Assalamualaikum wbt...
Selepas jenazah hendak dibawa ke tanah perkuburan, biasanya akan ada wakil untuk berucap dan meminta maaf atas kesalahan si mati, meminta halal makan minumnya dan berurusan hal hutang piutang dengan keluarganya.
Berdasarkan pengalaman sendiri, selalunya yang bercakap ialah mereka yang memang pandai bercakaplah. Kadang-kadang bukan waris si mati. Tak kiralah atas alasan apa pun, hari ni Anim nak share transkripsi ucapan yang boleh jadi panduan. Mudah-mudahan tidak berlaku lagi "tolak menolak" dalam kaum keluarga untuk memberikan ucapan (walaupun bukan rukun urus jenazah) andainya berlaku kematian dalam keluarga terdekat kita.
Pagi Jumaat cuti sekolah, duduk minum satu kedai mamak di Ampang bersama Encik Suami. Mulut ni biasalah....
Kat Ampang ni tak de lak orang minta derma dari meja ke meja kan? Ingat tak masa kita makan kat Kg.Baru, setiap minit mesti ada.
Tak sampai 15 min, datang seorang wanita membuat jualan amal Surau Madrasatul Falahiyah di Desa Melayu Subang Tambahan. Kalau tak silap Anim, dia sebut juga tentang sumbangan pinggan mangkuk dan alatan lain bagi rumah anak yatim yang diterajui Zainuddin Hj Karman (Ustaz Din) iaitu penulis buku yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam menghadapi urusan jenazah secara sukarela.
Minta izin share Ustaz ya..1 dari 52 tajuk yang ada.
Memberi salam kepada hadirin serta memanjatkan puji-pujian ke hadrat Allah SWT dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam.
Hadirin yang dirahmati Allah..
Alhamdulillah. Kita telah sama-sama melaksanakan 3 perkara dari 4 perkara yang menjadi tuntutan fardu kifayah dalam menguruskan jenazah iaitu memandi, mengkafan dan menyembahyangkan jenazah. Kini tinggal 1 perkara lagi yang wajib untuk kita laksanakan, iaitu mengkebumikan jenazah.
Saya selaku waris/wakil Allahyarham/Allahyarhamah mengucapkan terima kasih atas bantuan, pertolongan dan simpati tuan puan yang sama-sama menyaksikan kembalinya ke Rahmatullah si polan bin si polan.
Justeru itu, saya bagi pihak ahli waris, sangat-sangat berharap kiranya tuan puan menghalalkan apa-apa jua perkara yang termakan terminum, terhutang serta memaafkan apa jua kesalahan Allahyarham / Allahyarhamah semasa hayatnya.
Sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang ingin menuntut perkara-perkara berkaitan hutang piutang maka harap dimaklumkan kepada ahli waris secepatnya. In sha Allah, tuntutan tersebut akan diikhtiarkan pembayarannya. Semoga dengannya roh Allahyarham/Allahyarhamah akan dirahmati dan diampunkan dosanya.
Dikesempatan ini, pihak ahli waris juga menjemput tuan puan untuk hadir ke majlis bacaan yasin, tahlil arwah pada malam ini selepas solat Isyak di rumah ini.
Sekian saja, marilah kita sama-sama menyelesaikan tuntutan fardu kifayah terakhir iaitu mengkebumikan jenazah.
P/S Kena cari buku ini sebab banyak ilmu pengurusan jenazah yang boleh diperolehi. Tak sampai RM20 pun. Boleh berhubung dengan Surau Madrasatul Falahiyah 013 6666424 atau http://www.facebook.com/surau.madrasatulfalahiyah.
Memang biasa kalau jenazah dah nak dibawa ke kubur akan ada yg berucap. Walaupun rata-rata dah tahu apa yg akan diucapkan tapi tak semua boleh berucap. Dgn buku ini eloklah siapa-siapa pun boleh ikut..
BalasPadammmg itulah yg di ucapkan dari wakil keluarga semoga halalkan segala hutang, boleh tuntut dr ahli keluarga lain dan maafkan segala kesalahan
BalasPadamrasa mcm pernh dgr.. mungkin sb sy org kelantan, kami guna bahasa daerah yg mungkin x terlalu formal kot..
BalasPadamaaaa ah memang akan ada wakil.. tapi so far dlam keluarga.. mmg kluarga yang uruskan..
BalasPadambut its a good thing. pengetahuan untuk semua =)
tiba masa nanti , moga ada yg boleh bercakap begini....minta halalkan atau dpt diselesaikan hutang supaya segala mudah urusan di dunia sana.
BalasPadamElok benar catatan ringkas yang ditulis untuk ingatan yang jelas keperluan menyatakan hasrat simatu.
BalasPadammemudahkan bagi mereka yg memerlukan atau mencari teks seperti ini ...
BalasPadamIya Anim..madrasah ni banyak kluarkan buku buku yang bagus untuk di baca....ringkas dan mudah..nekcik pun tngah kumpul baju bsju untuk di hsntsr ke sana...selalu diorang ni kat tabung haji maju junction kl
BalasPadamthumbs up utk yg mengumpulkan bahan ni utk dijadikan buku
BalasPadamSelalunya ucapannya spt di atas bagi mereka yg dah biasa tapi kalaulah satu hari dan pada ketika tiba-tiba tak ada siapa yg tahu nak berucap... transkripsi ini amat membantu! Kalau sayalah ada masa tu...kelam kabut buka blog kak anim lah jawabnya!
BalasPadamAllah hu akbar.. teringat mati.. hutang kita sesama manusia.. kadang2 tak sedar..:(
BalasPadamBiasanya memang ada wakil dari pihak keluarga tapi bagus juga ada transkrip begini pada yang tak pandai berucap.
BalasPadamTerasa ceteknya ilmu kalau bab pengurusan jenazah ni. Kena ambil tahu jugak nampknya selak selak buku buku agama...
BalasPadamterbaik! post yg menarik!
BalasPadamSangat membantu terima kasih....
BalasPadam