Assalamualaikum wbt...
Salam 4 Syawal buat semua. Belum terlambat untuk Anim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk mereka yang singgah di blog Anim ini.
Kekok nak menyusun bicara. Lama tak menjengok blog dek kesibukan dan line internet yang membuatkan mood pun jadi merundum. Ni pun update saja. Belum dapat "beraya" rumah kawan-kawan lagi. Tunggu..,
Banyak cerita dah basi. Cerita fasal duit raya, ok agaknya kan? Inilah saat paling seronok bila isi sampul duit raya dikeluarkan.... Mak pak pun tumpang seronok tolong kira, huhu.
Last day sebelum cuti raya, seperti biasa ada pemberian duit raya RM 2 seorang bagi setiap pelajar hasil sumbangan guru-guru dan kedai buku sekolah. Plus duit raya dari guru kelas dan guru subjek ; purata duit raya yang diterima hari tu RM7-RM10 seorang ( anak yatim dan miskin lebih lagi..). Bagi anak kampung, amaun itu cukup menggembirakan mereka.
Alkisah, si Abdul kecil pun ikut sibuk menukar duit. Diambilnya RM 30 dari tabungnya(lebihan baki belanja sekolah) untuk ditukarkan dengan note RM1 baru dalam simpanan Anim.
Anim kata, tak perlulah dikeluarkan duit tabung tu. Nanti Anim bagi duit raya menjelang Syawal. Lebih dari RM30 pun Anim boleh beri.
Dia kata itu bukan untuk dia tapi untuk kawan-kawan sekelasnya (27 orang) . Anim nasihat, tak payahlah, awak tu belum kerja. Makan pakai masih bawah tanggungan orangtua. Nanti dah kerja, ada duit sendiri, bolehlah berbuat demikian.
Serba salah pula dia kata, salahkah tindakannya itu? Dia bukan minta duit Anim pun.
Anim nasihatkan lagi, kalau nak buat sesuatu kat duit tu mengambil keberkatan Ramadhan, apakata masukkan dalam Tabung Kemanusiaan Palestine atau Syria. Beri pada mereka yang lebih memerlukan, itu lebih bagus.
Tambah Anim, kawan-kawan sekelasnya rata-rata bukan orang susah. Lagipun last day nanti, depa pun dapat duit raya juga dari pihak sekolah, guru kelas dan guru subjek. Anim pun boleh beri kalau dia mahu.
Dia seakan merajuk dah memberitahu Anim, kalau tak bagi, tak apalah. Duit itu nak disimpannya semula ke dalam tabung.
Anim bertanya tujuan dia berbuat demikian. Adakah kerana dia nak beritahu kawan-kawannya yang dia ada banyak duit. Atau kerana mahu popular dikalangan kawan-kawannya..
Terdiam seketika bila dia menggeleng- gelengkan kepalanya seraya menjawab perlahan, dia hanya mahu MENGGEMBIRAKAN kawan-kawannya sahaja.
Allahu Rabbi, dan dan tu juga Anim berikan sampul duit raya ikut jumlah yang dimintanya. Terima kasih anaknda kerana menyedarkan Ummi tentang niat yang satu itu.
P/S. Pagi tadi di radio IKIM ke udara bab adab di hari raya. Teringat kisah si Abdul kecil bila ustaz sebut fasal pemberian duit raya pada kanak-kanak. Antara yang disebut, perkara yang paling disukai Allah ialah bila kita menggembirakan oranglain. Membayangkan kegembiraan di wajah kanak- kanak bila dihulurkan duit raya..