Home · About Me · Sitemap ·

Bila orang lelaki tanya resepi...


Assalamualaikum wbt...

Rasa malu pulak dapat komen kawan-kawan bila published entry tentang susahnya nak cari pasar ramadhan di Ipoh tempohari. Iyalah...bukan masalah besar, cuma masalah susah cari makan je. Terima kasihlah pada yang memberi suggestion..



Lagi-lagi bila baca komen FirHoney ni. Tambah malu tau... Terima kasih ya kerana sudi membantu.




Mereka berdua di sana beli sedikit kuih muih saja, Masuk minggu ke2, makanan berat dah "tak lalu" nak masuk tekak. Almaklumlah...macam masakan air tangan emak kita walaupun satu dua lauk, hari-hari pun tak jemu. Tapi cuba kalau kita ulang p restoran yang sama dalam seminggu..walau berpuluh jenis lauk..tak terbuka selera.

Selama ni,menu yang pernah kami  jamah dari air tangan Encik Suami ialah sardin, telur dadar goreng dan nasi goreng. Dia memang tak pandai sangat memasak tapi sangat rajin mengemas rumah terutama menyapu dan lop lantai. Oklah kan..heee

So, bila petang kelmarin dia telefon Anim bertanyakan resepi, sedih dan sayu pulak. Maklumlah..jadi ibu, jadi isteri. Tapi dek kerana tak nak dia tahu...gelak-gelak sajalah bagi resepi dan panduan. Kesian, bukan menu hebat yang ditanya pun. Si Abdul sulung tu teringin nak makan MAGGI GORENG ( Cintan mee kering tule..)

Aduhai...kalaulah tak memikir masih ada loan rumah di Batu Pahat yang perlu dibayar, mahu saja mohon bersara awal. Paling tak pun, cuti tanpa gaji. Apakandaya...tak berkemampuan untuk melakukan keputusan itu lagi.

Sejak meningkat usia ni, memang pasang azam nak bebas dari hutang. Kena jimat cermat. Beli barang yang perlu saja. Bercita-cita nak bersara awal..tak mahu kerja sampai usia pencen yang dah tersign itu. Tak larat dah nak usung barang sana sini andai Encik Suami bertukar tempat kerja lagi. Tak larat dah nak pindah sekolah baru lagi. Namun...akur, kita hanya mampu merancang dan berdoa. Hanya Allah saja yang tahu apa yang TERBAIK untuk hidup kita.

P/S Yang pasti....tempat pindah yang kekal dan tak tukar-tukar lagi ialah bila berpindah ke liang lahad. Sedar tak sedar, pemergian Biduanita Sharifah Aini memberi inspirasi ; memikirkan bagaimana plan kita untuk menemui Pencipta  dalam keadaan tenang dan bersedia.

Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Bila orang lelaki tanya resepi..."

  1. En abe kakak pun sama Anim manalah pandai masak. Tapi nasib dia baik sentiasa ada isteri di rumah. Kalau kena macam en abe Anim mahu dia makan luar tiap hari agaknya... kesian juga bila dpt call macam itu mesti Anim rasa sayu kan...

    BalasPadam
  2. ok la tu kak drpd x tahu msk even msk air sekali pun ;-)

    BalasPadam
  3. Salam kak...
    memang susah jugak kan duk berjauhan ni..memang mencabar lah..apapun mmg kena tahan, sabar ye kak..hehe.. cik Abe kite Alhamdulillah boleh masak..boleh hidup tanpa sy...kadang dia masak lg sedap dr isteri nya ni..

    BalasPadam
  4. Kira bagus jugalah tu rajin kemas rumah. Suami saya katanya dia pandai masak. Dulu-dulu dia masak nasi, goreng telur, goreng nugget/drummet. So, dia anggap dirinya dah pandai masaklah tu. Sekarang ni memang nampak terrerlah juga. Pernah juga dia cuba buat sambal tumis tanpa tahu apa resepi hanya ingatan kuatnya je bila tengok saya masak. Jadilah juga walau ada terlebih, terkurang :)

    Kalau duduk berjauhan ni memang terasa siksa segala. Sedih pun ya juga. Pengalaman hampir setahun duduk sendirian tanpa HD, dah cukup buat saya serik nak berjauhan lagi... Again, ada hikmahnya Allah pilih perjalanan hidup Anim sekeluarga begini kan...

    BalasPadam
  5. bagus husband akak, at least ada keinginan nak membantu

    BalasPadam
  6. saya memang jenis takleh dok jauh ngan hasben.. 6 tahun lepas, kami pernah dok jauh, saya kat KL dia kat JB.. hadoiii memang tensi betul dah le masa tu saya preggy.. hehehe.. Alhamdulillah kejap je, lps tu dah dapat dok sama semula...

    saya pon sama, naaak sangat bersara awal.. nowadays lagi la dgr mcm2 kes jenayah mmg kalau boeh nak dok umah tgk anak2 24 jam je.... semoga dipermudahkan dan dikabulkan doa kita nak bersara awal ekk.. amin amin...

    BalasPadam
  7. hihi...husband kak anim macam en hubby kita..tapi bila kita tak sihat dia la chef di dapo walaupon dia tak reti masak..keje kemas umah...mop lantai..buang sampah mmg keje dia..kadang2 hal anak2 pon dia yang uruskan..

    BalasPadam
  8. bgusla tu kak.. at least pndai jugak memasakkan n berusaha penuhi permintaan anak2..
    btl lah, kematian arwah sharifah aini betul mninggal kesan.. lg2 baca nota terakhir dia n bk lg ttg dia sblm pemergian.. trsa insaf..

    BalasPadam
  9. syukur boleh juga masak, kalau bersara awal ada pencen lagi bagus, Anim boleh buat optional tapi pencen kurang skit kut..

    BalasPadam
  10. Tentu suami dan anak-anak rindukan anim menjelang buka puasa. Teringat air tangan anim...alahai sian gak ya. Takpe lah, sekejap lagi habislah ramadhan ni..

    BalasPadam
  11. saya menu setakat ni simple sahaja heee.kalau rajin pe param tu encik suami heee dekat dengan masjid tu mengadap mee rebus ramli area section 18 pun gila2 byk pilihan..


    saya suka lauk sadin tak kira masak tomyam, masak tumis asam, masak asam , kari sadin saya gila2 suka erkk...hiii

    BalasPadam
  12. Hehe.... laaaa..... maggi goreng cintan je rupanya ingat ayam masak lemak cili api ke....
    Lelaki ni rasanya bila isteri jauh dia lebih pandai berdikari kan......
    Oklah jugak tu rajin mengemas dan menyapu somi kita lagilah hehe.....kena mintak maaf dgn somi ni lepas ni hehe

    BalasPadam
  13. rse ksian lak kan siap kol tny resipi...sme mcm.suami sy kak.kalo nk msk xtau mcm.mne die kol tny bhn bhn n cara msk

    BalasPadam
  14. Memang Anim..kita ni selalu diuuji dengan berbagai ..lebih lebih lagi bab keluarga...nekcik jugakk pernah melalui saat saat begitu...dari umur 400 lagi nak berhentti kerja tu sentiasa di sebut sebut...terutama bila waktu cutti habbis..anak tak sihat...masa bersara awal 52 tahun tu servis hanya 28 tahunn..tolak setahhun cuti tanpa gaji yang dikumpul sepanjang perkhidmatan...tak sabar nak tunggu 30 tahun serrvis untuk menikmati pencen lebih...redha jer dengan pencen yang kurang namun alamdulilah hati lapang...dah 3 tahun jadi suri umah spenuh masa dan hati...alhamdulilah...nikmat yang Allah beri

    BalasPadam
  15. susah nak percya bila lelaki yg bertanya haha

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai