Home · About Me · Sitemap ·

Masjid Muhammadiah (Cina) dan Tembok Besar@Perak


Assalamualaikum wbt...

Jam 4.50 a.m bertolak dari Ipoh. Awal pagi Ahad, highway lengang. Menjelang waktu Subuh, mula memikirkan mana nak solat. Almaklum, kita perempuan dan ditemani anak lelaki berusia 11++ tahun. Kami sudah melepasi Hentian Rehat Gunung Semanggol. Kat situ surau untuk lelaki dan perempuan berdekatan. Takle risau sangat dengan si Abdul.

Singgah Hentian Sebelah Sungai Bakap. Walaupun tiada simbol surau di papan tanda, ternampak simbol wakaf. Selalunya ada individu yang mewakafkan sejadah dan tunjukkan arah kiblat. Biasanya lelakilah yang solat situ . Dok tinjau keadaan sekeliling . Banyak lori.  Ramai yang tidur di stu. Berbelah bagi sama ada nak solat di situ atau bergerak lagi hingga tiba SP (jangka tiba jam 7). Ada surau kat rumah tol SP, Lebih selamat. Namun gusar kerana jam sudah menunjukkan jam 6.30 a.m. Walaupun jam 7 masih waktu Subuh di SP bimbang ada aral di pertengahan jalan.

Lega bila lihat depan wakaf di Hentian Sebelah Sg.Bakap ada gerai dan 2 lelaki berkopiah duduk minum di situ. Next time, kalau tempuh pengalaman yang sama, cadang nak solat kat wakaf. Kawasan terbuka, orang boleh nampak kita berbanding dengan Hentian Rehat yang of course tak nampak kelibat orang perempuan Subuh hari. Note: Tak balik rumah, terus ke sekolah dan tiba jam 7.05 a.m.

Ni semua gara-gara ronda Ipoh petang Sabtu. Bila melepasi jam 6, rasa malas pulak nak balik malam. Hmmm..sajalah tu. 

Nak tau mana kami anak-beranak p? Ke Masjid Muhammadiah (masjid Cina) di Tasek. Lama dah dengar cerita Encik Suami tentang masjid Cina di Ipoh ni. Lepas hantar si Abdul Sulung balik asrama, terus ke Tasek Mutiara dan menunggu Asar di sana. Teruja nak merasai pengalaman bersolat di masjid ini.

Ada iras Masjid Beijing di Rantau Panjang kan?

Warnanya saja berbeza. Masjid Muhammadiah di Tasek ni lagi nampak kecinaannya. Belum siap sepenuhnya. Masih ada tiang masjid yang belum sudah dicat.

Tengoklah warna dinding di ruang solat jemaah lelaki. Ruang solat wanita di tingkat atas. Tempat wuduk di atas.

Fountain yang terletak bersebelahan madrasah Muhammadiah. 

Unik bukan?

Oops...ini bukan Tembok Besar di Beijing tapi tembok yang ada di Gopeng!

P/S Seronok lak balik pagi. Sejuk je tapi mata tu le...berat sikit.

Artikel berkaitan:

17 Komen untuk "Masjid Muhammadiah (Cina) dan Tembok Besar@Perak"

  1. klo x dberitahu lokasi ni kat gopeng, serius lya igt kat china.. mmg unik.. byknya tmpat unik kat malaysia rupanya..

    BalasPadam
  2. Sungguh cantik dan menarik sekali senibina masjid muhammadiah. Senibina dan rekabentuk benar2 menyerlah! Kalau dari jauh, sudah tentu ingatkan ianya bukan masjid. Berbeza dgn masjid kat Rantau Panjang, masih dapat cam itu adalah masjid. Teruja sungguh...InsyaAllah, kalau ke Ipoh nak carilah masjid ni.
    Dalam cuaca panas sekarang ni, malam dan awal pagi adalah masa yg sesuai utk memulakan perjalanan.

    BalasPadam
  3. salam,
    hahahaha....kelakar lah kak...saya pun tak tau masjid ne wujud.
    nama jer asal orang ipoh... hehehe

    BalasPadam
  4. unik masjid ni, angah pun tak pernah sampai ke sini...

    BalasPadam
  5. Salam Kak..
    sy ingat bukan Masjid tau... betul2 unik Masjid Muhammadiah ni... 1st time tgk ni...:)

    BalasPadam
  6. Kalau Anim tak sebut ianya di Perak kakak rasa macam Anim solat di Cina.
    Architecture dia betul-betul traditional org cina..

    BalasPadam
  7. Memandu awal pagi kena sediakan kopi Kak Anim. Gaharu Tea Valley tu selalu nampak signboard je tapi bila balik Bota memang masa tu pack sangat tak boleh bergerak ke mana2 pun.

    BalasPadam
  8. mmg betul la cikgu...macam masjid Beijing kat Rantau Panjang,kelantan..

    BalasPadam
  9. itu masjid yer cikgu.. cantik reka bentuk bangunannya ^_^ bestnya dpat jalan2

    BalasPadam
  10. cantik dan unik senibina masjid ini kak anim.. macam berada di negara china pula..

    BalasPadam
  11. kitapun dah sampai sini... memang menarik masjidni .. satu tarikan terbaru...
    yang gopengtu kat manaler pulak...

    BalasPadam
  12. wow cantiknya.....sekilas pandang macam masjid kat cina pula kan....?

    BalasPadam
  13. Cantiknya! Tak tahu pun ada masjid dengan rekabentuk begini. Memang lain sungguh. Oh, ada juga 'tembok besar China' kat Perak ya, baru tahu!

    BalasPadam
  14. nasib baik x de yg politikkan binaan masjid nih . mmg menarik ! Buat perjalanan pagi mmg best . sejuk n tak byk keta .

    BalasPadam
  15. baru tau ade masjid macam ni kat ipoh.. macam nak pergi je.. singgah sembahyang dalam perjalanan balik kampung.. bestkan..

    BalasPadam
  16. Uniknya reka bentuk masjid ni. Pasti menjadi tumpuan.

    BalasPadam
  17. Hish..... kalau OKje mmg sanggup pun balik pagi pagi dpd balik malam walaupun mata kelat...lama sikit dapat bersama somikan hehe...
    Seronok le warga Cina muslim dapat masjidkan....

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai