Home · About Me · Sitemap ·

Ipoh 100 hari


Assalamualaikum wbt..

Diam tak diam, dalam berulang-alik SP-Ipoh-Sp sejak Encik Suami kena transfer Ipoh, 5 bulan lalu..sudah 100 hari Anim kenal Ipoh. Kalau di SP terkenal dengan banyaknya jumlah traffic lights, kat Ipoh pulak, banyak simpang. Simpang empat lagi!! Pening memandu di Ipoh ni.

Bandaraya Ipoh ni macam Europe. Lepas habis kerja, dalam pukul 6 ke atas, sunyi dah. Kedai dah banyak tutup. Nak membeli barangan di kedai selepas jam 6 payahlah sikit. Kena p shopping complexlah.

Petang Jumaat lepas balik kerja biasanya Encik Suami bawa Anim dan si Abdul kecil ronda-ronda. Tak kisahlah p mana. Biasanya dekat-dekat saja sebab Sabtu, lepas jengok si Abdul sulung di asrama, Anim nak balik SP semula (rutin mingguan yang tak jemu).

Ada yang tanya kenapa tak bergilir dengan Encik Suami, heee..Anim tak beri sebenarnya. Kalau Encik Suami balik SP, dia akan tiba rumah Jumaat malam. Satu hari masa Anim di SP "terbuang" mundar mandir dalam rumah. Sayang oo. Lagi satu kesian si Abdul sulung kerana tak siapa menjengoknya di asrama. Sejujurnya balik Ipoh menenangkan Anim.Tak pelah walau kena berulang setiap minggu, keluar duit minyak dan tol.

Opss..melalut lak. Orang nak cerita fasal lukisan yang di lukis di dinding bangunan lama di Ipoh. Waktu jalan lengang nilah boleh tengok. Menarikkan? 



Kemudian kami singgah di sebuah kedai makanan di Jalan Dato Onn Jaafar. Lama dah perhati kedai makanan yang tak putus-putus dikunjungi pelanggan di waktu lain tapi tak nampak tempat untuk parking. Lepas 100 hari, selepas jam 6, barulah dapat singgah.

Mee kari Ipoh dan mee kicap Mohd Bakri yang terkenal di Ipoh. Kami tak try mee/kuey teow kicapnya. Mee Kari untuk Anim, manakala Encik Suami dan si Abdul kecil dengan mee goreng dan kuey teow goreng kerang. Harga untuk 3 menu di atas cuma RM 11.30 (air bayar lain). Puashati makan.

Kemudian kami ke Kompleks Yik Foong. Kalau kat KL , Plaza Low Yatt menjadi tempat mencari komputer, kat Ipoh lak kat Kompleks Yik Foong, berdepan UTC. Kedai komputer dan hp sajalah yang masih buka. Yang lain dah tutup awal. Konon-konon nak survey harga. Bateri komputer sedia ada bermasalah. Jadi cikgu zaman la, komputer ni perlu sangat. PBS guna online, kaji selidik guru guna online, cari bahan mengajar pun dalam internet (alasan diberi pada Encik Suami).

Itulah "untungnya" duduk berjauhan. Bukan meminta tau.. tapi mengadu. Nak kata apa bila ada yang bersimpati, huhu.

P/S Untuk makluman BM dan kakzakie, kami p solat Maghrib di Masjid Negeri. Lepas solat Maghrib, ada kuliah (buka kitab). Setiap hari memang ada kuliah Maghrib di Masjid Negeri. Macam tulah selalunya. Bila masuk waktu Isyak, bilal akan azan. Dalam masa lebihkurang 10 minit dari waktu azan, kuliah akan dihabiskan. Jemaah akan solat Isyak berjemaah dan selepas itu akan pulang. Situasi ni berlaku di Masjd Negeri saja. Surau atau masjid lain di Ipoh macam juga di SP, di Selangor (BM) atau JB (kakzakie) juga. Teruskan kuliah dan lewat sikit solat Isyak berjemaah. Itulah pengalaman 100 hari di Ipoh. Wallahua'lam.

Artikel berkaitan:

23 Komen untuk "Ipoh 100 hari"

  1. Assalamualaikum Anim, nampak sedap mee kari, suka kuah yang warna mcm tu. Bandar ipoh pun ada lukisan, klasik, lama tak pi sana.

    BalasPadam
  2. Alah bisa tegal biasa kak. Aima rasa Manjung better than ipoh kot. Sbb aima kat manjung. Hehehe, tapi ipoh mmg byk simpang dan one way kan kak..

    BalasPadam
  3. Nampaknya tak lama lagi, kak anim pakarlah jalan2 kat Ipoh ye... Tapi memang betul... bila malam, Ipoh akan cepat sunyi. Lama2 nanti mesti kak anim akan jatuh cinta dengan Bandaraya Ipoh... :)

    Ada kelainan sikit rupanya dimasjid negeri... Tapi elok juga kan, azan tetap bergema bila tiba waktunya.

    BalasPadam
  4. Alah bisa tegal biasa...sy pn rs cm tu jg dulu

    BalasPadam
  5. kat mana mee kicap tu? ada cuba mee kari kampung kepayang? buka masa waktu kerja, belah pagi hingga tengahri saja....

    BalasPadam
  6. Kak Anim pernah try makan nasi beriani kat Restoran AK Nasi Kandar? Pergh! Terbaik nasi beriani dia.. Pada tekak Mieza lah.. hehehe.. Nanti free2 trylah.. =)

    BalasPadam
  7. Salam...rupanya Anim di Ipoh. Satu ketika dulu lama juga tinggal di Bukit Mertajam dgn kakak. Pernah juga kerja part time di Penang. Banyaklah kenangan dok sana dan Perak memang la negeri kesukaan kami sekeluarga kerana famili kakpb menetap di Pusat Latihan Trolak selama 10 tahun. Kenangan manis disitu dan kalau lalu hati ni mcm ditarik2 utk singgah tapi apakan daya. Skrg dah berubah. Eh...cerita peribadi pulak. Apa2 pun Perak mmg best bg kakpb.

    Oh ye...kakpb bukan org Sabah baaa....anak jati Johor, lahir di Pontian baa...

    BalasPadam
  8. Kalau kakak pun macam Anim tak rasa penat kalau utk jenguk anak. Rasa lain kalau tak jumpa seminggu kan. Apa lagi anakanda Abdul baru tahun ini kan. Kakak ni yg dah 3-5 tahun pun tak tahan rindu. Jenguk bawa makan jadilah. Bukan apa pun kan...

    Kalau kedai tutup awal memang payah sikitlah. Tapi dah tahu rutin lama-lama ok..

    ps: Kiranya samalah di JB Anim..

    BalasPadam
  9. salam ziarah,

    bunda pernah bersekolah kat sekolah menengah sri kepayang ipoh tahun 70an dulu...sebut pasal mee kicap tu menggoda sangat ..

    BalasPadam
  10. oooh der yerk gambar kat dinding (mural) kat Ipoh b... baru tau gak..
    mi kicap bakrini femes yerk dulu tau mi kicap mat jasak jer... ooo dah lama rupanya ku tinggalkan bandaraya Ipoh...

    BalasPadam
  11. salam,

    amboi kak... dah macam PM pulak... 100 hari selepas menjadi PM... hehehehe....

    kita orang ipoh pon tak banyak jalan2 kat ipoh...

    nnt bile kite balik ipoh kita roger akak yer...
    boleh kak anim yang bawak kita jalan2 ipoh naik myvi baru... yeay...
    p/s: kak, oleh2 tu tak pos2 lagi... huhuhuhu... sangat bizi... time kita free pejabat pos dah tutup pulak...
    alamat SP masih valid kan? sorry tau...

    BalasPadam
  12. betullah di ipoh ni mmg byk sungguh simpang sampai naik pening kepala hehehe..

    BalasPadam
  13. lebih kurang kat JB lah ni..kol 6 kedai dah banyak tutup..setiap lorong ke ada lukisan2 mural tu ? mee kicap..macam manalah rasa nyerr yek..teringin juga nak menjamahnya :)

    BalasPadam
  14. Syukur jugak tu.. Kira macam tiap2 minggu Anim & Salahuddin pi bercuti... Makchaq pun Pakchaq saja yg travel..tapi tak la tiap minggu..

    Masa anak sulung makchaq kat asrama dulu pun tiap2 minggu pi jengok...Mak ni.. Biasa la tak boleh anak jauh... Last2 yg lain sekolah dekat rumah ja la.. Senang..

    BalasPadam
  15. Munna x pernah sampai lagi Ipoh.... Abg ipar ada kat parit buntar... Walaupun dah beberapa kali pergi Perak tapi x pernah sampai Ipoh lagi

    BalasPadam
  16. Nak g jalan ipoh one day..insyallah

    BalasPadam
  17. mmg kretip lukisan kat bgunan lama tu..klo lya suka tgk seni2 mcm ni

    BalasPadam
  18. Kalau sy pun Kak.. tak kisah penat sebab nak lepas rindu dengan anak...
    cantik nya lukisan dinding di Ipoh tu kak... nampak klasik kan...

    BalasPadam
  19. lpas ni nekcik nak buat n3 2tahun 3 bulan di bandaraya Ipoh lah pulak...nostalgia...budak poly!! kih kih
    tiap tiap minggu melepak sambil cari pau kacang !!!

    BalasPadam
  20. aiza pun kalau ke ipoh pening sebba banyak sangat simpangnya.. hehe..

    BalasPadam
  21. dulu-dulu duduk ipoh sekejap pun selalu gi masjid kak.. ada kawan.. tak la sorang2..

    BalasPadam
  22. Seronok juga kalau sesekali balik Ipoh dapat jalan-jalan, ronda mana patut. Tak lama lagi memang terrerlah bab-bab tempat dan jalan di Ipoh ni nanti. Tapikan pelik gak sebab kat Ipoh yang rasanya besar tu lepas abis kerja kedai dah tutup? Arghhh...tak survive saya kalau duk di sini. Lepas kerja tulah saya nak meronda-ronda tenangkan fikiran, terapi minda dan sebagainya ...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai