Assalamualaikum wbt...
Lama nak share Nota Kuliah Dhuha oleh Mufti P.Pinang, SS Dr.Hj.Wan Salim b. Wan Mohd Noor (
di sini) . Nota Kuliah ini juga adalah nota ingatan untuk diri sendiri.
Bila berbicara tentang tujuan hidup manusia, Ustaz ada sentuh tentang 4 karakter atau sifat manusia:-
1- Manusia yang bersifat haiwan @ bahimiyah (haiwan ternakan).
Penjelasan sifat:
Dia tidak boleh guna hati, tak pandai guna akal untuk berfikir. Dia mudah terpengaruh dengan kehendak. Hidupnya berkisar tentang makan, seks dan keseronokan, tidak ada tujuan. Dia tak tahu kenapa Quran diturunkan, kenapa Rasul diutus.
Bukan kita diminta tinggalkan dunia tapi anggap dunia sebagai jambatan. Jangan biarkan jambatan kita reput. Jangan dilalaikan oleh dunia yang sementara kerana kita semua nak balik ke tempat asal kita di syurga
2- Manusia yang bersifat sabu'iyah (predator@haiwan pemangsa).
Penjelasan sifat:
Dia ni lagi teruk. Hidupnya hanya nak ganggu dan menyakitkan oranglain. Berbanding sifat pertama yang hanya nak penuhkan keinginannya sahaja. Dia ni tak boleh tengok orang senang. Bila nak dapatkan mangsa, dia terkam tanpa mengira orang dapat susah ke, teraniaya ke...
3- Manusia yang bersifat syaithaniyah (buat jahat sahaja)
Penjelasan sifat:
Yang ini lagi teruk berbanding sifat kedua. Kalau manusia yang bersifat sabu'iyah melakukan sesuatu kerana dia jahil, tak tahu mana baik mana buruk, mana haram mana halal..Yang ketiga ni pula berbeza kerana tau mana baik mana jahat tapi sifatnya sendiri yang seperti syaitan.
Dia akan menghasut orang. Yang tak baik digambarkan baik begitu juga sebaliknya. Dia mengajak manusia pada kekejian dan keburukan. Walhal kita diminta jadikan syaitan sebagai musuh yang nyata.
4- Manusia yang bersifat malakiyyah ( sifat kemalaikatan).
Penjelasan sifat:
Sifat ini yang kita nak. Sifat yang penuh dengan kebaikan. Kita maklum kita bukanlah malaikat. Ada ketika kita serius, ada ketika kita bersantai. Jangan terlalu stress. Kadang-kadang kita perlu hiburkan diri sendiri.
Ustaz bercerita tentang sahabat bernama Hanzalah
sedang dalam perjalanan untuk bertemu Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam sambil menyatakan kekesalan kerana dia telah munafik. Hanzalah kemudiannya berselisih dengan Abu Bakar. Abu Bakar bertanya mengapa.
Hanzalah kemudian menjawab dia telah munafik kerana apabila berada bersama Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam, dia merasakan syurga dan neraka berada di depan matanya. Dia menangis kerana sangat takutkan neraka. Namun apabila dia keluar meninggalkan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam , dia akan mula sibuk dengan anak dan isterinya serta harta benda sehingga hilang rasa tangisnya bersama Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. Dia bimbang dia telah menjadi munafik.
Abu Bakar kemudian menyatakan kalau begitu dia juga telah munafik. Mereka kemudian sama-sama menemui Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam sambil menangis kebimbangan.Sesampainya di depan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam, Hanzalah menyatakan perkara yang sama dikatakan kepada Abu Bakar tadi. Lantas Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam tersenyum lalu bersabda,
Demi jiwaku yang berada di tanganNya. Sesungguhnya sekiranya kamu berterusan dalam kelakuanmu ketika berada bersamaku dan terus berzikir, tentu Malaikat akan bersalam-salaman dengan kamu di tempat pembaringan dan di jalanan kamu. Tetapi wahai Hanzalah, ada ketikanya waktu mu (untuk beribadah) dan ada ketikanya waktu mu (untuk dunia mu) ~ HR Muslim
P/S Pesannya, jangan berbalah kerana ianya akan menyebabkan kita lemah dan tak selesai masalah. Kita ada kerja-kerja lebih besar yang perlu diselesaikan untuk lebih berjaya. Kita kena fokus benda-benda yang lebih besar untuk manfaat generasi akan datang.
terimakasih cikgu atas perkongsian ini...begitulah lumrah dunia..dgn segala macam ragam manusia..
BalasPadamMakasih kak atas perkongsian.. pelbagai ragam manusia..moga kita semua sentiasa di kurniakan sifat yg baik2.insyaAllah..
BalasPadamThanks cikgu..bagus isi tazkiraj
BalasPadamsaya memang tak suka bertelagah. kalau sekali dua saya bagi pandangan atau menyangkal tapi masih tak diterima, lepas tu saya diam saja dan tukar topik...
BalasPadamsaya paling suka pesan tu kak... tak guna berbalah kalau org lain tolong tepuk tangan melihat... cuma ambik pendekatan lain untuk selesaikan masalah...
BalasPadamini yg buat saya rasa rugi kalau tak jengah blog akak... tq kak..
preadator ni pemangsa ka..? baru tau...
BalasPadamAnak saya bubuh nama nama ID streamyx saya ni predator... ingatkan nama saintifik...
haha...siapa yang bakal jadi mangsa tu IM...hihi, baru tau!
Padamtang pesanan tu saya sokong,, kena lebih fokus untuk generasi akan datang
BalasPadamkita sibuk berbalah hari ini...generasi akan datang hilang arah
PadamMalas nak bertelagah...sekiranya nampak tak berkesudahan...lebih baik berundur atau diam saja...
BalasPadamKalau boleh naklah yang No. 4 tapi bukannya mudah, banyak 'anasir-anasir jahat' yang selalu mengerumuni :) Harapnya tidaklah termasuk dalam no.1, apatahlagi 2, apatahlagi 3. Takutnya kalau hati kita ni dibaluti dengan kejahatan semata!
BalasPadamTerimakasih di atas ingatan anda..sedikit sebanyak telah menambah ilmu di dada saya..
BalasPadamjemput ke blog
Terima kasih berkongsi ilmu Nim..... alamak takutnya.....
BalasPadamMoga dijauhkan sifat sifat buruk itu dpd diri kita. Mohon yg baik baik aje...
tepuk dada tanya iman . kita nak jadi manusia yg mana . hanya kita yg tahu diri kita bagaimana ...
BalasPadam