Assalamualaikum wbt...
Gambar google
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim...
Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya Alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yamg baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami umtuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah…
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami . Setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami...kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu . Ya Allah...ya Rahman...pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezaki kepada keluarga kami...kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh . Golongkanlah mereka dalam orang-orang yang Kau redhai, Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah Ya Aziz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami, mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, Permudahkanlah urusan mereka. Jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka. Jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka. Jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar mereka dapat beribadah bersama kami. Jika ada di kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka. Jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya Alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi dberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami. Temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan Lailatul Qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami.. terimalah taubah kami.. ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.
Aamiin, aamiin, ya robbal a'lamin.
P/S Jazakalllahu khairan buat Tok Imam berkenaan, penyalin dan penyebar doa ini. Doa ini sudah diprint dan ditampal di dinding...Sesungguhnya doa orang yang berpuasa, tidak akan ditolak oleh Allah. Aamiin.
P/S Jazakalllahu khairan buat Tok Imam berkenaan, penyalin dan penyebar doa ini. Doa ini sudah diprint dan ditampal di dinding...Sesungguhnya doa orang yang berpuasa, tidak akan ditolak oleh Allah. Aamiin.
amin. Terkesan baca munajat ini akak. Terima kasih akak.
BalasPadamAmin.. bait2 ayat begitu menusuk kalbu...
BalasPadamaamiin....begitu menusuk qalbu... terima kasih Anim..
BalasPadamSyahdu pulak bila menghayatinya Anim...
BalasPadamDoa yg difahami lebih terasa di hati.
saya suka doa yang dibacakan oleh imam dalam bahasa melayu..maksudnya terus sampai ke hati..
BalasPadamAmin. Lebih terkesan bila dibaca dalam bahasa yang lebih difahami. Terima kasih berkongsi tentang doa ini.
BalasPadammm.. ada dpt juga sharing kat fb.. bca seimbas lalu je..
BalasPadam3,4 hari leps sempat g tarawih.tb2 imam bacakan doa ni.. rasa pernah baca.. hi..
rasa syahdu sgt masa dibacakan..
panjang dan wajib ambil masa 15 untuk membaca dengan kusyuk.
BalasPadamTerasa meruntun hati bait2 kata dalam doa ini. Terima kasih kak kerana berkongsi. Izinkan Aina copy dan print jugak.
BalasPadamBagus doa nie... tak salah pun print dan baca setiap kali selepas solat fardu kan...
BalasPadamamin.. terasa di hati membaca....
BalasPadamAmeen.. Subhanallah...indah :') :'( - stanzaku
BalasPadamAlhamdulillah kak share doa nih....leh print jugak nti
BalasPadamaminnnnnn ya rabbal aalaminnnn
BalasPadamdlm mini GA tu akk ada tertinggal 2 syarat...nnt semak semula ya
BalasPadamameenn..terharu baca doa ni...terima kasih akak sharing..
BalasPadamamin!
BalasPadamamin....
BalasPadamtq for sharing kak...mohon copy ya....
BalasPadam