Home · About Me · Sitemap ·

Berdebar terima panggilan


3 hari lalu waktu HP berbunyi, tertera 12 nombor di skrin. Sah...ini mesti dari Bonda di Tanah Suci. Gembira suara Bonda memberitahu dia hendak ke Masjid Nabawi untuk solat Asar dan akan berangkat ke Mekah keesokan hari. Menerima panggilannya walaupun hanya sekali cukup bermakna kerana diri sendiri maklum, ada 10 lagi anaknya yang menunggu giliran. Si Abdul kata dah ada nombor tu, boleh tak dia telefon nenek atau atuk. Ooo...jangan kacau nenek dan atuk di sana. Selain beza waktu kita dan depa, biarlah nenek dan atuk tumpu ibadat sepenuhnya. Masa nenek dan atuk sangat berharga di sana. Bukan lama pun..14 hari saja.

Cerita fasal panggilan dari Tanah Suci ni, Anim tak boleh lupa panggilan dari Tanah Suci yang "tak mahu diterima" pada tahun 2006 ( tahun Haji Akhbar) kalau tak silap. Bonda dan abah berada di Tanah Suci kerana menunaikan fardu haji. Waktu itu, Anim tinggal di Batu Pahat. Nak jadi cerita, beberapa hari sebelum mereka wukuf di Arafah, adik ipar lelaki Anim yang tinggal di Kluang meninggal dunia akibat denggi. Kami semua menguruskan pengkebumiannya di Kluang. Kami adik beradik ada juga menyuarakan kepada pakcik, makcik dan saudara mara lebih tua, macamana nanti kalau Bonda telefon, adakah perlu kami ceritakan atau rahsiakan dahulu. Ada yang kata, beritahulah..tahun ni (tahun tu ) haji Akhbar, mudah-mudahan Bonda boleh doakan kesejahteraan arwah di sana. Ada juga yang kata, jangan dulu. Biar mereka tumpu ibadah haji di sana.

Malam pertama nak buat kenduri arwah di rumah adik, ada beberapa barang yang tidak cukup. Anim, 3 Abdul dan adik lelaki bujang balik ke rumah Bonda ( 30 minit dari rumah adik) untuk mengambil tikar dan pinggan mangkuk. Sepanjang perjalanan, kami berdoa supaya tiada panggilan dari Tanah Suci. Sibuk mengangkut barang ke dalam kereta, tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Hati kami kuat mengatakan..itu mesti Bonda. Kami meminta adik mengangkat telefon kerana dialah yang berada di rumah, menjaga rumah Bonda. Tapi dia menolak, tak tau nak corner sana, corner sini kalau Bonda tanya.

Anim pun tak sanggup. Tak tahu nak sembunyikan getar suara yang sedang bersedih. Tak pandai nak berlakon bila ditanya kenapa Anim ada di rumah Bonda, tak mengajar ke? Tak diangkat, bimbang Bonda risau. Mana pergi adik-adik di rumah. Akhirnya Encik Suami mengambilalih tugas. Dari lirik matanya, sah...panggilan dari Tanah Suci. Seperti yang dijangkakan, bertubi-tubi soalan yang perlu dijawab. Akhirnya terkeluar juga cerita sebenar dari mulut Encik Suami. Menurut Encik Suami, selepas mendapat cerita sebenar, Bonda terdiam dan terdengar esakannya di telefon. Sedih betul waktu itu.

Menurut cerita abah, sewaktu menerima berita kami, Bonda duduk terjelepuk. Tahun 2006 mereka pergi, takde hp macam sekarang. Kena tunggu giliran telefon di kedai. Kata abah, ada jemaah yang beratur di belakang Bonda bersuara, "Kenapalah tak simpan dulu berita itu?". Abah kata Bonda bersedih sangat dalam seminggu itu di Tanah Suci. Benar, kami rasa bersalah. Kami niat nak berselindung tapi terperangkap oleh soalan-soalan dari Bonda. Naluri Bonda sendiri pun kuat agaknya..manakan tidak malam nak buat kenduri arwah, malam itu pulak tergerak dia menelefon rumah.


Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "Berdebar terima panggilan"

  1. Al-Fatihah, semoga anda sekeluarga tabah dan sentiasa di bawah perlindunganNYA

    BalasPadam
  2. Terharu kakak membaca ini Anim. Tapi itulah ketentuan Allah dan kakak juga percaya mak sebenarnya terasa juga sebab itulah dalam susah-payah dia still nak call ke M'sia. Tapi berada di sana sebab beribadah dan berdoa menjadi misi kakak percaya mak amat redha atas semua yg terjadi.

    Moga mak-ayah Anim sihat di sana sekarang utk beribadah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebetulan, kami pulak yang ada masa tu kak. nak pusing cerita kat orang tua ni payah. dia boleh baca ada yg tak kena.

      terima kasih kak

      Padam
  3. Pasti susah nak sembunyikan kak.... naluri keibuan sgt kuat.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya munna. dia seolah2 boleh rasa ada yang tak kena. macam2 yang ditanyanya waktu itu..

      Padam
  4. Al Fatihah...semuga dengan doa ibu dan rahmat Allah..allahyarham ditempatkan bersama orang orang yang beriman..insya Allah

    BalasPadam
  5. tu la... ajal ni tak kira siapa dulu atau bila atau di mana... moga rohnya dicucuri rahmat... Al-fatihah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ajalnya dah sampai ..semoga arwah tenang di sana.

      Padam
  6. sedihnye baca...da leh terbayang camne keadaan akak sekeluarga semasa nak jawab panggilan telefon tuh...serba salah dibuatnye kan kak...

    tapi sya setuju ngn akak..naluri seorang ibu kan...dia seperti boleh menghidu ape yang berlaku pada anak2 dia...wpun berada jauh beribu2 batu dari kpg...

    BalasPadam
  7. Naluri ibu ni kuat, cepat mengesan sesuatu tak kena..mcm radar kan?

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai