Assalamualaikum wbt...
Lepas Maghrib, kuar ke farmasi berdekatan. Cari ubat kapur dan angin. Ingatkan gastrik muncul kembali.Dua, tiga hari kebelakangan ni waktu makan tak disiplin. Peel Anim ni, kalau tengah sibuk buat kerja, nak berhenti makan punyalah malas. Asyik bertangguh.
Menjelang Isyak, perut dah lain macam. Pusing sini tak kena, meniarap tak kena, menonggeng pun tak kena. Habaq kat 2 Abdul..Anim nak masuk tidur dulu. Nasib baiklah dah bawa depa kuar makan heavy petang tu.
Tak dapat lena. Selang 20-30 minit mesti terjaga. Ubat dah telan, perut dah diusap dengan segala jenis minyak. Minyak Mahkota Dewa, minyak Unta, minyak Dhab pun sudah. Bila asyik berulang alik ke tandas, mulalah memikirkan...
Mengimbas kembali. Balik sekolah semalam mencuba satu kedai makan di Sg.Layar. 1st time singgah sebab nampak ramai pelanggan. Anim makan daging cicah ayaq asam. Tak taulah sama ada ayaq asam yang pedas dan masam jadi punca kerana simptom gastrik pun ada masa tu.
Ok..sambung cerita..
11 malam, sakit makin teruk. Nak ke klinik mana pun tak tahu. Sejak berpindah ke kawasan baru, belum berpeluang p klinik. Nak ronda pun dah lewat malam. Payah juga nak cari toilet kat jalan. Anim text Encik Suami, minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Haha..sendu. Manalah tahu, kalau ajal Anim tiba malam tadi. Nampak sangat takut sebab banyak dosa kat suami. Dia dah masuk tidur agaknya. Sms Anim tak dijawab.
Tak tahu bila masa Anim terlena. Anim terjaga kerana sakit perut yang amat. Tengok jam di dinding, pukul 1 pagi . Nak turun bawah, ternampak lampu bilik si Abdul terpasang. Budak ini, masih belum tidur lagi. Leka membaca komik. Dia bertanya Anim nak ke mana.
Ummi nak turun bawah. Ummi mimpilah. Nak cari kurma.
Alkisah, dalam mimpi Anim tu ternampak kumpulan jemaah sedang duduk di satu tempat. Kalau lihat dari pakaian mereka, macam rombongan umrah. Ramai..dalam 2 bas gitu. Mereka duduk-duduk dan hendak dijamu dengan buah kurma. Nak kata kat ladang kurma, tak nampak pokok kurma.
Yang peliknya, semua tak jamah kurma depan mata. Si penjamu (tuan rumah) punyalah susah hati sebab semua ahli kumpulan tu sakit perut! Dia panggil seorang Ustaz untuk sembuhkan mereka namun tak berjaya dan Ustaz tu minta diri pulang dengan menaiki kereta. Tak lama, entah dari mana muncul seseorang ini bertanyakan apa yang berlaku.
Bila mengetahui apa yang terjadi dia menjawab,
"Senang aja kalau sakit perut ni. Ambil 8 biji kurma, baca Al Fatihah dan tiupkan pada kurma tu"
Anim terjaga. Sakit perut tak tertahan. Teringat mimpi 8 biji kurma tadi. Nak cuba..tak...nak cuba..tak. Dok fikir, ini malam Jumaat. Masuk tidur tadi ada wudhuk. In sha Allah, boleh percaya mimpi ni. Apa salahnya mencuba. Setakat makan kurma saja..bukan susah sangat. Benda tu pun ada dalam rumah.
Letak 8 biji kurma dan sebotol air mineral atas meja. Macamana caranya ni? Betul ke 8 biji? Kenapa bukan ganjil, 5 ke 7 ? Lepas tu, nak baca Al Fatihah sekali kat semua 8 biji tu baru makan ke atau ambil sebiji-sebiji dan baca Al Fatihah, 8 kali ? Kalau orang tu ada di sebelah, mahu saja ditanya. Hmm..decided ambil satu dan baca Al Fatihah hingga 8 yang terakhir nanti. Dok fikir...baca banyak kali lagi banyak pahala. Mudah-mudahan lagi cepat baik. gitule.
Bukan senang ooo nak makan kurma sekaligus 8 tu. Dok "menolak" dengan air saja jawabnya. Masuk biji ke 5, perut memulas ya amat dan bergegas ke bilik air. Si Abdul pun cuak aja. Dia suruh telefon ambulan.
Memandang 3 biji kurma yang masih belum bersentuh. Laaa.... lupa! Bukankah tadi dia suruh tiup kurma tu lepas baca Al Fatihah? Nak memulakan semula yang 5 tadi? No..no...tak sanggup. Dengan penuh yakin, baki 3 tu saja yang Anim baca Al Fatihah dan tiup kat kurma.
Alhamdulillah, dapat tidur lena hingga terjaga jam 5 pagi. Walaupun sakit tu kadang-kadang ada, kadang-kadang hilang tapi taklah seteruk malam tadi sehingga menyukarkan pergerakan Anim. Ni pun ingat nak p klinik juga sekejap lagi. Nak pastikan sama ada gastrik@
food poisoning.
P/S Janganlah ingat Anim nak jadi bomoh pula bila publish entry ni. Anim hanya cuba. Pada Anim apa jua kaedah dan cara...walaupun hanya minum air segelas, adalah keyakinan kita yang usaha itu hanya akan berhasil dengan izin Allah.
Salam Jumaat kak..moga cepat hilang sakit perut tu.. klu tak reda baik pegi klinik juga refer doktor..
BalasPadamboleh amalkan ni makan 8 biji kurma.. sllu sy dok makan paling larat pun 2biji sblm ni...
sampai termimpi-mimpi..mimpi yang boleh diikuti..
BalasPadamUsaha dan doa dan dah dibuat. Petunjuk juga diberi tak salah mencuba apa lagi tak melanggar syariat
BalasPadamBagus ni Anim - bolehlah ikut..
wah kak..boleh jadi bomoh temberang lepas ni..hehehe... sebenarnya apa pun ubatnya bila kita yakin Allah menyembuhkan insyaAllah mujarab kan kak...lamanya tak berjalan ke blog kwn-kwn..busy yg amat...kak anim.. hp saya rosak....minta akak wasap saya no hp akak semula ye kak..
BalasPadamAlahai syahdunya okje part text kat cik abe tu Nim.....yelah ....kita tak tau ajal kita ni. Okje pun sama Nim, sejak dah tak berapa nak muda ni kalau sakit, mesti ingat benda tu....huhu...
BalasPadamSakit sangat tu sampai terbawak dlm mimpi yek...
mungkin food poisoning kot kak...at least ada ikhtiarnya..
BalasPadamselalu rumah sakit perut cerit tu suri akan rendam dg uncang teh dalam air panas.rendam dalam 15 minit minum air teh tu pekat2 nanti lega terus heee kalau ke tandas tu ler yang terakhir kita ke tandas.gemar buat begitu dari makan ubat pil ciki teon hee..
BalasPadamsemoga cepat sembuh ya..
pindah mana plk ni ehhh...bukan duk ipoh lagi yer..?
Kasiahnnya. Semoga akak cepat sembuh dari sakit perut tu.
BalasPadamMungkin Allah berikn petunjuk melalui mimpi kot...tak salah mncuba kan..semuga Anim dah sihst krmbali..amiin
BalasPadamAduhai, Anim... baru sakit perut dah text En Suami minta maaf bagai ya. Saya ni, dah bermacam sakit pun tak sempat nak minta maaf. Merajuk lagi adalah....
BalasPadamSamalah kita. Sebelum kena sakit gusi dan gigi, seminggu sebelum tu kena sakit perut memulas-mulas tapi bila pergi bilik air takda apa-apa. 2,3 hari juga sampai masuk angin jadinya. Saya ni pulak spesies takut jumpa doktor maka menahan ajelah sampai baik dengan sendirinya!
selalunya klu bacaan ayat2 suci tu saya tiupkan sekaligus je anim . cth kat 3 biji limau nipis atau satu peket garam ...
BalasPadam