Home · About Me · Sitemap ·

Masuk kedai aksesori kereta


Assalamualaikum wbt..

Baru pulang dari kedai aksesori kereta di SP. Laa..janggal rasanya masuk kedai macam ni. Pertama, pelanggan lain semua lelaki. Kedua, kebanyakannya muda dari I, huhu. Actually niat asal nak bagi ada bunyi bila lock dan unlock Myvi tu. Payah betul takde bunyi. Kena RM 50 .

Berkenan pulak dengan carpet getah purple colour ni. Matching lak tu..kasi potong 

Dalam dok menunggu, terpandang deretan DVD monitor dan player depan mata. Masa balik Ipoh minggu lalu, Encik Suami ada ronda Station 18 , cari DVD player untuk peneman driver. Tapi tak jumpa kedai aksesori kereta kat situ. Jumpa satu kedai (tak de banyak barang) , kena order pulak. Hmmm..kat SP lak bersepah kedai aksesori kereta ni.

Kalau nak tahu, minggu lalu si Abdul kecil ni "mogok" tak nak balik Ipoh. Dia tanya Anim, kenapa tak balik selangseli (2 minggu sekali). Kita ingat dia penat travel tiap minggu. Diamkan saja. Bila dia masuk kereta terus nak tidur pun kita diamkan saja. Tapi bila dengar dia bebel sendiri, "Lainlah kalau boleh tengok CD cam kereta abah...barulah best, tak ngantuk". Ooo...pasal tu rupanya.

Tak taulah camna tersengih lebar si Abdul kecil balik mengaji Quran nanti bila tau Anim dah pasang DVD player tu untuk dia. Bukan nak manjakan anak...tapi payah juga bila co-pilot tak gembira temankan driver. Co-pilot nilah yang jadi peneman sembang, tolong buka tutup botol air, tukar channel radio atau check baki SmartTag:-))

P/S  Rasa-rasa ini kali pertama dan terakhir jejak kedai aksesori kereta. Macam-macam benda depa suruh tukar dan pasang. Nanti, tuan punya badan tak bermekap, kereta pulak lebih-lebih.

Artikel berkaitan:

40 Komen untuk "Masuk kedai aksesori kereta"

  1. Haha...baru masuk sekali dah tambah macam2. Tak pelah utk keselesaan...tapi citerasa akak memang dasat le, carpet purple... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemu dah carpet warna hitam. Mix hitam dan purple... Matching oo BM

      Padam
  2. lya klo g kedai eksesori kete camni..mmg xreti pon nk mbeli..biasa mmg fain la part2 mcm ni.. hihi..org kedai lak..nmpk pompuan, trus ambik pluang basuh suh tukar semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tk kerana terpaksa, tak masuk sini..hee

      Padam
  3. assalam,
    tak apa sekali2...carpet purple tu cantik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah..satu kereta myvi rm130 bunda..huhu

      Padam
    2. bertentang jalan besar sederet dengan klinik 1 Malaysia. dkt2 pusat pengajian al waheeda. bandar puteri jaya, sg.petani

      Padam
  4. hahaha klu dah masuk kedai aksesori kereta kak mmg mcm2 depa suruh tukar... suruh mekap kan kereta, yg kita ni pun make up basic je...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. nipun kira basic je atie..hee. yg lain tu..aduhai, tak tergamak nak tukar

      Padam
  5. purple nyerrrr dr jauh da nmpk ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tule, nak bagi silau mata orang yang masuk dalam kereta akak, hee

      Padam
  6. waa Miss perpel you!! takpe siaan abdul jauh nak travel..terhibur jugak dia...

    BalasPadam
  7. ha.. ha.. pompuankan dia tau senang nak pujukni.. macam2 aksesori dia suruh..
    tu dia sengihnyer memang nampak sampai telingaa....

    BalasPadam
  8. salam. sy x reti la nak makeupkan kereta..cukuplah enjinnya bagus n boleh bergerak dgn sempurna. yg penting ciri2 keselamatannya terjaga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya orang muda kan abe kie yang minat sangat tambah aksesori nih

      Padam
  9. salam kak Anim, berkenan lah pulak saya tengok alas kaki purple akak tu..... nanti kalau pakai baju purple, tudung purple...habis sedondon kan kak..hehehe

    BalasPadam
  10. aiza tak pernah lagi masuk kedai aksesori kereta tu kak anim.. sesekali dapat makeup kereta tentu rasa puas hati.. alas kaki purple tu memang comel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya ke aiza..dahsyat tau kalau ada hobi masuk sini..macam2 depa tambah..

      Padam
  11. Berapa charge pasang benda player tu akak?

    BalasPadam
  12. kereta lak terlebih touchup yer ... bebudak selalu camtu lah . tak nak cakap terus terang . mogok sesuka dia jer ... heheheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah..suka suka nak mogok. rupa2nya ada maksud lain tak dikabokan

      Padam
  13. Hihihi tak pa kak..sekali sekala kasi make up keta...^-^..
    Mesti tersenyumgembira si abdul kecil tu kak..

    BalasPadam
  14. Cantik karpet purple tu Akak. makin smartlah kereta ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg penting, make up kereta tak boleh lebih dri tuannya., hee

      Padam
  15. akak, lami pun ada satu dulu dlm keta tp dah rosak..kemudian beli yg portable boleh gi depan n belakang keta..jd x menganggu pemandu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbalik pulak dalam kes akak. yg portable tu ada tapi bila dok pegang atas riba, depa dah malas pulak nak guna. entahle macam2 taste

      Padam
  16. Kalau dah masuk kedai macam ni memang rambang mata jadinya. Ini kedai yang paling saya elakkan sebab saya tak reti nak make-up kereta lebih-lebih sangat :) Kalau beli make up untuk diri sendiri tu lainlah cerita, semua pun nampak cam murah aje :)

    So kalau macam ni tentu Abdul kecil suka nak travel balik selang dua hari ... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun kalau tak terpaksa, tak masuk mummy..hee

      p/s selang seminggu la. kalau selang dua hari, boleh jammed kaki saya dibuatnya. hee

      Padam
  17. cantik pulak getah color purple tu... mmg lah KA pun nk tak nak kena pasang juga DVD player dlam keta.. kalau tak terpaksa nak melayan DVD player versi adik pulak spjg perjalanan hehehe

    BalasPadam
  18. Ya, kalau dah masuk dalam kedai tu kalau boleh semua nak pasang.

    BalasPadam
  19. kedai aksesori kt sp ni kt mana ye sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat bandar puteri jaya, berdekatan pusat pengajian quran al waheeda:-

      Padam
  20. Banyak juga ya kedai aksesori kereta di SP. Boleh saya tahu berapa harga DVD Player kt kedai tu?

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai