Assalamualaikum wbt...
Pagi-pagi layan TV Al Hijrah di SP. Tak balik Ipoh. Petang nanti, in sha Allah, orang Ipoh balik buka puasa kat SP:-))
Rancangan Assalamualaikum dah separuh jalan. Tak pasti siapa yang dipanggil Tuan Zarul oleh penyampai Assalamualaikum, Amin Idris tadi. Sedih mendengar 20 telaga air bawah tanah (kalau tak silap) yang dibina telah dibom oleh Israel laknatullah. Inilah masanya untuk kita turut sama membantu saudara Islam kita di Palestine. Selain berdoa, yang pasti adalah membantu mereka dari segi kewangan.
Anim paparkan no.akaun bank yang tertera di skrin TV:
1- Maybank Islamic : 562142708704
2- CIMB Bank : 8003638503
3- Bank Islam Malaysia Berhad : 12029010065643
4- Affin Bank : 10671000278
5- Bank Rakyat : 110801000035
Pesanan Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam dalam satu hadith :
"Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidur dalam kekenyangan sedangkan tetangga di sebelahnya kelaparan" (Hadith riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
~Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain~
~Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain~
Sepanjang Ramadhan ini, Neelofa belum miss walau satu tazkirah Ramadhan Mufti Menk live di masjid. Dok google tadi, sepanjang Ramadhan 2014, Mufti Menk beri tazkirah 30 minit di Masjid Besi Putrajaya, betul ya..Kata Neelofa lagi. Mufti Menk membawa aura dan tazkirahnya memberi kesan mendalam dalam jiwanya.
Tambahnya lagi, terkesan dengan tazkirah Mufti Menk tentang solat; bagaimana usia kita tersia-sia selama ini kerana tidak memahami makna bacaan dalam solat, dia akan menghafal makna bagi setiap bacaan dalam solat setiap hari. Kalau hari ni dia hafal makna bacaan duduk antara 2 sujud, esok dia hafal makna bacaan lain pula. Gitulah lebih kurang. Neelofa, kami pula yang terinsiprasi oleh kamu..
Memang tak puas mendengar cerita penghijrahannya tadi. Rasanya penyampai Assalamualaikum, si Amin Idris dan Farah Adeeba pun sama juga. Neelofa memang bijak berbicara, lancar dan pengucapannya penuh dengan isi.
P/S Jangan sesekali menghina sesiapapun kerana satu hari nanti mungkin dia lebih baik dari kita. Allah melihat pengakhiran kita bukan permulaan ...
saya pun ada tengok tadi, Alhamdulillah..akhirnya dia berhijrah ke arah yang diredhai.
BalasPadamBetul tu Nim....perancangan Allah itu tidak kita ketahuikan....
BalasPadamSuka tengok Neelofa ni.... dahlah mmg cantik pakai tudung lagilah cantik....betullah Okje pun terinspirasi dgn dia pulak dah ni....
Moga Allah memberi keamanan kpd Palestine...
alhamdulillah...hidayah itu milik Allah.kita sendiri tak tau nasib di akhir nanti.
BalasPadamjangan lupa doa untuk Gaza :)
Ayu Neelofa ni sejak bertudung. Harapnya semoga berkekalan. Suka hati bila melihat ramai artis muda mula berhijab. Neelofa ni katanya memang tergolong dalam murid yang cerdik maka tak sukar untuk dia mendalami Islam. Betul kata Anim, kita pulak yang terinspirasi bila membaca kisah-kisah mereka yang berhijrah ke jalan yang lebih baik. Sejarah hidup tak perlu diungkit, cuma pengakhirannya sahaja yang penting. Tengoklah sahaja nasib Sharifah Aini. Sebak jadinya melihat pengakhiran jalan hidupnya. Kita ni, belum tentu lagi bagaimana....
BalasPadamorg dh cntik..skrg lg cantik.
BalasPadambiar buruk dimata mnusia.. cantik dimata Allah.
cantik berhijab..secantik nama y diberi
BalasPadamBersama kita semua membantu umat Islam di sana. kasihan tengok keadaan mereka yang kena serang.
BalasPadamDah lama tak singgah blog akak..Cantik Neelofa bertudung. Alhamdulillah. Bila dengar kisah dia, kita turut terinspirasi kan kak. Moga Neelofa terus istiqomah dalam melakukan perubahan.
BalasPadambetoitu ramaijer orang yang kononnyer dulu tak baik di mata kita ni dah bertambah baiknyer... malah lebih hebat dan memang kita yang harus malu...
BalasPadambanyak benda yang kita kena belajar dan belajar
Kerana sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Alhamdulillah. Salam Ramadan. :)
BalasPadamhidayh itu milik, setiap manusia mempunyai peluang untuk berubah
BalasPadamkadang2 Allah bagi kita pengajaran dari orang yang kita tak sangka2.. :)
BalasPadamada sesetengah orang itu memang suka mempertikaikan ibadah orang lain seperti ' tgk muka pun tau , dia x sembahyang ' sedangkan prasangka itu saja sudah buat dia berdosa . ibadah itu antara kita dgn allah . lbh baik bantu mrk yg berniat utk berhijah drp memperlekehkan niat mrk .
BalasPadamsetuju dengan kata2 kak anem... syukur dalam usia muda dia telah diberikan hidayah allah...
BalasPadamTuan zarul pernah ziarah ibu_suri di Kampung Buah Pala ketika ibu_suri baru keluar dari hospital akibat stroke. Tuan Zarul memang seorang aktivis yang komited...
BalasPadamSelamat menyambut puasa Anim.., memang comel dia tu pakai tudungkan...kita doakan sama-sama moga2 perang ni berakhir,,,
BalasPadamalhamdulillah perubahan neelofa
BalasPadamdoakan rakyat palestin selamat dan menang perjuangan mereka menentang Israel laknatullah
betul kata Anim..kita turut terinspirasi dengan ceritanya.moga lofa istiqomah dengan penghijrahannya..
BalasPadammoga rakyat palastin menang dalam perjuangannya menentang israel laknatullah..
Semoga mereka di sana dipermudahkan segala urusan..
BalasPadamkan sejuk mata memandang nelofa bertudung.. ayu je tgk.. smga terbuka hati bertudung trus..
Jemput Join Jika belum join.. "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz"
semoga neelofa terus istiqomah..suke tgk die dh berubah
BalasPadamAssalamualaikum wbt...
BalasPadamhehehe... i solat sebelah/ sebaris ngan lofa tau... hehehe...
farah fauzana pun ada kat masjid besi...
tapi i tak nak ambik gambar dan letak kat belog, sbb nnt ada orang p masjid sebab nak jumpa diaorang bukan sebab Allah... kesian nanti...
dah jatuh haram pulak hukumnya ke masjid nanti...
tapi lofa mmg cantik lah... hehehehe....
betul..betul..nanti penuh masjid besi nak jumpa lofa..haha.. eloklah tak bergambar...dalam rumah Allah tu huda;_))
Padamsaya pernah membaca hadis dibawah ini (tapi tak pasti hadis sahih atau bagaimana, belum kaji), tapi ianya menguatkan semangat saya untuk membantu rakyat palestin....
BalasPadamSebuah hadith daripada Mu'az bin Jabal bahawa Rasulullah s.a.w. menegaskan dengan maksudnya:
"Allah Maha Besar akan memberi kamu kekuatan untuk menawan Asy-Syams (Palestin) selepas kewafatanku. Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai Asy-Syams (termasuk Gaza) atau Baitul-Mukaddis adalah mereka itu berada di dalam jihad sehingga hari pengadilan".
Hadith daripada Abi Umamah Al-Bahili bahawa Rasulullah s.a.w. mengingatkan dengan maksudnya:
" Sekumpulan dari kalangan umatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian. Para sahabat bertanya; "Di manakah mereka hai Rasulullah?.
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Di Baitul-Mukaddis dan kawasan sekelilingnya".
(Riwayat Abdullah bin Ahmad dan At-Tabarani)
hadith pertama tu kak anim pernah baca. sampai hari kiamat mereka berjihad..
Padamdr situ nmpk dia sungguh2 nk berubah...ALHAMDULILLAH
BalasPadammudah2an
Padam