Home · About Me · Sitemap ·

Cara lipat sejadah


Assalamualaikum wbt...

Tergerak nak kongsi cerita fasal cara lipat sejadah ni bila si Abdul sulung selesai solat Maghrib malam tadi. Dah pernah tegur tapi bila dah duduk berpisah...lupa lah tu.

Memang tak de panduan lipat sejadah pun dalam Islam kan. Alkisah, selesai bersolat di sebuah surau di Bukit Kayu Hitam lama dulu, Encik Suami telah ditegur oleh seorang sahabat. Dia menunjukkan cara melipat sejadah sebaik selesai digunakan. Kata sahabatnya tu lagi, dia pun ditegur selesai solat oleh seorang Pak Sheikh ketika berada di Tanah Arab.
                               
Selalunya kita akan lipat dari bawah ke atas begini. Katanya, tempat kita pijak dengan kaki janganlah dilipat ke arah tempat dahi kita sujud.

Seelok-eloknya, lipatlah dari arah sisi. 

Memang ada logik akal dari segi adab kan?

P/S  Walaupun ia bukan satu kemestian, sejadah sepertimana kopiah atau telekung, ada nilai ibadah.

Artikel berkaitan:

32 Komen untuk "Cara lipat sejadah"

  1. terima kasih kak share cara lipat sbb dh biasa lipat dr beh ke ats..kat mana mana pun mcm tu h kan

    BalasPadam
  2. Make sense.. tak pernah terfikir pulak sebelum ni.. tq for sharing. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyalah doktor. saya pun terpaksa terangkan kat gen Y tu tentang logik akal ni. tau ajalah...depa akan tanya kenapa, kenapa..

      Padam
  3. Balasan
    1. manalah tahu kita solat rumah orang raya ni atau singgah surau@masjid, boleh praktikkan, nieda..hee

      Padam
  4. Cara ini lagi bagus akak kan jika kita nak lipat. Lipat dari sisi. Perkongsian yang berguna.

    BalasPadam
  5. terima kasih ka.. x sedar selama ni..

    BalasPadam
  6. sy slalu lipat macm yang first tu sbb dah terbiasa..takpelah, pasni kena lipat dari tepi lah pulak, sbb dah tau cara yg betul.

    BalasPadam
  7. Kak Anim, saya dh lama praktik cara ni..alhamdulillah..x sangka cara lipatan saya selama ni ada logiknya..terima kasih banyak2 kak Anim..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah..tahniah. kak anim dah 4 series baru tau:-))

      Padam
  8. Bunda pun sidai jer...nanti boleh buat cara ni pulak, t kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..kat Ipoh pun saya sidai. kat sp takde perabot..tu main lipat je bunda

      Padam
  9. saya lipat cam y 1st tu sejak dlu..emm..dah tau dah..nice sharing..

    BalasPadam
  10. sama ada yg 1st or 2nd...dua2 boleh terima lg drpd yg cmpk je kt kayu penyidai tu... (esp kt masjid-selalu sy perhatikan)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..tak pe. lepas tu kita slow talk ngan depa, nooo

      Padam
  11. Biasa memang kita lipat dari bawah ke atas macam gambar pertama tu, kan. Tak tahu pulak ada adab lain. Kalau ikut logik, ya jugakan. Orang tua ni kalau diajar, senang jek nak percaya pada logik :) Okeylah, mulai hari ni saya nak ajar seisi rumah mengubah cara lipat sejadah. Dah tahu, kenalah buatkan. Terimakasih berkongsi ilmu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi...itu bukan kemestian. tapi bila dah ditegur dan make sense (komen satu doktor) ada logiknya MD:-))

      Padam
  12. saya pun selalu guna cara pertama ... mcm kita dgn buku lah ' jgn langkah , buku tu beri ilmu .' pesan org dulu2 .

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...pendekata sejadah tu, walau sudah buruk, sudah koyak, takkan ada orang sanggup jadikan kain lap kaki sebab ada nilai ibadah di situ.

      Padam
  13. masuk dek akal juga kan... insyaallah pasni tak buat dah... thanks k anim

    BalasPadam
  14. Sebenarnya selalu ambil jalan mudah dan cepat...cara 1 paling mudah...Tapi kini baru faham cara yang lebih baik dan ianya logik!

    p/s: Salam Nuzul Al-Quran buat Kak Anim sekeluarga... Bersama kita menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

    BalasPadam
  15. Di surau dan masjid pun cara pertama yg selalu kelihatan. Tak pernah pula terfikir logik kaki dan dahi. Nice sharing, TQ..

    BalasPadam
  16. oooohhh...baru tahu..sejadah pon ada teknik lipatan dia..terima kasih kak!

    BalasPadam
  17. baru terfikir tentang kaki dan dahi.. lepas ni boleh praktikkan..

    BalasPadam
  18. Betul jugak yek.... Orang tua tua pun tak bagi bantal yg kita baring tu kita duduk kan Nim.
    Apa pun terima kasih kerana berkongsi yeh Nim...

    BalasPadam
  19. kit atak tahu lepas ini mesti buat tau heeee

    BalasPadam
  20. terimakasih kongsi cara lipat sejadah. lepas ni kena tukar cara lipatnya..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai