Home · About Me · Sitemap ·

Tetamu Remaja, Pearls of Peace dan Aptis Test


Assalamualaikum wbt....

Sebelum itu..nak share gambar ni..

Jam 6.50 pagi tadi, Anim dapat saksikan Bulan Sabit tua dan Zuhrah berdekatan antara satu sama lain di sekolah. (Sumber Info Astro ). Anim panggil beberapa murid yang tiba awal dan pekerja sekolah untuk sama- sama menikmati keindahan pagi itu.

Minggu lalu, buku Kumpulan Cerpen Remaja:Tetamu Istimewa selamat tiba di sekolah. Istimewanya, ia diposkan sendiri oleh penulisnya , Mohd Helmi Ahmad. Ada cenderahati berupa klip kertas dikirimkan sekali. Terima kasih, Helmi. Budak-budak Tahun 1 cukup geram dengan "sheep" tu. Dibelek-belek aja setiap kali kak Anim bawa masuk kelas. 

Teringat usikan geng bas sekolah.."Anim baca novel remaja"  ,macam orang muda. Bak kata Hemi dalam prakata bukunya, "Sebelum dewasa, tidakkah kita telah melalui alam keremajaan?". Bukan kata cerpen remaja, cerita kanak-kanak pun Anim baca tau. Walaupun baru satu cerpen dibaca daripada 15 cerpen yang ada, tahniah buat Helmi (juga seorang guru) yang begitu berbakat. Mudah-mudahan Helmi akan terus mengorak langkah lebih jauh lagi selepas ini.

4 hari lalu juga, kiriman istimewa dari nnhas tiba. Truly speaking, biasa beli CD ceramah Ustaz Malaysia saja. Kalau nak dengar yang lain, layan Youtube. Sangat-sangat teruja menerima CD Pearls of Peace oleh Mufti Ismail Musa Menk, daie yang berasal dari Harare, Zimbabwe. Pertama kali tahu Sheikh ni dan pertama kali juga dengar tazkirah Ramadan 2013nya di South Africa itu. Tqvm Huda. Pemberian ini sungguh bermakna.Kak Anim dah dengar sebahagian Part 1 dalam Myvi masa p mengajar kelas tambahan malam, 2 hari lalu.

Tak lupa tqvm atas kiriman FM jauh dari Australia yang comel (dah macam kampung Huda, ya) dan bookmark itu juga.

Opps..pada entry lepas, Anim kata kena duduki test kan? Actually nama Anim "naik" untuk Pro Elt course (English up-skilling course) . Sebelum ni course ni dah dijalankan di Melaka, Pahang dan Kelantan. Tahun ni turn Kedah dan Terengganu pula. So, kami kenalah sit for Aptis Test by British Council untuk filter Band yang akan kami perolehi nanti (cam PBS pulak..huhu).

Pro Elt course selama setahun ini akan dijalankan face-to face session per week after school teaching hours (2 - 5 p.m). Trainers pula dari British Council.

So, dengan bersemangat, sebelum 8 pagi Anim dah ada di makmal komputer SMK Pekula Jaya (dalam keadaan tak bersedia). Alangkah gembiranya bila dimaklumkan Anim exempted dari Aptis test by British Council dan Pro Elt course ini kerana Anim telah terlibat dengan Program Penutur Jati. Ahhhh...syukur. Kalau tak....semputlah saya lagi!!!

P/S  Suka sangatle ni tau:-))

Artikel berkaitan:

21 Komen untuk "Tetamu Remaja, Pearls of Peace dan Aptis Test"

  1. sangat menarik buku cerpen tulisan helmi itu kak anim.. aiza belum berpeluang membacanya kerana dipinjam oleh anak saudara aiza sebaik sahaja mendapat kiriman dari helmi.. mungkin hujung minggu ini baru dapat semula buku itu.. wah.. menarik isi kandungan CD itu kak anim.. semua kiriman itu sangat comel.. :D

    BalasPadam
  2. Teringat saing IM masa giat menulis ke akhbar tabloid Utusan Pelajar dulu - Shahidan Mohd Noh dan Sri Diah Isma.

    Khabarnya, mereka kemudian itu menjadi penulis novel kanak-kanak. tak pastilah masih aktif atau tidak lagi.

    BalasPadam
  3. best ke cerpen tu kak? saya pun bantai je baca novel kanak2...biasanya yang anak-anak punya saya belasah baca sebab cerpen kanak2 santai dan mengundang memori lama hehe

    BalasPadam
  4. salam,

    hehehe...best kan kak anim cd tu.. hehehe...
    p/s: kak anim, ne kalau KPM anta p training kat london, jangan lupa ajak saya yer....
    hehehe....kak anim g kursus, saya g jalan2.... heheheeh....

    BalasPadam
  5. Macam menarik je cerpen tu kak... kena cari ni...
    wah! tahniah kak.. mana tau rezeki dpt attent course kat negara org putih plak...hehe

    BalasPadam
  6. Makchaq la ni sangat malas nak pi kursus....tapi cikgu memang la kena pi kan... sebab nak kena mengajaq.. mesti kena ada idea2 baru..

    Makchaq la ni rasa produktiviti sangat menurun.... tambah kat tempat la ni memang patah semangat ja selalu..

    BalasPadam
  7. ee.. KA pun sempat tgk, siap panggil adik sekali hehehe.. pro elt selalu dgr kat hot fm skang ni !

    BalasPadam
  8. Surirumah mcm kakpb ni mmg jarang keluar pepagi. Hari ni pula tak sidai kain, lagi la tak mendongak ke langit:-)
    Kisah2 cikgu ni tak dpt join ler...

    BalasPadam
  9. 1. Kakak terlepas sebab tak tahu kisah ini - sharp juga camera anim dpt tangkap.
    2. Alhamdulillah moga ukhuwah terjalin erat. Murah rezeki pemberi dan penerima - amin.
    3. Leganya bila exempted kalau taklah kena perah otak ye..

    BalasPadam
  10. kak..x pernah lagi dpt peluang tgk ni walau selalu follow di falak online kat facebook...
    cikgu helmi yang menang anugerah blog baru ni tu ye? saya tengah mencari buku kumpulan cerpen ali majod yg satu ketika dulu saya amat suka dan menyentuh hati dari cerpennya yg bertajuk "sebatang pensel"

    BalasPadam
  11. La, tak dapat tengok. Kalau tak baca blog ni, memang tak tahu langsung sebab lama sungguh tak update diri nih... Murah rezeki ANIM dapat semua tu ya :) Mestilah happy giler sekarang ni, dok belek-belek aje.

    Baru pagi tadi dalam kereta saya tahu tentang ELT ni. Dalam Hot FM tak silap. Ada iklan. Legalah ya kalau dah exempted. Kalau tidak parah gak nak mengulangkaji bagai walaupun namanya English teacher.

    BalasPadam
  12. wahh bestnya dapat tengok.. adehh terlepas... buku tetamu istimewa pun ada.. nie kan beli juga nie

    BalasPadam
  13. seronok kan bila perkara yang baik datang bertimpa - timpa ... alhmadulillah .

    BalasPadam
  14. Terima kasih Kak Anim kerana membeli buku ini-Tetamu Istimewa. Moga pengisiannya bermanfaat. Kepada blogger yang lain, jika berminat bolehlah membuat pesanan terus daripada saya. Stoknya masih ada.

    BalasPadam
  15. Assalam dari bunda...

    Seronoknya dapat berkongsi tengok fenomena alam...bertambah lagi khazanah ilmu untuk pelajar2....tahniah..

    BalasPadam
  16. Tahniah kak Anim dapat joint program Elt tu.. :)

    BalasPadam
  17. Patut pun suka sangat macam macam dapatnya hehe...sure baru balik dari Ipoh nikan.....itu yg paling sukanya hehe

    BalasPadam
  18. kak.. paling saye tertarik dengan bookmark tu.. tu bookmark jabatan saye.. penat tenung.. betul la jab. perangkaan..

    BalasPadam
  19. Orang memberi kita merasa,
    Orang berbudi kita berbahasa,
    Jadi kenangan setiap masa,
    Semoga ikatan terjalin mesra,.. :)

    BalasPadam
  20. wahhh murah rezeki akk ya..
    mesti happy

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai