Assalamualaikum wbt...
Hampir empat bulan membiasakan diri dengan broadband..selama itu jugalah 2 Abdul kena membiasakan diri dengan "apa" yang ada. Ndak tak ndak kena ikut peraturan yang ditetapkan. Depa ni kalau ada line laju, Youtube dan game sajalah kerjanya.
Ingat lagi tak Anim cerita, bilik dah gelap, kita ingat dia dah masuk tidur tapi bila buat spot check, ada cahaya dalam selimut. Sekali dua bolehlah kawal. Tak larat nak bising, Satu lagi sejak dua-dua dah masuk sekolah menengah ni, Anim perhatikan depa culas bab solat awal waktu dan makan bila leka online Kenalah Anim berkorban. Tak de lagi Streamyx atau Unifi.
Alternatif yang ada, mencari broadband. Berbanding tempat tinggal lama di Bandar Perdana, kawasan perumahan sekarang dekat dengan pusat bandar baru. Berhampiran shopping mall, gedung perniagaan dan pusat perbankan. Tapi, tang coverage.....
Baik Yes, U Mobile, Digi atau Maxis, bila
mentioned kawasan perumahan, depa
confident je kata "
cover...cover". Tapi bila check alamat, tu dia...yang biru
covered area manakala dalam
red circle tak cover (lorong rumah Anim). Sabar ajalah. Nak buat camna. Area rumah Anim memang berdekatan dengan sungai.
Nampaknya hanya Celcom saja yang laku area situ...huhu
Celcom Broadband Basic Plan (4GB), RM68 sebulan tanpa kontrak ni jadi penyambung hayat untuk kerja sekolah, update blog dan BW. Hanya boleh guna pada satu laptop saja. Dok fikir senang nak kawal berbanding Wifi.
Bajet
topup hp depa, RM5 seminggu seorang untuk WeChat dan Fb. Pandai-pandailah nak jimat. Nak download video kat Youtube@download game, tunggu free Wifi kat mana-mana restoran/kedai makan yang disinggah.
Dek kerana depa tumpang sekaki, tak cukup sebulan habis 4GB . Mana tahan nak purchase additional data volume 1GB@RM15 atau 5GB@RM50 setiap bulan. Dahlah tu....kata pinjam sekejap, sekejap...sekejap depa tu bermakna berjam jugak. Mana Ummi tak makan hati....huhu.
Agaknya dek kesian atau
tak tahan dengar keluhan. minggu lalu, tanpa pengetahuan mereka berdua, Celcom New PortaWifi (4GB, RM68 sebulan dan kontrak setahun) ni diberikan Bapak Abdul untuk kegunaan Anim. So, kalau Broadband putih tu sudah kehabisan data, tak payah tambah data lagi. Depa pun tak leh kata apa kan...kan..Mudah-mudahan rahsia tetap tersimpan dan 2 Abdul tak tahu kewujudannya.
Anim kagum dengan cara kawan-kawan (malah readers juga) yang mampu mengawal penggunaan internet anak-anak di rumah. Anim dah cuba bertegas, namun dek kerana tau kita ni seorang saja bersama mereka sepanjang minggu, ketegasan Anim tu kadangkala dilanggar juga. So, kena cari jalan lainlah.
Tergelak juga bila masalah ini Anim kongsikan di WA keluarga, kak long yang punya 9 anak (dua di universiti, lima bersekolah menengah dan dua bersekolah rendah) bercerita tentang caranya mengawal penggunaan internet di rumahnya.
Tambah tergelak bila dia kongsikan gambar ini...
x de tips laa kak anim. tp kalau ikut ayah saya dia potong trs hahahaha semua x merasa ;-)
BalasPadamsaya pun jenuh.. ni anak2 kecik lagi.. baru sorang bersekolah rendah pulak tu.. masing2 dah pandai mengendap henpon, tablet dan desktop nak main game..saya tegas.. ayahnya lembut ati sikit.. mmg tak ngam la.. tapi ada masa ayahnya pun tegas jugak.. dah besar nanti jenuh nak kawal.. kapasiti kami bulan ni habis sbb diorang pakat tgk video kartun..sabo je mak dia nak meniaga sikit punya jenuh guna internet merangkak..
BalasPadamkena kawal macam biasa. yang penting kadang-kadang kena tengok juga dalam hp mereka ada apa. Mana yang tak bermanfaat nasihatkan dengan cara yang baik.
BalasPadamSalam kak... sya belum ada pengalaman nak share sbb si tumpis tu kecik lagi..tapi kadang pandai juga dia tanya "hp ibu ada internet tak?.. sy jawab je takde walhal ada.. haha..
BalasPadamcuma skrg ni sy tak galakkan dia main HP @ game.. memang tak nak ajar lg klu boleh.. Tab dia rosak pun sy tak beli baru..(kengkawan jg nasihat, tak perlu beli, takut jadi hantu game)...
Anim, anak saya yang dua tu baru berapa umurnya-9 dan 4 tahun tapi segala gajet yang ada di rumah, memang jadi hak milik mereka. Lepas guna laptop, guna desktop. Lepas guna dekstop, guna tab. Sekarang si kecil ni dah pandai nak minta handphone Daddynya sebab Daddylah yang 'pemurah'. Dengan saya dia tak berani minta sebab kalau minta pun memang tak dapat. Saya selalu kata bateri takda.
BalasPadamSekarang ni saya pasang password untuk suami isteri guna pada laptop dan desktop. Itu pun kali pertama pasang, si Abang jenuh mencari kata kunci akhirnya jumpa. Dapat dibukanya. Saya pasang pw lain pulak. Sampai sekarang terkebil-kebil kat rumah kalau saya tak bukakan laptop mahupun desktop. Bab tab tu, selalunya si Adik yang nak guna.
Saya pun dah habis cara macamana nak stop. Kalau ikutkan hati, semua gadget yang tak letak password saya nak bawa pi kerja. HD pulak membebel katanya suka sakat anak-anak!
Betul Nim... bilacdah ada anak yg meningkat remaja ni, mmg payah dikit nak mengawal mereka. Kalau kita tak bagi, tak boleh pulak takut depa ketinggalan.... Mcm cik abe kita kata, sampai bila nak menyekat cenggitu, seeloknya biar dia disiplinkan diri mereka sendiri, tp tulah, namanya pun budak. Marah kita mmg tak laku Nim ..... kalau marah ayah, boleh tahan lagi....
BalasPadamBenda ni jugaklah salah satu sebab kita berhenti kerja 3 tahun lepas
my kakak internet di phone dia saja dan phone ada pin no . klu nak berinternet , kena minta izin my kakak ... broadband ada tapi sekolah punya dan utk tugas2 sekolah sahaja . jadinya , klu mereka nak pulun internet n game , kena ikut my kakak pergi sekolah dia hari sabtu atau hari biasa bila my kakak byk kerja di sekolah . kat sekolah my kakak ada wifi ... kat umah ngendeng intenet mak usunya , mmg jarang dapat lorhhh ...
BalasPadam