makan (disembur racun tu)..sehari dua mungkin tak ada kesan. Seminggu, sebulan, setahun??? Takutnya..
P/S Tak boleh ingat camna lajunya bawa kereta, tak terpandang meter kereta....camna tu gaknya bila kita berada dalam keadaan CEMAS.
Takutnya..kalau baupun dah pening sampai nak muntah...
BalasPadamBetui jugak kata Anim, pokok tu mesti sedut sikit sebanyak... Kita pulak makan... Padan la badan orang la banyak toksid
macam-macam sakit ada sekarang makcahq...kita sekarang banyak "makan" racun
PadamBahaya la kot kak? kesan BAU ja sampai macamtu?
BalasPadamhabestu camana ye tindakan susulan...
Nanti kak anim update ya...
sekarangni cuaca tak menentu, saya pun da bape hari batuk n selsema tak baik2 kak..
Jadi musim sakit pula..sama2 la kita jaga kesihtan diri dan keluarga kan kak..=)
cikgu2 pun pening, apalagi bebudak. yang memang ada masalah asma, paling seriuslah. bila dah demam, doktor tahan wad. takut ada kesan kat paru2. mudah2an takde masalah serius.
Padamp/s tqvm AA
salam cikgu...kesian kat murid-murid sekolah tu. Sekolah kena bermesyuarat dengan ketua kg/JKKK supaya kejadian seperti ini tak berulang.
BalasPadamesok masuk dalam Sinar Harian berita ni...??
Haaah....PIBG kena ambil peranan
Padamp/s tak kot. kalau kes bukan kerana kesalahan sekolah, jarang reporter nak mai. tak sensasi kan kalau sekolah tak salah. tapi kalau kes keracunan makanan di kantin dsbnya..dah berkumpul depan pagar sekolah, dekat hospital..huhu
bau racun mmg kuat bagi sesetengah org yg tak tahan..
BalasPadamkesian murid murid tu yer kak anim...semoga mereka semua dan keluarga kak anim segera sembuh..
kali ni memang kuat. tak tahulah fasal angin ke, fasal quantiti ke, fasal kualiti racun tu ke...
Padamp/s tqvm
Kuat sungguh racun tu...baunya saja boleh mengundang keracunan pada manusia. Nak racun apa sebenarnya kat sawah tu? Sungguh merbahaya...perlu ada pemantauan dari kementerian kesihatan nih! Semua orang makan nasi...
BalasPadamp/s : Semoga anak dan suami akak segera sihat hendaknya...
biasanya racun makhluk perosaklah, tikus, ulat..
Padamkalau tikus, ulat boleh mati...takkan kita yang makan beras tu takde kesan jangka panjang kan? macam kes sayur disembur racun jugaklah. 2x5. sayur bolehlah tanam sendiri, padi?? huhu....
p/s tqvm
Ya Allah..bau aje dh smp jd mcm tuh..nsib baik diorg xde pape..
BalasPadampernah tjadi kat sekolah lya dulu.. gas ammonia.. ramai y pengsan.. tp punya dari toilet..
BalasPadammujur budak2 ni semua xde smpai ke tahap y sgt2 serius
Hehe.......betul Nim kalau driving dgn keadaan yg huru hara, driver mmg boleh jadi bingungkan ... Dapat bayangkan macamana anim drift tu....
BalasPadamRacun mmg bau dia kuatkan....logiklah kalau ada yg sampai muntah gitu
Kalau memandu dalam keadaan panik, memang hilang akal sekejap. Tahu nak sempat sampai je. Cikgu sekolah ni selalulah kena standby kalau apa-apa berlaku di sekolah ya. Saya ni tak reti merempit, kalau ada emergency cam ni entahlah....tak tahu macamana nak handle!
BalasPadam