Home · About Me · Sitemap ·

Tetamu Remaja, Pearls of Peace dan Aptis Test


Assalamualaikum wbt....

Sebelum itu..nak share gambar ni..

Jam 6.50 pagi tadi, Anim dapat saksikan Bulan Sabit tua dan Zuhrah berdekatan antara satu sama lain di sekolah. (Sumber Info Astro ). Anim panggil beberapa murid yang tiba awal dan pekerja sekolah untuk sama- sama menikmati keindahan pagi itu.

Minggu lalu, buku Kumpulan Cerpen Remaja:Tetamu Istimewa selamat tiba di sekolah. Istimewanya, ia diposkan sendiri oleh penulisnya , Mohd Helmi Ahmad. Ada cenderahati berupa klip kertas dikirimkan sekali. Terima kasih, Helmi. Budak-budak Tahun 1 cukup geram dengan "sheep" tu. Dibelek-belek aja setiap kali kak Anim bawa masuk kelas. 

Teringat usikan geng bas sekolah.."Anim baca novel remaja"  ,macam orang muda. Bak kata Hemi dalam prakata bukunya, "Sebelum dewasa, tidakkah kita telah melalui alam keremajaan?". Bukan kata cerpen remaja, cerita kanak-kanak pun Anim baca tau. Walaupun baru satu cerpen dibaca daripada 15 cerpen yang ada, tahniah buat Helmi (juga seorang guru) yang begitu berbakat. Mudah-mudahan Helmi akan terus mengorak langkah lebih jauh lagi selepas ini.

4 hari lalu juga, kiriman istimewa dari nnhas tiba. Truly speaking, biasa beli CD ceramah Ustaz Malaysia saja. Kalau nak dengar yang lain, layan Youtube. Sangat-sangat teruja menerima CD Pearls of Peace oleh Mufti Ismail Musa Menk, daie yang berasal dari Harare, Zimbabwe. Pertama kali tahu Sheikh ni dan pertama kali juga dengar tazkirah Ramadan 2013nya di South Africa itu. Tqvm Huda. Pemberian ini sungguh bermakna.Kak Anim dah dengar sebahagian Part 1 dalam Myvi masa p mengajar kelas tambahan malam, 2 hari lalu.

Tak lupa tqvm atas kiriman FM jauh dari Australia yang comel (dah macam kampung Huda, ya) dan bookmark itu juga.

Opps..pada entry lepas, Anim kata kena duduki test kan? Actually nama Anim "naik" untuk Pro Elt course (English up-skilling course) . Sebelum ni course ni dah dijalankan di Melaka, Pahang dan Kelantan. Tahun ni turn Kedah dan Terengganu pula. So, kami kenalah sit for Aptis Test by British Council untuk filter Band yang akan kami perolehi nanti (cam PBS pulak..huhu).

Pro Elt course selama setahun ini akan dijalankan face-to face session per week after school teaching hours (2 - 5 p.m). Trainers pula dari British Council.

So, dengan bersemangat, sebelum 8 pagi Anim dah ada di makmal komputer SMK Pekula Jaya (dalam keadaan tak bersedia). Alangkah gembiranya bila dimaklumkan Anim exempted dari Aptis test by British Council dan Pro Elt course ini kerana Anim telah terlibat dengan Program Penutur Jati. Ahhhh...syukur. Kalau tak....semputlah saya lagi!!!

P/S  Suka sangatle ni tau:-))

Artikel berkaitan:

Marta, mentor Program Penutur Jati saya:-))


Assalamualaikum wbt..

Asal tengah malam je update entry. Asal update entry je tengah malam. Entah sapa nak baca tengah-tengah malamkan? Apa nak buat...dah siang kita ni sibuk bebenor.

Entri ni bukan setakat nak share apa yang Anim buat bersama mentor Anim yang berasal dari Hungary ini tetapi entry ini juga ibarat "eviden" Program Penutur Jati sekolah Anim. La ni, apa je kita buat kat sekolah, kena ada eviden, ada bukti tau. Air liur tak laku yaa...

 Seawal 7.30 a.m, Marta sudah memunculkan diri. Selepas berada di kelas Teacher Fauziah di awal pagi, kami bertemu waktu free. Actually, Anim dan Teacher Fauziah adalah dua guru yang mempunyai masa mengajar paling banyak berbanding geng bas sekolah lain. Tu yang semput,huhu..Sib baiklah Marta mai sekali seminggu, Kalau setiap hari, mau hari-hari semput. Tak de waktu free langsung. Rehat di kantin dalam 15 minit saja.

Marta ada 75 jam bersama kami tahun ini. Banyak projek oo nak buat. But this week, kami mula dengan Big Book untuk reading skill.

Ini untuk kelas Tahun 2 Anim selepas rehat. Kena prepare juga untuk 2 kelas lain yang berlainan tahun. Tu kena buat kat rumah pulak, huhu.

 Demo lesson reading acitivity. Sesekali Minah Salleh (kat SP tak jumpa) took over the lesson, seronoklah depa.. (Lucu sebab depa ikut style Marta baca. Haji Leman jadi "Haji Lemon"..heee)

Pair teaching with Marta. Kalaulah selepas ini, kami dapat seorang pembantu yang dapat membantu kami dalam menyediakan teaching aids..alangkah bahagianya. Tugas saya hanyalah mengajar, mengajar dan mengajar..

P/S  Ok chaloo dulu. Sudah jam 1 a.m. Esok (hari ni la..) ada test. Tak sempat study pun. Bukan kita apply tapi kena paksa...huhu..

Artikel berkaitan:

Saya dan Program Penutur Jati 2014-2015


Assalamualaikum wbt...

Rindunya pada kalian, para readers. Apakandaya...minggu lalu merupakan minggu paling sibuk dan nampaknya kesibukan itu juga akan berterusan hingga ke hujung tahun. Moga-moga masih diberi kelapangan untuk menjengok blog..tempat release tension

Ahad lalu, kamilah super teachers. Pagi, sessi belajar seperti biasa (sehingga jam 1.15 petang), kemudian pada 2.00 petang, ada Majlis Anugerah Cemerlang 2013 (penyampaian hadiah buat tahun ini) dan bersambung pula Mesyuarat Agong PIBG yang bermula jam 4 petang. Memang terlentok lena masa mesyuarat berlangsung...maklum kerja dari seawal 6.50 a.m dan pulang 6.40 petang.

"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tugas yang perlu dibuat, walaupun dia tak suka buat".

Minggu ni dah bermula  kelas tambahan Tahun 6 selepas waktu persekolahan. Tahun ni, guru terlibat jadi moderator untuk "guru-guru cilik" yang terdiri dari pelajar cemerlang. Pendekata, sambil mengajar kawan-kawan yang lemah dalam subjek tertentu, mereka juga dapat mengingat ilmu  bila "mengajar". Bersemangat betul baik yang belajar, mahupun yang mengajar.

Bukan saja terlibat dengan kelas tambahan waktu siang, kelas tambahan waktu malam di sekolah juga. Al maklum, guru Bahasa Inggeris ada 4 orang sahaja.. Walaupun tanggungjawab utama mengajar Tahap 1, tapi kena juga bantu kelas peperiksaan UPSR . "Biasanya, kalau kita disibukkan, kita sebenarnya sedang mendaki tangga kecemerlangan dalam kerjaya".

Minggu ini juga, terima tugas baru. Sekolah Anim terpilih untuk Program Penutur Jati (Native Speaker) 2014-2015. Guru BI Tahap 1 (Me and Teacher Fauziah) kena akur. Nantilah Anim cerita tentang Mentor kami yang comel ni. 

Dah ternampak-nampak kesibukan yang bakal dihadapi; KPI, laporan, portfolio dan plan yang dirancang pada 2nd meeting yang lalu.Perkara yang paling susah dalam pelaksanaan sesuatu tugas ialah MEMULAKANNYA. "Kerja kalau nak siap; petuanya buat, buat dan buat!" 

"Give a task to a busy person, he will know how to do it!". Agar setiap saat dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, kat Ipoh pun kena ada suasana kerja. Tak mahu kerja bertangguh. Walaupun Encik Suami bukan dalam kerjaya yang sama, syukurlah dia memahami dan tak banyak soal. Peralatan yang ada di SP, kena ada juga di Ipoh. Streamyx juga dalam proses untuk memudahkan kerja Anim nanti. Mudah-mudahan tugas yang besar dan berat itu nanti akan kelihatan kecil dan mudah.

Pengalaman....peralatan yang memudahkan kerja kita perlu ada.Guna hak sendiri lebih selamat dari guna hak sekolah. Sebab apa tau..bila hak sekolah rosak dan kita orang terakhir menggunakannya, selalunya nama kita akan "naik"..tak suka tau..

Peminat setia Mendidik Pendidik oleh Dr.Hjh Nik Zaharah Nik Yaacob di majalah Solusi. Tulisannya banyak mendidik diri. Terima kasih Dr.

Eeeh..macam tau-tau saja tugas kerja yang diperolehi. Terkejut bila nama I tersiar dalam kolum Dr.Hjh Nik Zaharah majalah Solusi terbaru (No.65).  Kalau nak tahu, mutiara kata yang Anim bold dalam entry ni diambil dari tulisan beliau.

"Sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang apabila melakukan kerja akan membuat yang terbaik." (Riwayat al-Baihaqi)

P/S  Program Penutur Jati yang bermula pada 2011 tu sepatutnya sudah berakhir tahun lalu (2013). Bagaimanapun apabila program ini disambung semula 2014-2015, banyak penambahbaikan yang dilaksanakan termasuk tiada lagi workshop selepas sekolah (2-5 petang) setiap minggu. Bagi Anim pula, yang penting, cuti hujung minggu tak diganggu. Kalau tak, pening I tau!!

Artikel berkaitan:

Masjid Muhammadiah (Cina) dan Tembok Besar@Perak


Assalamualaikum wbt...

Jam 4.50 a.m bertolak dari Ipoh. Awal pagi Ahad, highway lengang. Menjelang waktu Subuh, mula memikirkan mana nak solat. Almaklum, kita perempuan dan ditemani anak lelaki berusia 11++ tahun. Kami sudah melepasi Hentian Rehat Gunung Semanggol. Kat situ surau untuk lelaki dan perempuan berdekatan. Takle risau sangat dengan si Abdul.

Singgah Hentian Sebelah Sungai Bakap. Walaupun tiada simbol surau di papan tanda, ternampak simbol wakaf. Selalunya ada individu yang mewakafkan sejadah dan tunjukkan arah kiblat. Biasanya lelakilah yang solat situ . Dok tinjau keadaan sekeliling . Banyak lori.  Ramai yang tidur di stu. Berbelah bagi sama ada nak solat di situ atau bergerak lagi hingga tiba SP (jangka tiba jam 7). Ada surau kat rumah tol SP, Lebih selamat. Namun gusar kerana jam sudah menunjukkan jam 6.30 a.m. Walaupun jam 7 masih waktu Subuh di SP bimbang ada aral di pertengahan jalan.

Lega bila lihat depan wakaf di Hentian Sebelah Sg.Bakap ada gerai dan 2 lelaki berkopiah duduk minum di situ. Next time, kalau tempuh pengalaman yang sama, cadang nak solat kat wakaf. Kawasan terbuka, orang boleh nampak kita berbanding dengan Hentian Rehat yang of course tak nampak kelibat orang perempuan Subuh hari. Note: Tak balik rumah, terus ke sekolah dan tiba jam 7.05 a.m.

Ni semua gara-gara ronda Ipoh petang Sabtu. Bila melepasi jam 6, rasa malas pulak nak balik malam. Hmmm..sajalah tu. 

Nak tau mana kami anak-beranak p? Ke Masjid Muhammadiah (masjid Cina) di Tasek. Lama dah dengar cerita Encik Suami tentang masjid Cina di Ipoh ni. Lepas hantar si Abdul Sulung balik asrama, terus ke Tasek Mutiara dan menunggu Asar di sana. Teruja nak merasai pengalaman bersolat di masjid ini.

Ada iras Masjid Beijing di Rantau Panjang kan?

Warnanya saja berbeza. Masjid Muhammadiah di Tasek ni lagi nampak kecinaannya. Belum siap sepenuhnya. Masih ada tiang masjid yang belum sudah dicat.

Tengoklah warna dinding di ruang solat jemaah lelaki. Ruang solat wanita di tingkat atas. Tempat wuduk di atas.

Fountain yang terletak bersebelahan madrasah Muhammadiah. 

Unik bukan?

Oops...ini bukan Tembok Besar di Beijing tapi tembok yang ada di Gopeng!

P/S Seronok lak balik pagi. Sejuk je tapi mata tu le...berat sikit.

Artikel berkaitan:

Dipulaukan part 2


Assalamualaikum wbt...


Buat sambungan entry kerana ada permintaan dari Nurbijen. Minta share macamana terangkan kat si Abdul tentang tindakan guru kelasnya yang membuat pemulauan ke atas rakan sekelasnya yang mencuri hp guru. Ramai yang tak sangka yang buat kerja tu perempuan kan? Kami agak dia ni terpengaruh dengan clip video seorang perempuan yang curi susu tepung dan sorok dalam kain tu:-))

Ralit membaca hadis yang diceritakan oleh Ka'ab bin Malik sendiri (salah seorang dari 3 orang yang dipulaukan) yang dirawikan oleh Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim dalam tafsir surah At Taubah ayat 118 (Tafsir Al Azhar, Jilid 4 m.s 3154-3160). Nak share, panjang sangat...6 muka surat, you.  Catat point tertentu saja.

Anim mulakan cerita dengan si Abdul kecil tentang kisah apabila Ka'ab bin Malik berbicara jujur dengan mengatakan dia tiada halangan apa-apa dan tidak juga uzur di hadapan Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam bila ditanyakan mengapa tidak ikut menyertai Baginda Solallahu Alaihi Wassalam dan kaum Muslimin ke peperangan di Tabuk . Beliau dan dua yang lain (Marrarah bin Rabi' dan Hilal bin Umaiyah al-Waqifi) tidak membuat alasan uzur sepertimana kaum munafik yang lain. Nabi Muhammad Solallahu Alaihi Wassalam kemudiannya meminta beliau menunggu keputusan dari Allah (Surat At Taubah ayat 106).

Mereka bertiga kemudian dipulaukan. Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam melarang orang bercakap-cakap dengan mereka. Bila orang menjauhi mereka, Ka'ab bin Malik merasakan bumi sudah berubah hingga dirasakan bumi itu bukan bumi biasa yang dipijak. Keadaan ini berterusan sehingga 50 malam lamanya. Di antara mereka bertiga, Ka'ab bin Malik yang paling tabah. Dua sahabat yang lain tetap dalam rumah, duduk dan tidak keluar-keluar. Namun, Ka'ab tetap keluar, pergi solat berjamaah dan masuk pasar. Tetapi tiada seorang pun yang mahu menegurnya.

Setelah 40 malam dari malam yang 50 itu, tiba-tiba seorang suruhan Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam menemui Ka'ab dan memberitahu Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam memerintahkan beliau harus berpisah (menjauhkan diri) dengan isterinya (bukan bercerai). Begitu juga dengan sahabat-sahabat senasibnya juga. Beliau kemudian meminta isterinya pulang ke rumah orangtuanya dan menunggu keputusan Allah tentang keadaannya.

Akhirnya pada hari ke50, seseorang membawa perkhabaran gembira tentang taubat mereka yang diterima Allah SWT. Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam telah mengisytiharkan keampunan Allah terhadap mereka bertiga selepas solat Subuh (surah At-Taubah ayat 118). Ka'ab telah bercakap benar dan sehingga segenap sisa umurnya, tidak pernah walau sepatahpun dia berkata dusta.

Anim kata, pemulauan ke atas rakan sekelas si Abdul kecil itu pasti bawa kesan . Pertama, tak ada siapa bercakap dengannya. Kedua, rakan-rakan menjauh diri. Ke kantin seorang, ke tandas seorang. Ketiga, maruah terjejas. Jawatan pengawas digantung dan bakal dilucutkan.Keempat, jangan kata nak jawab pertanyaannya, bila senyum kat kawan ,tak ada siapa balas balik. Tak sedih ke? Sehari dua, tak apalah. Kalau berlanjutan hingga seminggu, dua minggu, sebulan? Kelima, lepas ni kalau berlaku kes kecurian lagi, dia pasti termasuk dalam list suspek.

Moga-moga si Abdul kecil mendapat pengajaran dari cerita Ka'ab bin Malik ini. Tadi dia beritahu Anim, dia dah nasihatkan rakan sekelasnya itu supaya meminta maaf kepada guru berkenaan. Mula-mula jawapan yang diberikan; MALU. Tapi atas desakan si Abdul kecil (dia ni ketua kelas), akhirnya rakan sekelasnya itu memberanikan diri meminta maaf kepada guru berkenaan. Rakan sekelasnya itu dah berjanji depan guru berkenaan untuk tidak mencuri lagi. Mudah-mudahan dia mendapat pengajaran dari pemulauan rakan-rakan sekelasnya.

P/S Si Abdul kecil bertanyakan Anim, boleh tak dia beritahu guru kelasnya tentang kemaafan yang sudah diterima oleh rakan sekelasnya dari guru berkenaan? Susah juga bila ada ketua kelas yang terlebih prihatin. Kesian tengok rakan sekelas dah macam kera sumbang!

Artikel berkaitan:

Berdebar terima panggilan


3 hari lalu waktu HP berbunyi, tertera 12 nombor di skrin. Sah...ini mesti dari Bonda di Tanah Suci. Gembira suara Bonda memberitahu dia hendak ke Masjid Nabawi untuk solat Asar dan akan berangkat ke Mekah keesokan hari. Menerima panggilannya walaupun hanya sekali cukup bermakna kerana diri sendiri maklum, ada 10 lagi anaknya yang menunggu giliran. Si Abdul kata dah ada nombor tu, boleh tak dia telefon nenek atau atuk. Ooo...jangan kacau nenek dan atuk di sana. Selain beza waktu kita dan depa, biarlah nenek dan atuk tumpu ibadat sepenuhnya. Masa nenek dan atuk sangat berharga di sana. Bukan lama pun..14 hari saja.

Cerita fasal panggilan dari Tanah Suci ni, Anim tak boleh lupa panggilan dari Tanah Suci yang "tak mahu diterima" pada tahun 2006 ( tahun Haji Akhbar) kalau tak silap. Bonda dan abah berada di Tanah Suci kerana menunaikan fardu haji. Waktu itu, Anim tinggal di Batu Pahat. Nak jadi cerita, beberapa hari sebelum mereka wukuf di Arafah, adik ipar lelaki Anim yang tinggal di Kluang meninggal dunia akibat denggi. Kami semua menguruskan pengkebumiannya di Kluang. Kami adik beradik ada juga menyuarakan kepada pakcik, makcik dan saudara mara lebih tua, macamana nanti kalau Bonda telefon, adakah perlu kami ceritakan atau rahsiakan dahulu. Ada yang kata, beritahulah..tahun ni (tahun tu ) haji Akhbar, mudah-mudahan Bonda boleh doakan kesejahteraan arwah di sana. Ada juga yang kata, jangan dulu. Biar mereka tumpu ibadah haji di sana.

Malam pertama nak buat kenduri arwah di rumah adik, ada beberapa barang yang tidak cukup. Anim, 3 Abdul dan adik lelaki bujang balik ke rumah Bonda ( 30 minit dari rumah adik) untuk mengambil tikar dan pinggan mangkuk. Sepanjang perjalanan, kami berdoa supaya tiada panggilan dari Tanah Suci. Sibuk mengangkut barang ke dalam kereta, tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Hati kami kuat mengatakan..itu mesti Bonda. Kami meminta adik mengangkat telefon kerana dialah yang berada di rumah, menjaga rumah Bonda. Tapi dia menolak, tak tau nak corner sana, corner sini kalau Bonda tanya.

Anim pun tak sanggup. Tak tahu nak sembunyikan getar suara yang sedang bersedih. Tak pandai nak berlakon bila ditanya kenapa Anim ada di rumah Bonda, tak mengajar ke? Tak diangkat, bimbang Bonda risau. Mana pergi adik-adik di rumah. Akhirnya Encik Suami mengambilalih tugas. Dari lirik matanya, sah...panggilan dari Tanah Suci. Seperti yang dijangkakan, bertubi-tubi soalan yang perlu dijawab. Akhirnya terkeluar juga cerita sebenar dari mulut Encik Suami. Menurut Encik Suami, selepas mendapat cerita sebenar, Bonda terdiam dan terdengar esakannya di telefon. Sedih betul waktu itu.

Menurut cerita abah, sewaktu menerima berita kami, Bonda duduk terjelepuk. Tahun 2006 mereka pergi, takde hp macam sekarang. Kena tunggu giliran telefon di kedai. Kata abah, ada jemaah yang beratur di belakang Bonda bersuara, "Kenapalah tak simpan dulu berita itu?". Abah kata Bonda bersedih sangat dalam seminggu itu di Tanah Suci. Benar, kami rasa bersalah. Kami niat nak berselindung tapi terperangkap oleh soalan-soalan dari Bonda. Naluri Bonda sendiri pun kuat agaknya..manakan tidak malam nak buat kenduri arwah, malam itu pulak tergerak dia menelefon rumah.


Artikel berkaitan:

Kursus Haji Bersiri Musim 2014M/1435H


Assalamualaikum wbt...

Jemaah Haji Malaysia (1434H) masih ramai belum pulang...tapi Kursus Haji Bersiri Musim 2014M/1435H di SP sudah bermula minggu lalu. Sungai Petani memang advance..

Ustaz Hj.Mohamad  terkenal di Utara dengan panggilan Ustaz Mat Tea "O"

~ Pesan Luqman Hakim kepada anaknya~

Wahai anakku
Mana-mana ada kelas pengajian atau kelas pelajaran atau nasihat agama, singgahlah
Kalau kau orang pandai, bertambah-tambah pandai kau nanti
Kalau kau bodoh, akan tambah ilmu

Wahai anakku
Mana-mana ada majlis yang ada menyebut nama Allah, kau singgahlah
Kalau ada rahmat turun, kau pun boleh tumpang sama
Mana-mana majlis yang tidak ada menyebut nama Allah, jangan singgah
Kalau musibah turun, kau pun tumpang sama

P/S   Istimewanya di SP, kursus haji dipenuhi muslimin muslimat tua muda dan remaja juga . Ramai juga yang hadir adalah dikalangan mereka yang berhajat untuk menunaikan umrah cuti sekolah bulan 12 ni.

Artikel berkaitan:

Mee Daud Mat Jasak rupanya!


Assalamualaikum wbt..

Pagi-pagi dah ada di Pusat Servis Perodua di Jln.Lahat, Ipoh. Dalam 15 minit dari rumah. Actually, minggu lalu nak p servis pada hari Sabtu tapi fully booked. Kensellah hari tu. 

Dek kerana dah booked awal (minggu lalu), cepatlah nama dipanggil. Kalau tak ada masalah, servis siap dalam 45 minit katanya. Menunggu dalam suasana dipaparkan dan free WIFI, nampak gaya boleh publish satu entry ni, hee.

Ingat lagi tak entry Ipoh 100 hari? Guna hp ni takleh link. Petang semalam kami singgah lagi sebaik tiba Ipoh. Barulah nampak nama gerai, huhu. Banyak sorry maaa...Mee Daud Mat Jasak rupanya. Camna leh silap info. Maaf ye...

Kita boleh pilih bahan-bahan (yong tau fu) sendiri untuk masukkan dalam menu mee kari, mee/kuey teow kicap atau mee/kuey teow sup kita rupanya. (Baru tau bila sudah habis makan)

Rupa Mee Kicap

Sup yang disertakan dengan Mee Kicap. Yang ni kira Mee Kicap biasa (tak buat pilihan sendiri).

Tiba-tiba bahu terasa dicuit seseorang. Encik Suami rupa-rupanya. Ajak balik. Actually bila Anim kata servis siap dalam 45 minit, dia kata belum tentu jugak. Tunggu depa telefon bila dah siap. Bukan jauh pun. Haah, boleh Anim balik memasak kerana hari ni kan Jumaat.  Jangan salah sangka no sebab lepas tu Encik Suami balik ofis semula :-)) .

P/S Kalau tak dijemput balik tadi, mau siap draf 2,3 entry, huhu.

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 45: Homework


Assalamualaikum wbt..

Lokasi : Gerai jual ubat-ubatan "orang kita" di sebuah pasar malam di SP

P/S Syukurlah, dalam senario sekarang di mana ada sesetengah ibu bapa "orang kita" yang memandang remeh homework diberi guru kepada anaknya, masih ada bapa yang mengambil berat tentangnya. Sejuk hati cikgu memandangnya.

Artikel berkaitan:

Masuk kedai aksesori kereta


Assalamualaikum wbt..

Baru pulang dari kedai aksesori kereta di SP. Laa..janggal rasanya masuk kedai macam ni. Pertama, pelanggan lain semua lelaki. Kedua, kebanyakannya muda dari I, huhu. Actually niat asal nak bagi ada bunyi bila lock dan unlock Myvi tu. Payah betul takde bunyi. Kena RM 50 .

Berkenan pulak dengan carpet getah purple colour ni. Matching lak tu..kasi potong 

Dalam dok menunggu, terpandang deretan DVD monitor dan player depan mata. Masa balik Ipoh minggu lalu, Encik Suami ada ronda Station 18 , cari DVD player untuk peneman driver. Tapi tak jumpa kedai aksesori kereta kat situ. Jumpa satu kedai (tak de banyak barang) , kena order pulak. Hmmm..kat SP lak bersepah kedai aksesori kereta ni.

Kalau nak tahu, minggu lalu si Abdul kecil ni "mogok" tak nak balik Ipoh. Dia tanya Anim, kenapa tak balik selangseli (2 minggu sekali). Kita ingat dia penat travel tiap minggu. Diamkan saja. Bila dia masuk kereta terus nak tidur pun kita diamkan saja. Tapi bila dengar dia bebel sendiri, "Lainlah kalau boleh tengok CD cam kereta abah...barulah best, tak ngantuk". Ooo...pasal tu rupanya.

Tak taulah camna tersengih lebar si Abdul kecil balik mengaji Quran nanti bila tau Anim dah pasang DVD player tu untuk dia. Bukan nak manjakan anak...tapi payah juga bila co-pilot tak gembira temankan driver. Co-pilot nilah yang jadi peneman sembang, tolong buka tutup botol air, tukar channel radio atau check baki SmartTag:-))

P/S  Rasa-rasa ini kali pertama dan terakhir jejak kedai aksesori kereta. Macam-macam benda depa suruh tukar dan pasang. Nanti, tuan punya badan tak bermekap, kereta pulak lebih-lebih.

Artikel berkaitan:

Ipoh 100 hari


Assalamualaikum wbt..

Diam tak diam, dalam berulang-alik SP-Ipoh-Sp sejak Encik Suami kena transfer Ipoh, 5 bulan lalu..sudah 100 hari Anim kenal Ipoh. Kalau di SP terkenal dengan banyaknya jumlah traffic lights, kat Ipoh pulak, banyak simpang. Simpang empat lagi!! Pening memandu di Ipoh ni.

Bandaraya Ipoh ni macam Europe. Lepas habis kerja, dalam pukul 6 ke atas, sunyi dah. Kedai dah banyak tutup. Nak membeli barangan di kedai selepas jam 6 payahlah sikit. Kena p shopping complexlah.

Petang Jumaat lepas balik kerja biasanya Encik Suami bawa Anim dan si Abdul kecil ronda-ronda. Tak kisahlah p mana. Biasanya dekat-dekat saja sebab Sabtu, lepas jengok si Abdul sulung di asrama, Anim nak balik SP semula (rutin mingguan yang tak jemu).

Ada yang tanya kenapa tak bergilir dengan Encik Suami, heee..Anim tak beri sebenarnya. Kalau Encik Suami balik SP, dia akan tiba rumah Jumaat malam. Satu hari masa Anim di SP "terbuang" mundar mandir dalam rumah. Sayang oo. Lagi satu kesian si Abdul sulung kerana tak siapa menjengoknya di asrama. Sejujurnya balik Ipoh menenangkan Anim.Tak pelah walau kena berulang setiap minggu, keluar duit minyak dan tol.

Opss..melalut lak. Orang nak cerita fasal lukisan yang di lukis di dinding bangunan lama di Ipoh. Waktu jalan lengang nilah boleh tengok. Menarikkan? 



Kemudian kami singgah di sebuah kedai makanan di Jalan Dato Onn Jaafar. Lama dah perhati kedai makanan yang tak putus-putus dikunjungi pelanggan di waktu lain tapi tak nampak tempat untuk parking. Lepas 100 hari, selepas jam 6, barulah dapat singgah.

Mee kari Ipoh dan mee kicap Mohd Bakri yang terkenal di Ipoh. Kami tak try mee/kuey teow kicapnya. Mee Kari untuk Anim, manakala Encik Suami dan si Abdul kecil dengan mee goreng dan kuey teow goreng kerang. Harga untuk 3 menu di atas cuma RM 11.30 (air bayar lain). Puashati makan.

Kemudian kami ke Kompleks Yik Foong. Kalau kat KL , Plaza Low Yatt menjadi tempat mencari komputer, kat Ipoh lak kat Kompleks Yik Foong, berdepan UTC. Kedai komputer dan hp sajalah yang masih buka. Yang lain dah tutup awal. Konon-konon nak survey harga. Bateri komputer sedia ada bermasalah. Jadi cikgu zaman la, komputer ni perlu sangat. PBS guna online, kaji selidik guru guna online, cari bahan mengajar pun dalam internet (alasan diberi pada Encik Suami).

Itulah "untungnya" duduk berjauhan. Bukan meminta tau.. tapi mengadu. Nak kata apa bila ada yang bersimpati, huhu.

P/S Untuk makluman BM dan kakzakie, kami p solat Maghrib di Masjid Negeri. Lepas solat Maghrib, ada kuliah (buka kitab). Setiap hari memang ada kuliah Maghrib di Masjid Negeri. Macam tulah selalunya. Bila masuk waktu Isyak, bilal akan azan. Dalam masa lebihkurang 10 minit dari waktu azan, kuliah akan dihabiskan. Jemaah akan solat Isyak berjemaah dan selepas itu akan pulang. Situasi ni berlaku di Masjd Negeri saja. Surau atau masjid lain di Ipoh macam juga di SP, di Selangor (BM) atau JB (kakzakie) juga. Teruskan kuliah dan lewat sikit solat Isyak berjemaah. Itulah pengalaman 100 hari di Ipoh. Wallahua'lam.

Artikel berkaitan:

Doa untuk orang koma atau pengsan


Assalamualaikum wbt...

Perkongsian Jumaat dari Tanyalah Ustaz oleh Ustaz Sharhan Shafie pagi tadi ( buat mereka yang tak berkesempatan) yang sempat disalin .

Ada pemanggil (perempuan) bertanyakan tentang doa bagi membantu suaminya yang koma lebih setahun akibat kemalangan. Ustaz Sharhan berkongsi doa yang belum pernah disiarkan di TV sebelum ini.

Sejarah koma (tak sedarkan diri) menurutnya adalah dari kisah permohonan Nabi Musa a.s untuk melihat Allah.

Buat sikit homework selepas balik bersarapan pagi ...


Rujuk buku Kisah Para Nabi, Pengajaran & Iktibar terjemahan oleh Ustaz Johari Yaman ("library" Anim di Ipoh). 

Tafsiran tentang peristiwa itu (Nabi Musa a.s tak sedarkan diri) sempat di baca dalam Surah Al A'raf, ayat 143 dalam Tafsir Al Azhar oleh Prof.Hamka. 

Kata Ustaz Sharhan, doa yang dibaca (Firman Allah) ini boleh dibacakan pada orang koma atau jatuh pengsan. 

Caranya dengan membacakan doa tersebut pada air zamzam dengan diberi minum kepada pesakit (juga boleh disudukan) atau dibasahkan bibir pesakit dengan kapas supaya masuk ke mulut (basahkan dengan air zamzam yang dibacakan doa tersebut). 

Atau kita juga boleh menyapu muka pesakit hingga ke ubun-ubun (tempat roh keluar) dengan air zamzam yang sudah dibacakan dengan doa tersebut.

Kita juga disarankan amalkan doa tersebut supaya dijauhkan dari tidak sedarkan diri atau pengsan dalam apa jua keadaan, in sha Allah.

Doa tersebut adalah dari surah An-Nisa' ayat 164 iaitu "Wakallamallahu musaa taklima".

Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini. Wallahua'lam.

P/S Lepas Tanyalah Ustaz, Ustaz Sharhan berkongsi di MHI pula cara-cara mengubati histeria yang sekarang menjadi- jadi di sekolah. Sempat juga salin pagi tadi. Nak share tak ye? Manalah tau kot2 korang semua dah tonton pagi tadi:-))

Artikel berkaitan:

Tak mau balik..


Assalamualaikum wbt...

Loceng dah lama berbunyi. Kawan-kawan dia sudah bergerak pulang. Dia masih tak berganjak. Minta Anim tolong buatkan lubang di kiri dan kanan. Bila Anim kata, baliklah Hakimi, nanti lama emak tunggu. Dia jawab, "tak apa...saya naik basikal'. Anim suruh dia siapkan kerjanya itu di rumah tapi dia asyik kata, kejap lagi, kejap lagi.

Susah payah..

Tak beri Madam bantu, huhu

Budak lelaki suka buat sendiri ..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 Olly The Owl bersedia nak pulang. Tengoklah...kelas dia pun dah kosong!!

P/S. Bila berdepan dengan murid Tahun 1, depa ni berlagak cikgu, kita ni jadi anak murid depa. Mengalah ajalah cikgu tua ni...heee.

Artikel berkaitan:

Merajuk


Assalamualaikum wbt..

Nak kongsi sesuatu. Bukan niat untuk bercerita kelemahan seseorang tetapi yang ingin dikongsi ialah iktibar dari cerita itu. "Dia", lokasi sekolah dan negeri dirahsiakan.

Dia menunjukkan gambar bekas isterinya. Ayu orangnya. Kami sempat mengusik tak takutkah isteri baru ( yang jauh lebih muda) tahu yang dia masih simpan gambar bekas isterinya itu. Sambil ketawa dia memberitahu, kerana itulah dia simpan gambar itu di sekolah, bukan di rumah. Takkan isteri barunya nak p gelidah almari di bilik guru. Huhu..pandai..pandai.

Kami mengusiknya lagi, masih ingat lagi ke kat bekas isterinya? Bukankah dia sudah beristeri lagi dan bekas isterinya juga sudah mendirikan rumahtangga bersama oranglain? Isterinya sekarang bukan saja jauh lebih muda tapi pandai memasak. Ada saja bekal makan yang dibawa ke sekolah. 

Dia mengaku kebenaran kata-kata kami. Ada sesuatu yang katanya yang mengingatkan dirinya kepada bekas isterinya. "Dia pandai MEMUJUK". Itu yang tak ada pada isterinya sekarang. Isteri baru KUAT MERAJUK. Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk. Dia pula jenis tak pandai memujuk. 

Ok, stop  di sini. Setiap orang ada persepsi sendiri. 

Our 23rd Anniversary, 2 minggu lalu...kami 3 beranak di bawa Encik Suami menikmati kari kepala ikan di sebuah restoran Kari Kepala Ikan di Ipoh (bukan yang masuk paper tu tau!). Kebetulan si Abdul sulung "outing". Muka 2 Abdul pun kelat semacam sebab menu kari bukan kegemaran mereka berdua. (Depa makan ayam goreng saja).

Lagi-lagi lihat gigi ikan kerapu ni yang bisa bikin bibir rabak, huhu.. Tapi sempat bisik kat 2 Abdul, "Selalunya kita yang buat pilihan restoran, kali ni bila abah buat pilihan, kita ikut saja. Bagi chance abah jadi raja". Anim tak bagi depa komplen apa-apa, makan saja apa yang diorder , takut abah depa  merajuk pulak, huhu.

P/S Merajuk pada yang sayang cuma jangan berlebih-lebihan dan membawa kepada keburukan.

Artikel berkaitan:

Pandu pulang Myvi


Assalamualaikum wbt...

Sekolah Anim dan si Abdul kecil cuti CNY, 3 hari saja. Hari ini (Isnin) dah bersekolah. Lengang saja jalan pagi tadi. Jiran sekolah kami pun bercuti lagi.

Semalam, jam 5 petang bertolak balik ke SP dengan Myvi. Macam-macam yang disumbat masuk bonet. Sempat masak 3 lauk untuk bawa bekal. Maklum, musim perayaan, takut penuh hentian rehat atau restoran. Kalau naik bas, minta MAHAP le ya. Tak kuasa nak mengangkut tiffin bertingkat-tingkat tu.

Perjalanan lancar selepas Taiping. Namun, bergerak perlahan menuju Bukit Tambun. Tersenggut-senggut macam semut. Accident gamaknya di depan. Waktu Maghrib tiba, Juru masih jauh lagi. Kami niat jamak takkhir . Harap-harap boleh tiba SP menjelang Isyak.

8 malam , kesesakan juga berlaku sewaktu melepasi tol Juru. Sempatke nak kejar Isyak di SP ni? Biasanya, lepas solat Isyak, masjid bergelap dan dikunci. Pada awalnya nak singgah Hentian Sebelah Sg.Muda dan tunggu waktu Isyak dalam 15 minit lagi. Kalau tak silap, ada kemudahan surau di situ. Fikir-fikir balik, biasanya cuti perayaan, hentian rehat/sebelah akan penuh. Surau pun tak terkecuali. Waktu malam, ramai orang, Anim dan si Abdul kecil pula akan solat berasingan. Orang perempuan ni taulah, nak wuduk, nak sarung balik makan masa berbeza dengan orang lelaki  Risau pulak dia kena menunggu Anim sorang-sorang ..kensel plan dan teruskan perjalanan ke SP.

Kami keluar tol SP dalam pukul 8.50 malam. Isyak sudah berlalu (waktu Isyak di SP dalam 8.41 malam). Masjid terdekat dalam 500 m lagi. Nampaknya, kenalah cari stesyen minyak Petronas untuk selesaikan solat jamak Isyak/Maghrib sebelum tiba rumah. (Pernah singgah di surau stesyen minyak Shell di Desa Aman, Kulim. Stesen minyak Shell yang baru sudah ada kemudahan surau).

Elok saja menghampiri Masjid Matang Gedong, pesan kat si Abdul kecil, jeling-jeling masjid samada masih terang atau sudah bergelap.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Lega bila masjid masih terang benderang walaupun sudah hampir 9 malam. Rupa-rupanya ada kelas pengajian Quran di Masjid Matang Gedong malam tadi. Depa masih belum tunaikan solat Isyak berjemaah. Kat SP ni, kalau ada kelas pengajian atau kuliah Maghrib, jemaah akan solat Isyak lewat sikit. Tak risau dah kat si Abdul. Pesan kat dia, duduk di tangga masjid kalau dah selesaikan solat jamaknya. 

P/S Ehhh...cam tak kena je tajuk entry. Belasah ajalah ya...

Artikel berkaitan:

Tetamu cilik bikin gawat


Assalamualaikum wbt...

Tetamu-tetamu cilik dari Sepang yang menjadi tetamu pertama kami di Ipoh ..

Maryam, 3 bulan

Asma', 2 1/2 tahun 

Husna, 6 tahun

Si cilik ber3 ni anak-anak adik lelaki Anim. Tiba dah lewat petang dari Teluk Intan (rumah mertuanya), kami ajak tidur rumah saja. 

Lebihkurang 4.00 pagi, terjaga dek suara budak menangis. Mula2 ingat bermimpi. Eh..taklah. Cepat-cepat naik tingkat teratas tempat depa tidur.

Si kecil Asma' rupanya. Kata adik Anim, dia tiba-tiba meluru ke pintu dan menangis sambil menjerit "Miau...Miau". Bila ditanya, dia kata Miau gigit kaki dia. Suspen kami dibuatnya.

Dia memang takut kucing. Alkisah malam tadi, Anim bawa depa duduk-duduk di buaian masa mak dan abahnya makan. Tak lama, "kucing pendatang" yang kami panggil Musang menyelit masuk melalui pagar. Dia pun mencicit lari masuk rumah sambil tutup pintu. Takut sampai termimpi-mimpi. Adoiii...

Dekat sejam dia menangis. Ajak tidur bilik lain tak mahu. Yang pelik, adik dan kakak nya lena tidur tak terganggu oleh tangisannya. 

Dia dibawa ke tingkat bawah. Emaknya pun turun memujuk. Bila tangisannya reda, dia minta air. Ingat kot dia nak minum. Tapi dia tak mahu minum. Jarinya dituju ke arah pintu. Dia kata Miau nak minum. My SIL bawa gelas dan selak langsir, pura-pura bagi Miau minum. Barulah dia senyap. Elok pula mengira tangga 1,2,3..10 semasa naik tidur semula.

Lama tak alami kerenah anak-anak mengigau malam, memang panik dibuatnya. Mulalah fikir bukan-bukan. Lega bila SIL bagitau, macam tulah keadaannya kalau ada sesuatu yang menganggunya di waktu siang. Malam dia akan mengigau. Aduiii...Asma', Asma'. Tak pelah, Asma' nak kejutkan Mak Ngah dia agaknya sebelum Subuh, heeee kerana sampai kesudahnya Mak Ngah tak sambung tidur.

Kami turut berbual mengenai hal itu semasa minum pagi. Manalah tahu itu juga satu petunjuk untuk kami. Kami hanya beri Si Musang makan tapi tak diberi minum (andaian dia ni pandai cari minum sendiri). 

Atau adakah si Bisu kami di SP memanjat masuk ke rumah lagi waktu ketiadaan Anim dan si Abdul kecil? 2 minggu lalu, sebaik Anim dan si Abdul kecil tiba SP, si Bisu ada dalam rumah!!! Tak tau dari mana dia boleh masuk. Kalau nak tahu, bekas minuman sudah sedia di luar tapi dia suka sangat cari air dalam bilik air. Moga-moga si Bisu selamat.

P/S   Ingatkan nak ronda Lumut sebaik tetamu beredar untuk majlis kenduri di Behrang. Tapi...lepas makan tengahari, terbabas pula tidur. Heee...gara-gara Asma'.

Artikel berkaitan: