Home · About Me · Sitemap ·

Merajuk


Assalamualaikum wbt..

Nak kongsi sesuatu. Bukan niat untuk bercerita kelemahan seseorang tetapi yang ingin dikongsi ialah iktibar dari cerita itu. "Dia", lokasi sekolah dan negeri dirahsiakan.

Dia menunjukkan gambar bekas isterinya. Ayu orangnya. Kami sempat mengusik tak takutkah isteri baru ( yang jauh lebih muda) tahu yang dia masih simpan gambar bekas isterinya itu. Sambil ketawa dia memberitahu, kerana itulah dia simpan gambar itu di sekolah, bukan di rumah. Takkan isteri barunya nak p gelidah almari di bilik guru. Huhu..pandai..pandai.

Kami mengusiknya lagi, masih ingat lagi ke kat bekas isterinya? Bukankah dia sudah beristeri lagi dan bekas isterinya juga sudah mendirikan rumahtangga bersama oranglain? Isterinya sekarang bukan saja jauh lebih muda tapi pandai memasak. Ada saja bekal makan yang dibawa ke sekolah. 

Dia mengaku kebenaran kata-kata kami. Ada sesuatu yang katanya yang mengingatkan dirinya kepada bekas isterinya. "Dia pandai MEMUJUK". Itu yang tak ada pada isterinya sekarang. Isteri baru KUAT MERAJUK. Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk. Dia pula jenis tak pandai memujuk. 

Ok, stop  di sini. Setiap orang ada persepsi sendiri. 

Our 23rd Anniversary, 2 minggu lalu...kami 3 beranak di bawa Encik Suami menikmati kari kepala ikan di sebuah restoran Kari Kepala Ikan di Ipoh (bukan yang masuk paper tu tau!). Kebetulan si Abdul sulung "outing". Muka 2 Abdul pun kelat semacam sebab menu kari bukan kegemaran mereka berdua. (Depa makan ayam goreng saja).

Lagi-lagi lihat gigi ikan kerapu ni yang bisa bikin bibir rabak, huhu.. Tapi sempat bisik kat 2 Abdul, "Selalunya kita yang buat pilihan restoran, kali ni bila abah buat pilihan, kita ikut saja. Bagi chance abah jadi raja". Anim tak bagi depa komplen apa-apa, makan saja apa yang diorder , takut abah depa  merajuk pulak, huhu.

P/S Merajuk pada yang sayang cuma jangan berlebih-lebihan dan membawa kepada keburukan.

Artikel berkaitan:

17 Komen untuk "Merajuk"

  1. IM juga tak pandai memujuk. So, kalau ibu_suri merajuk panjang, IM memang tertekan...

    BalasPadam
  2. Merajuk boleh juga jika kena pada tempatnya.

    BalasPadam
  3. hihi...
    gitu...mudahan dia juga dapat pengajaran, menghargai yang ada...
    sebab yang baru takkan sama dgn yg lama kan...;)

    BalasPadam
  4. sesekali jer abah merajuk....tentu ada ramai yang memujuk kannn..

    BalasPadam
  5. Makchaq tak reti sangat merajuk... pasai makchaq ni kuat bercakap ... baru ingat nak merajuk..ada ja nak tanya/nak cakap....
    bila pakchaq tanya pulak sibuk ja nak jawab... padahai nak merajuk.. tu yang selalu pakchaq tak perasan makchaq merajuk..

    Anim tau... kami semenjak kawin tak pernah raikan aniversary..... tak romantik langsung kan..

    BalasPadam
  6. hihihhi... selalunya klu kami makan kat luar kami decide sama tempat nak makan.. tapi klu dah takde idea sgt nak makan kat mana, siap tanya pae lagi nak makan apa? pastu kami mengikut...haha
    erm! bab2 pandai memujuk ni, sy pun kalah kak..mmg tak reti...huhu (klu rajuk pn, baik sendiri..haha)

    BalasPadam
  7. merajuk sesekali tu apa salahnya kan !

    BalasPadam
  8. Tahniah ya, dah 23 tahun hidup bersama aman damai sekeluarga. Tengok angka tu memang lama tapi kalau dibilang masa, rasa macam sekelip mata ajekan... Kisah si lelaki yang masih mengingati bekas isteri yang pandai memujuk tu tak tahu nak komen apa. Itulah kan sifat manusia, bila ada tak dihargai. Bila tiada dikenang-kenang.

    Yang di sini lain pulak ceritanya. Kalau si Daddy yang buat pilihan mana nak makan, memang muncung sedepa semuanya :) Dah tak boleh nak merajuk selalu...tak jalan pun dengan kami bertiga ni :)

    BalasPadam
  9. Saya pula xpandai nak merajuk dan tak pandai nak memujuk... Selalunya buat selamba dan biasa ajer.
    Kena belajar jugalah...

    BalasPadam
  10. saya ni rajin merajuk kak, tapi mr hubby tak rajin pujuk so kenalah belajar pujuk diri sendiri..hehe
    errr...nak pujuk pun saya tak reti..camna tu ek? nak org pujuk tp diri sendiri tak pandai memujuk..haha

    BalasPadam
  11. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri, selalunya perbezaan umur yang banayk mempengaruhi sikap kita yelah kak dia muda so kalau merajuk2 tu biasalah.

    Kita didik anak biarlah ada tolak ansurnya kan kak...insyaallah...

    BalasPadam
  12. Pagi tadi 2 kali dtg sini .....lepas tulis komen.....tetiba tertekan apa tah...terus hilang.....geram betul sebab guna hp...
    Tulahkan Nim...isteri pertama tetap dihati walaupun telah berpisahkan... sadisnya jodoh tak panjang!

    BalasPadam
  13. kata orang, merajuk pada yang sayang ye.. tapi saya pun tak boleh merajuk, sbb suami tak reti memujuk, kami kalau gaduh tu, gaduh senyap kata org perang dingin, tapi selalunya sayala yang mengalah...

    hmmm..tersentuh hati baca kisah suami yang kat atas tu..

    BalasPadam
  14. kak.. merajuk kejap2 ok la.. kalau merajuk lame susah.. tak keruan duduk same2 tapi tak bertegur..

    BalasPadam
  15. setuju kak... menceriakan hubungan..merajuk dan memujuk..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai