Home · About Me · Sitemap ·

Hadiah Nuzul Quran penuh makna


Assalamualaikum wbt...

Cerita sebelum Ramadhan

Anim baru habis kelas. Bergerak ke bilik guru. Si dia sudah duduk di kerusi Anim. Terkejut juga bila lihat dia membelek sesuatu di meja.

Tahu pulak, buku berkulit hijau yang diambilnya dari deretan buku yang ada di meja Anim itu, Al-Quran. Kami memerhatikan gelagatnya. Pandai pulak dia membukanya dari kiri ke kanan. "I don't know how to read", ujarnya. Of courselah...

Orang bijak cam dia, rajin membaca, rajin search...banyak bertanya tentang Islam. Anim akui, memang mati akal nak "patahkan" hujahnya bila dia bertanyakan sesuatu dari apa yang dibacanya mahupun pengalaman yang dilaluinya. 

Antara yang pernah diajukan, orang berpuasa ni tak boleh telan air liur ke sebab dia nampak orang Islam yang berpuasa asyik meludah-ludah. Ada sekali tu dia tanya tentang aurat wanita. Bila Teacher Fauziah jelaskan tentang aurat wanita Muslim dihadapan wanita bukan Muslim, dia beritahu kenapa bila kawan dia berkunjung ke rumah seorang cikgu Muslim perempuan, cikgu berkenaan tak kisah membuka tudungnya di rumah... 

Dipendekkan cerita, bila Anim beritahu Al Quran yang dipegangnya itu adalah hadiah dari Teacher Fauziah, spontan dia memandang Fauziah dan memberitahu, jangan hadiahkan dia Al Quran sebab dia tak tahu nak baca. Kami kemudian kata..dia boleh baca English translation. Terkejut bila dia kata, dia memang nak cari ayat dalam Al Quran tentang binatang (anjing) sebab dia ternampak jiran Muslimnya melakukan sesuatu tidak elok terhadap anjing di kawasan kejiranannya.

Cerita Ramadhan

Sejak peristiwa sebelum Ramadhan lalu, Anim dan Teacher Fauziah merancang nak hadiahkan Al Quran English Translation buatnya. Terjumpa The Holy Quran, English Translation terbitan Saba Media Islamic di MPH, Tesco Lagenda Heights. Itulah satu!  2 minggu pertama Ramadhan, dia tak hadir ke sekolah kami. Pusing Tamil dan Chinese school dulu. Jadual kami pada Selasa, 15 Julai (17 Ramadhan)

17 Ramadhan 1435H, tarikh Nuzul Quran dan Perang Badar. Dipeluknya kami berdua sebaik bertemu kerana lama tak berjumpa, katanya. Kami menyiapkan projek yang dirancang seperti biasa. Selesai sessi persekolahan, Anim suakan The Holy Quran, sejurus sebelum pulang. Sungguh...kami saspen juga menanti reaksi pertamanya.

Satu peel Mat Salleh yang kita tahu, bila dapat sesuatu, on the spot dia akan tengok. Kalau suka, dia akan kata suka  Bukan macam kita, bawa balik rumah, baru tengok hadiah diberi.

Dia terkejut. Kemudian dia tersenyum gembira. Katanya, dia tak ada kitab Al Quran sebelum ni. Kalau nak tahu sesuatu, dia akan search di internet. Masha Allah, dia tahu makna surah! Kami sebut surah Al Kahfi bila dia bertanya tentang kisah anjing dalam Al Quran. Tapi kami kata, dia bolehlah start dari permulaan surah Al Fatihah.

Dia kata, dia pasti akan baca kerana ingin menemui ayat itu. Hanya doa yang mampu kami luahkan semoga berkat Nuzul Quran dan keinginan kuatnya untuk mencari sesuatu membuahkan hidayah buatnya. Hidayah itu milik Allah. Namun kena ada usaha. Kalau bukan hari ini..mungkin pada satu masa yang kami sendiri tidak tahu, hatinya akan terbuka. Mudah-mudahan langkah pertama ini bukanlah langkah terakhir. Doakan ya..

Petikan Angguk Geleng dalam Solusi bulan ini yang ada kaitan sipi-sipi dengan entry ini benar-benar menyentuh jiwa..

P/S  Sayu dan hiba teringat Nadia. Apa ceritanya sekarang kerana no.tel yang diberinya sudah tidak dapat dihubungi.

Artikel berkaitan:

24 Komen untuk "Hadiah Nuzul Quran penuh makna"

  1. saya berdoa moga mat salleh itu bertemu hidayahNYA, dan kembali ke fitrah..Insya Allah...moga Allah jinakkan hatinya utk Islam

    BalasPadam
  2. semoga sifat ingin tahunya akan membawa kepada jatuh cinta dgn Islam . semoga hidayah hadir buatnya ... aaamin .

    BalasPadam
  3. Doakan moga dia terang hati, peroleh hidayah...ameenn...

    BalasPadam
  4. sentap baca komik tu kak..huhu.semoga dia akan bertemu hidayah.sama-sama doakan.

    BalasPadam
  5. Betul ......bagusnya omputih ni rajin membaca dan rajin search kalau dia nak tahu sesuatu kan Nim...
    Moga ada ruang untuk hidayah Allah datang menyapanya suatu hari nanti....Inshaallah

    BalasPadam
  6. Memang terpahat di minda CM kisah Cina masuk Islam tu..rasa kita tidak adil pada mereka, mentang2 lah kita dilahirkan terus Islam. Harus beri peluang pada orang belum Islam untuk memahami Islam. Tapi CM takde ramai kawan belum Islam, cuma harap2 apa yang dipost dalam fb dapat dibaca oleh mereka. Mana tau, ada hadis atau ungkapan ulama yang mengetuk hati mereka..Aamiin.

    BalasPadam
  7. Semoga Allah memberinya petunjuk dan hidayah. Mungkin dengan hadiah dari kak Anim menjadi pembuka jalan buatnya untuk lebih memahami dan mengenali agama Islam. Sama2 kita doakannya. Kalau boleh akak jangan putus hubungan dengan beliau...terus bertanya khabar dan ikuti perkembangan.

    BalasPadam
  8. Orang macam ni...yang rajin untuk belajar sesuatu ilmu terutama berkenaan Islam sepatutnya di beri semangat dan sokongan...
    Salah satunya seperti apa yang telah Anim buat, ini akan mendekatkan lagi hatinya untuk menimba pengetahuan berkenaan islam...
    Semoga di beri hidayah kepadanya..InsyaAllah..

    BalasPadam
  9. Ameen... kita sama2 doakan yer kak :)

    BalasPadam
  10. inshaAllah terbuka hatinya, mereka lebih faham kadang tu tapi belum ada hidayah..

    BalasPadam
  11. semoga dia diberikan hidayah..bertambahlah umat islam di dunia,,

    BalasPadam
  12. Lorong sudah diberikan hanya menanti hidayah itu yg kakak rasa kian menghampirinya.
    Bertuah ada peluang memberikan lorong buatnya - tak semua org ada peluang begini Anim

    BalasPadam
  13. solusi antara majalah yg saya suka.tpai sekarang lebih pada majalah "IMAN"

    BalasPadam
  14. mudah-mudahan terbuka hatinya...

    BalasPadam
  15. ke mana menghilang? saya sampai sekarang masih berdoa diberi petunjuk dan hidayah pd diri sendiri kak.. :'(

    BalasPadam
  16. Allah hu rabbi.. moga hidayah Allah itu miliknya kelak..

    BalasPadam
  17. Moga dia di beri hidayah.. ada kesungguhan utk belajar dan mencari ilmu Al-Quran.. ya Allah terasa diri ini pun masih daif...

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum wbt....
    kalau dia dapat hidayah dengan Quran yang kak dan teacher fauziah bagi - Allahuakbar... besarnya pahala...

    btw, tak agree dengan kartun tu kak... kalau situasi nya di malaysia... seperti kata ustaz - non muslim negara ne tak boleh claim dan salahkan muslim kat negara ne sebab exposure ttg islam sangat banyak... tak boleh cakap dia tak tau kalau dia mmg penduduk dan rakyat negara ne... tinggal lagi dia nak ambik tahu atau tidak...

    yang salah ialah bila muslim itu sendiri tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik (i.e perlulah mengamalkan cara hidup dan akhlak islam yang sebenar....)... sebab daripada akhlak buat orang tertarik untuk mendekati dan didekati...

    wallahualam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah2an..amin..huda

      pada pendapat kak, kita yang sedia muslim yang sejak lahir pun masih perlu diperingatkan, masih perlu ditegur, masih perlu dipanggil menghadiri kuliah.inikan pula mereka, non muslim yang berada di sekitar kita. mungkin ada yang mendengar tapi tak memahami..maka tugas berdakwah kepada mereka tak boleh ambil ringan. wallahualam.

      Padam
  19. Ya Allah..semoga Allah berikan dia hidayah kak

    BalasPadam
  20. nekcik pun punya seorang kakak angat Cina yang dah bertahun tahun berpuasa...namun masih belum Allah berikan hidayahNya....selalu nekcik pujuk dia agar tterus masuk islam kerna dia dah lama amalkan cara hidup melayu..tapi mungkin ilmu dakwah necik belum meyakinkan dia...

    BalasPadam
  21. Semoga dia diberikan hidayah. Mana tahu bila tiba masanya, dia akan memeluk Islam, menjadi salah seorang saudara seagama kita.

    Bab tentang Islamnya Melayu kita ni, saya pun banyak pengalaman. Apatah lagi bila dikelilingi bangsa asing yang tak dapat merasakan Islam itu indah sebenarnya. Dah ada antara kita sendiri yang tidak betul-betul berpegang teguh pada agama, macamana nak buat?

    BalasPadam
  22. Agree sgt2 dgn karikatur tuuu... hakikat sbnr yg berlaku dlm masyarakat kita..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai