Home · About Me · Sitemap ·

Bukan rezeki VS Sudah rezeki


Assalamualaikum wbt...

Cerita 1
Tengahari Sabtu lalu, tengah dok lena, terdengar-dengar bunyi hon bertalu-talu depan rumah. Bangkit dari katil, selak langsir tingkap, eeehhh, ada van Poslaju depan rumah . Siapalah bikin surprise hantar barang agaknya. Ternampak kotak besar dihulurkan despatch Poslaju. Saspen..saspen.

 "Junaidah bt....". Eeeh, itu bukan nama saya. Berubah wajah despatch Poslaju. "Betulkan alamat ni?" sambil menunjukkan alamat di kotak. Heeee....alamat di kotak No.96, rumah saya No.90. Tulisan tangan pengirim mengelirukannya. Rupa 6 ada, rupa 0 pun ada. Bila van Poslaju berlalu, Anim pula gigit jari...walaupun sudah depan mata..BUKAN REZEKI kita rupanya.

Cerita 2
2 bulan lepas, keputusan kenaikan pangkat (time-based) keluar. 6 guru lain di sekolah yang memohon semua berjaya. Anim sorang tak ada maklumat. Tak berjaya. Dek kerana ianya berdasarkan kecemerlangan, jumpa GB secara personal. Bertanya dia, adakah prestasi kerja kita kurang memuaskan....tak salahkan?

GB kata sekolah hantar semua nama yang layak. Nanti dia semak dengan Pembantu Tadbir. Kemudian, PT maklumkan. Semakan dengan PPD, nama tak naik sebab ambil Cuti Tanpa Gaji  selama 5 hari pada 2011. Timbul kemusykilan dihati. Bukankah Cuti Tanpa Gaji itu sudah terbatal?

Alkisah, waktu umrah Mac 2011 (1st time p umrah), decided nak ambil Cuti Tanpa Gaji kerana cuti sekolah 7 hari saja, manakala pakej umrah 15 hari. Borang pun dah isi. (Ada buat entry tentang hal ni). Namun balik umrah, PT hulur borang Cuti Rehat Khas (CRK) pula untuk diisi. Adalah kes yang ditimbulkan oleh guru lain yang p umrah juga (lain pakej) dan tak semena-mena kita pun kena tempiasnya. Nak kata apa...ikut sajalah masa tu. 

Dengan nasihat seseorang, Anim hubungi Jabatan Pendidikan Negeri untuk semakan fail. Gitu gini, dapat makluman, hanya rekod Cuti Tanpa Gaji yang ada manakala tak ada rekod CRK 5 hari dalam fail rekod perkhidmatan. Musykil lagi. Nak batalkan rekod Cuti Tanpa Gaji tu dah lewat. Maklumlah..kelulusannya 2 tahun sudah. Timbul soalan, apa penyelesaian untuk Cuti Tanpa Gaji 5 hari dan CRK 5 hari yang berjalan serentak. Anim dimaklumkan mereka gunapakai kelulusan Cuti Tanpa Gaji 5 hari tu manakala CRK tu pula akan dibawa nanti ke pencen..Pulak dah..

Ada yang mencadangkan Anim ke JPN semula kerana itu kesilapan individu yang tidak hantar CRK Anim ke JPN dan membuat pembatalan Cuti Tanpa Gaji Anim itu. Takpelah...Anim anggap kesilapan itu tidak disengajakan. Kita ni manusia, bukan sempurna. Individu itu pun mungkin tak jangka perkara ni menjadi masalah pada masa akan datang. 

GB kemudian maklumkan Anim duduk perkara sebenarnya (dia tak tahu Anim dah telefon JPN). Anim beritahu GB, Anim terima keputusan itu dan anggap kenaikan pangkat itu bukan rezeki Anim. 

Anim terima kerana mungkin Allah nak ingatkan janji Anim kerana niat awal p umrah dulu memang nak berkorban gaji. Mungkin juga kifarah atas dosa-dosa Anim. Kifarah kerana Anim cuai dengan tugas hakiki, mengajar tak cukup masa yang ditetapkan, lewat masuk kelas ke...macam-macam lagilah. Anim redha dengan keputusan itu.

Namun minggu lalu, terkejut bila PT maklumkan ada surat untuk Anim di pejabat . Lagi terkejut bila dapati itu adalah surat kenaikan pangkat untuk Anim. Syukur alhamdulillah...SUDAH REZEKI kita..

Semalam, saja-saja check keputusan online. Bukan nak canang satu dunia bila kita tunjuk apa yang tertera. Maklum, gaji cikgu lama ni pun dah nak "langgar dinding", naik tak banyak mana. Cuma mungkin cerita yang Anim share ni boleh jadi panduan buat cikgu-cikgu baru (kot2 ada cikgu yang jadi pembaca senyap blog Anim) yang bakal menghadapi masalah perkhidmatan pada masa-masa akan datang. 

P/S Pengajarannya, kena sentiasa ambil tahu tentang rekod perkhidmatan kita. 

Artikel berkaitan:

1 Rumah 1 Korban


Assalamualaikum wbt..

Bulan lepas bab kasut/sandal Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam

Ini cerita minggu lalu. Baru dapat buat entry. Sepatutnya malam itu, sambungan pengajian kitab Syamail Muhammad di Masjid Taman Keladi, tapi dek kerana tak sampai 2 minggu lagi kita nak sambut Hari Raya Korban, maka Ustaz Shahul tangguh dulu pengajian kitab dan sentuh bab ibadah Korban pula.

# Syariat Korban :
- menyatakan kesyukuran nikmat anugerah Allah. Kita korbankan untuk agama Allah. Secara simboliknya kita berkorban di jalan Allah. Yang afdal, ambil sedikit daging korban, yang lain bagi semua kat orang.

# Sesetengah orang ingat, dah buat korban tahun sudah, tahun ni tak perlu buat. Emak kat kampung dah buat, kita tak perlu buat. Sepatutnya kata Ustaz, 1 Rumah 1 Korban.

# Kalau tak mampu berkorban seekor, ambil satu pangku (Penang) @ satu tompok (Kedah) @ satu bahagian (Johor)

# Allah dah sebut dalam surah Al Kautsar. Allah dah bagi banyak nikmat (tak terhitung banyaknya). Nikmat ilmu, nikmat iman, nikmat Islam dan banyak lagi. 2 benda yang Allah minta dalam surah itu iaitu solat kerana Allah dan sembelih binatang (korban).

# Walaupun hukumnya sunat muakkad ( sunat yang sangat2 dituntut, kalau boleh jangan ditinggal) oleh jumhur ulamak, kalau nak dapat pahala, buatlah korban kerana Nabi sendiri tak pernah tinggal ibadah korban.

# Menurut Ustaz, seseorang pada Hari Raya Aidil Adha mempunyai RM450. Jika perbelanjaan makan seisi keluarganya pada Hari Raya Aidil Adha adalah RM50  dan dia mempunyai baki RM400, dia termasuk orang yang dituntut untuk buat korban (kalau 1 pangku RM400/-).

# Amalan anak Adam pada hari Nahar (Aidil Adha) dan 3 hari tasyrik yang disukai Allah Taala iaitu melakukan ibadah korban.

# Termasuk 7 perkara yang boleh tolong kita di Padang Mahsyar:- 

1. Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam
2. Nabi-nabi lain beri syafaat kepada umat-umatnya
3. Ulamak boleh beri syafaat sebanyak bintang di langit namun kita kena ada adab dengan Ulamak
4. Pada Syuhada' beri syafaat kepada 70 orang
5. Al Hafiz beri syafaat kepada 10 orang
6. Ibu bapa yang ada anak meninggal dunia sewaktu kecil dengan syarat dah buat aqiqah sebelum anak itu meninggal (sebelum baligh) dan ibu bapa itu juga redha dengan kematiannya anaknya itu.
7. Binatang yang kita korbankan kerana Allah Taala. Bulu, tanduk dan kukunya akan datang menjadi saksi .

Wallahua'lam.

P/S Kena refresh bab  adab-adab berkorban  

Artikel berkaitan:

Al Fatihah buat Ustaz Azizan dan mendung di Pokok Sena


Assalamualaikum wbt..

Semoga roh Ustaz dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin.

Ditakdirkan Encik Suami pulang ke SP malam tadi kerana ada majlis perpisahan di HQ Alor Setar hari ini. Sebaik berita pemergian Ustaz Azizan diketahui, selesai majlis, dalam jam 2, dia ke Pokok Sena untuk menziarahi jenazah mantan MB Kedah itu. 5 tahun bertugas di negeri Kedah, kerap bersama dalam majlis yang turut dihadiri oleh Allahyarham Ustaz Azizan.

 Suasana jam 3 petang. Masa ni, senang nak parked kenderaan.

Masuk menziarahi jenazahnya di dalam markas di Pokok Sena. Namun setakat ini saja gambar yang mampu diambil. Alhamdulillah...dapat lihat jenazahnya dengan dekat (bumbung hijau)

Jam 3 petang..cuaca mendung macam nak hujan..Alam seolah-olah turut bersedih. Alfatihah...

P/S  5 tahun dibawah pemerintahan Allahyarham MB Ustaz..

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 41 : Bila kita lena...


Assalamualaikum wbt..

Dah serupa co**k pulak..

Cepat mengaku!!!! Siapa bakar penyapu lidi ni???

P/S  Cukup risau kalau rumah senyap ..bimbang ada "projek" yang depa ber2 buat.

Artikel berkaitan:

Pencarian pantas dek kerana kerisauan seorang ibu


Assalamualaikum wbt..


"Kecoh" sebentar wassap group family Anim kelmarin bila jam 1.12 tengahari membaca wassap Bonda :  "Ibu mana yang tidak risau jika anak bujangnya tak dapat dihubungi sejak 2 hari lalu" . Ooo. . jangan tak tahu, tak sampai sebulan Samsung Galaxy Trend berada di tangan Bonda , dia sudah pandai berwassap. Senang katanya nak berhubung dan tau cerita anak cucu dengan pantas.

Alkisah, adik bongsu Anim yang menuntut di MMU gagal dihubungi Bonda. Telefon tak berangkat, sms tidak berbalas. Barangkali telefon adik rosak kot, Anim menenangkan Bonda. Bonda minta si abang di Sepang p jengok adik. Sejam kemudian Bonda update dengan mengatakan si abang ada bawah apartment si adik tapi dah lupa no.bilik dan tingkat berapa si adik tinggal. Bila ditanya penghuni yang lain, semua tidak tahu. Akhirnya, si abang ambil keputusan untuk balik. Dia cadang kalau still tak boleh contact adik, hari Isnin nak check di MMU.

Messages masuk tidak berhenti-henti, almaklumlah 9 group members berbalas messages.  Si kakak di Bangi yang pernah menghantar adik pun tak tahu no.bilik adik. Sebelum ni bila hantar adik, takat bawah saja. Kami menasihatkan Bonda supaya tak memikirkan yang bukan-bukan. Firasat Anim kuat mengatakan, handphone adik bermasalah.

2.40 petang, si kakak di Johor dapat idea. Dia nak try contact kawan-kawan facebook adik. Tapi kerisauan tetap ada, takut-takut kawan adik tak online pulak. Tak lama kami diberitahu adik tak punya ramai kawan di facebooknya untuk dihubungi. Bonda maklumkan, abah dah minta Bonda kemas kain baju. Abah nak cari tiket p KL esok!!

Jam 3.41 petang, kami menarik nafas lega bila usaha si kakak di Johor untuk contact kawan FB adik berjaya. Kawan adik kata adik ada di rumah dan dia akan beritahu adik supaya call Bonda. Syukurlah kerana kawan yang dihubungi melalui FB tu ialah roomate adik!!!

Alhamdulillah, dengan bantuan teknologi komunikasi terkini, tak sampai 6 jam, akhirnya Bonda dapat panggilan dari insan yang ditunggu-tunggu. Lega Anim kerana dapatlah Bonda tidur lena dan tak perlulah abah dan Bonda kalut turun KL. Betullah, handphone adik rosak. Alahai dik...tak terfikir ke nak maklumkan Bonda atau sesiapa dikalangan abang atau kakaknya tentang hal ini. Tak terfikir agaknya kalau keluarga gagal hubungi dia, boleh buat Bonda, abah, kakak dan abangnya risau??? Alahai...adik..adik... Agaknya jawapan yang diberikan ialah, "Relaxlah. Adik tak apa-apa". Nampak gaya, balik Johor bercuti minggu depan,  adik pulak dapat handphone baru...

P/S  Moral of the story, selain catat no.bilik @ maklumat penginapan adik, lepas ni kami kena simpan no.telefon rakan-rakan adik untuk dihubungi dalam kes-kes kecemasan begini. 

Artikel berkaitan:

Saatnya telah tiba


Assalamualaikum wbt...

Kesibukan melanda. Hari ni (Sabtu) kami bersekolah ganti. Hanya gambar yang dapat menggambarkan perasaan Anim ketika ini.

Bila kami sekeluarga diundang makan malam sempena perpisahan Encik Suami  di sebuah kelab oleh dua rakan di SP minggu lalu....

Bila cuti hujung minggu Encik Suami sudah tidak sama dengan kami di SP .Tugas si Ummi menghantar dan menunggu 2 Abdul bersolat Jumaat di luar perkarangan masjid...

Bila kalendar 1435H  sudah berada di tangan......

P/S   Nampaknya...kenalah mula mengemas barang sedikit demi sedikit....

Artikel berkaitan:

Celik Hati vs Celik Mata


Assalamualaikum wbt..


P/S Subhanallah...Diri ini dan si celik hati tapi buta mata itu ibarat langit dan bumi. Sakit sikit pun minta cepat disembuhkan. Walhal sakit itulah yang buat diri ini nanti dikasihani PenciptaNya. Mata ini celik tapi hati ini buta rupanya.

Artikel berkaitan:

Kenal Anim @ Si Abdul kecil?


Assalamualaikum wbt..

E-mel ini diterima hari ini. Perasaan bercampur baur ketika membacanya. Terharu dan tak sangka. Tergelak pun ada juga bila memikirkan..Anim kah yang dikenali atau Si Abdul kecil yang mudah dicam orang kalau ke mana-mana? 

Assalamualaikum kak anim,

Salam perkenalan.
Saya  *******,  silent reader blog kak semenjak hujung tahun lepas.
Rasa sedih pulak bila dengar kak anim akan berpindah nanti.. pada hal tak pernah kenal dan jumpa pun..
Jadi saya gagahkan diri tulis email ni kat akak.
Agaknya bila akak akan berpindah  tu? Dalam masa terdekat atau bermula tahun depan?
Kak, kalau tak keberatan nak minta no phone kak anim la, boleh tak? No. saya0***********boleh whatsapps ke mana tau kan.

Dari mula saya baca blog kak, saya dok tertanya-tanya lah  kat mana la kak anim ni dok kat SP ni, last2  baru jumpa.
Nak dijadikan cerita, satu hari semasa nak ke Bandar Utama saya lalu kat depan surau Bandar ****** tu, saya terserempak dengan anak akak yang kedua tu tengah berbasikal,
Lepas tu ada hati nak pergi cari rumah kak kat mana tapi tak ada kesempatan lagi.
Ok, tak tau apa dah nak tulis. Berhenti kat sini saja lah. Saya minta maaflah kalau email saya ni mengganggu kak pulak.

Yang benar,
*******

P/S Buat pengirim e-mel, maafkan kak Anim kerana siar e-mel ini untuk tatapan umum. Insya Allah, kak Anim akan hubungi *******nanti. Teringin juga nak bersua dengan silent reader Inilah Ceritaku (mesti orang SPkan) sebelum kak melangkah keluar dari SP..:D))

Artikel berkaitan:

Kiamat buat kita


Assalamualaikum wbt..

Masjid Taman Keladi pasti akan sentiasa dalam ingatan walaupun berpindah ke tempat baru nanti

# Kematian itu adalah KIAMAT buat kita.

# Dalam surah Al Anbiyaa' ayat 1-2
" Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu:satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya"

# Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam membuat perbandingan dunia :

@ ibarat sebelah sayap nyamuk.
Sabdanya :" Seandainya dunia ini di sisi Allah punya nilai setara dengan sebelah sayap nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir seteguk air" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi). Alangkah ruginya jika kita mengorbankan kehidupan kita di akhirat kelak hanya untuk ditukar dengan sebelah sayap nyamuk.

@ ibarat bangkai dan orang yang senang padanya ibarat anjing
Dalam surah Al-Ar'af ayat 175-176

@ ibarat mencelup satu jari di lautan yang luas dan dalam. Air yang melekat di jari itu dunia dan selebihnya adalah akhirat.

@ ibarat benda hijau dan rasanya manis (qulwah).Suka untuk berseronok, tambah-tambah dalam bab mengumpulkan dan menghimpunkan harta , mereka tak pernah puas sampai mati. bab makan pun satu hal. walhal yang dianjurkan ialah makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Bagaimana nanti kalau Allah tanya kita tentang nikmat makan yang diberi?

@ ibarat penjara bagi orang mukmin. Adalah lebih baik kita rasa terpenjara atas rasa cinta dan patuh terhadap Allah Taala dari leka dek keseronokan dunia dan menyesal bila sudah berada dalam tanah.

# Perbandingan-perbandingan di atas adalah supaya manusia faham akan hakikat dunia yang menipu kita

# Rasulullah Sollallahu Alaihi Waasalam mengingatkan kita supaya menjadi orang yang sedang musafir atau orang asing di dunia.

# Ibarat ikan yang termakan umpan. Nampak sedap je umpan tu tapi sayangnya bila dah makan, duduklah ikan itu dalam kuali. Camtu kita. Termakan umpan Iblis laknatullah, duduklah kita dalam api neraka, naudzubillahi min zalik.

# Begitu banyak nikmat Allah Taala, banyak mana pulak yang kita syukur? Semua bertambah, rumah bertambah, kereta bertambah, harta bertambah tapi rumah akhirat tak nak tambah. Orang beriman mesti fikir nak tambah iman, banyak ibadah dan banyak zikir.

# Ustaz sebut tentang ISTIDRAJ. Bila Allah benci satu kaum, dia akan beri banyak nikmat pada kaum tu. Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

#Sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam; " Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (durhaka); ketahuilah bahawa orang itu telah diISTIDRAJkan oleh Allah Taala" (Riwayat oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

# Cuba muhasabah diri; Kita dah berusia 40 tahun ni, semak balik apa yang telah kita korbankan pada Allah. Sedangkan lembu yang baru berumur 2 tahun pun korbankan diri dan nyawanya pada Allah (buat korban).

# Walhal dalam Quran, Allah dah sebut sebaik-baik ciptaan adalah manusia. Dalam surah al Israa' (ayat 70) Allah berfirman "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan"

# Tapi yang jahat dengan Allah Taala, yang engkar dengan perintahNya, manusia juga.

# Pengalaman Ustaz ke Mynmar. Ada rakyat Islam Mynmar ingat orang Islam di Malaysia tak solat. Puncanya rakan-rakan Islam mereka yang bekerja di Malaysia, bila pulang ke Mynmar, tak solat, merokok. Terkejut mereka kerana ingat Ustaz pun tak solat juga. Bayangkanlah saudara seIslam Mynmar yang berada di Malaysia, terima contoh tak baik dari kita. P masjid hanya seminggu sekali iaitu hari Jumaat. Masa mereka di Mynmar sebelum ni, walhal negara mereka dibawah pemerintahan orang kafir, mereka solat. Kita ni, negara majoriti Islam, British tak jajah lagi tapi tanpa disedari kita dijajah oleh Iblis laknatullah. Lagi teruk kerana kita tak nampak Iblis.

# Sebut fasal solat (berjemaah) di masjid, cuba bandingkan diri kita. Orang Kristian p gereja seminggu sekali, iaitu setiap Ahad. Orang Yahudi p tempat suci mereka setiap Sabtu . Kita ni, orang Islam HANYA p masjid seminggu sekali setiap Jumaat saja, tak sama ke dengan depa? Ada yang menjawab, kami tak nak p masjid la setiap Jumaat macam tu kalau ibadat sama dengan mereka. Ustaz kata kalau macam tu, jadi biawak ajalah sebab biawak tak p masjid.

# Sentiasalah bandingkan diri kita dengan zaman para sahabat.

Wallahua'alam

P/S Perkongsian Kuliah Subuh di Masjid Taman Keladi, 13/9.2013

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 40 : Kita Tetap Kaya


Assalamualaikum wbt..


P/S  Kat SP ada menu gulai otak lembu di restoran orang kita..Nak cuba ke?

Artikel berkaitan:

UPSR 2013..takzirah untuk diri sendiri


Assalamualaikum wbt...

Kalau tahun lalu, bertazkirah untuk mak ayah murid lain, kali ni giliran diri sendiri. Baca semula entry yang pernah dibuat, huhu..

Selama 22 tahun bergelar guru, hadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat untuk anak murid, kali ini selain mendoakan anak murid, turut memohon kepadaNya kejayaan bagi cahaya mata sendiri. Tahun ni tak buat di masjid berhampiran, tetapi di dewan terbuka sekolah.

Pagi ini, dalam 7.15 pagi dan 5km lagi perjalanan ke sekolah, banjir kilat!! Sejak malam tadi hujan tak berhenti. Ditambah dengan berangin...sejuk hingga ke tulang. Mudah2an esok dan lusa cuaca bertambah baik. Maklum...anak kita exam kan..

Untuk tambahan, nak share cadangan amalan kita untuk memohon kejayaan anak yang menghadapi peperiksaan dari Ustaz Zahazan Mohamed:-

# Hari exam, ibu bapa bangun awal, solat hajat, sahur,puasa dan doakan mereka dan sekalian orang Islam sepanjang puasa
# Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang
# Beri anak minum air zamzam atau air masak banyak
# Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi
# Amalkan doa ayat ke 74 surah Al Furqan. Niatkan untuk mereka agar diberikan idea, kefahamn dan kelancaran dalam menjawab.
# Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yang terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran dan petua-petua yang lain.
# INGAT! Jangan sekali-sekali menjadikan anak stress dengan permintaan-permintaan yang luarbiasa, memadailah kata-kata berisi doa, motivasi dan peniup semangat untuk mereka.

Antara surah yang digalakkan untuk baca;
1. Surah Alam Nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman ayat 1-13

Niatkan semasa membaca surah-surah ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dengan cemerlang.

P/S  Walaupun si Abdul bukanlah murid harapan 5A di sekolah, sebagai ibu...Anim tetap mendoakan yang terbaik untuknya,

Artikel berkaitan:

Keberkatan


Assalamualaikum wbt..

Berkumpulnya keluarga membawa keberkatan

# Keberkatan waktu seperti doa di bulan Ramadan,  atau waktu dhuha. Keberkatan makanan sunnah seperti kurma, madu, madu, susu kambing,air zamzam. Keberkatan tempat seperti majlis ilmu. Keberkatan orang seperti ibu bapa yang masih hidup, orang alim, pemimpin yang adil dan tak melakukan maksiat dan berkumpulnya keluarga.

# Orang yang memberi ilmu dan orang yang menerima ilmu perlu ikhlas. Barulah ada nilai keberkatan di situ. 

# Keberkatan hanya diajar dalam Islam. Itu yang membezakan Islam dengan agama lain.

# Ajar pada diri, kita bukan nak makanan yang sedap tapi makanan yang berkat. Kita bukan nak rumah yang besar, tapi rumahtangga yang diberkati. Kita bukan nak jawatan yang tinggi, tapi jawatan yang diberkati. 

# Datangnya keberkatan itu bila baiknya perbuatan, akhlak, amal dalam hidup. Hilangnya keberkatan itu bila kita buat maksiat, ambil yang syubhah, putuskan silaturrahim.

# Keberkatan dalam hidup, bermaksud:
- Suatu yang sedikit, dirasakan banyak.
- Suatu yang sulit, dirasakan ringan.
- Suatu yang sempit dirasakan luas.

Wallahua'lam.

P/S  Isi kuliah Subuh dan perkongsian dari Program Training for Trainer anjuran ALAM  oleh Ustaz Dasuki

Artikel berkaitan:

Ikan pekasam Kg.Komoi punya cerita


Assalamualaikum wbt..

Hari ini sekolah ganti. Sabtu, ditambah pula hujan di awal pagi, kehadiran kurang memberangsangkan. Waktu rehat, telefon berbunyi. Tertera no. telefon seseorang yang dikenali. Waris salah seorang murid. Apahal agaknya...

"Cikgu, saya nak minta tolong. Boleh tak cikgu mai rumah saya?"

Ikan pekasam Kg Komoi ni naik 50 sen tahun ni..

Panggilan itu datangnya dari pasangan pengusaha ikan pekasam di Kg.Komoi. Cerita mereka di sini dan di sini. Rupa-rupanya dia dan suaminya meminta Anim "berlakon" sebagai pelanggan yang datang membeli ikan pekasam. So, Anim kena berlakon dengan bergerak dari signboard Kg.Komoi  ke rumahnya.Krew  RTM datang buat shooting perusahaan ikan pekasamnya dan tunggu di situ. (Kalau tak silap dengar, program Warisan terbitan RTM..sorry ek kalau salah!) Huhu...glamer sekejap!

Berkodi-kodi permintaan maaf Anim berikan. Bila Anim kata, Anim ada tugas hakiki di sekolah, tak bolehlah nak tinggal kelas, dia kata lepas sekolah nanti pun tak apa.Anim minta dia cari orang lain untuk jadi "pelakon" tapi dia tetap mahukan Anim sebagai pelanggannya.  Terpaksalah Anim berterus-terang kat Ita dan suaminya, "Saya ni pemalu orangnya.." ..heee. Maaf ya...sekali lagi berbanyak-banyak minta maaf.

UPDATE : Program yang dimaksudkan ialah program Orang Kita setiap hari Khamis. 

P/S  Pemalu??? Iyale tu, Nim.

Artikel berkaitan:

Harap-harap ada peluang


Assalamualaikum wbt..

Hari ini tak dapat nak cerita panjang. Sibuk isi e-GTukar online. Terkial-kial kita dibuatnya bila isi borang online ni. Kalau tengok statistik Pertukaran Antara Negeri Bagi Sekolah Rendah sesi Januari 2014 (statistik sehingga 6/9/2013) yang dikeluarkan oleh KPM...risau jugak. Harap-harap ada peluang..


P/S  Yang berkotak merah tu...kita dah keluarkan awal-awal. Baki 7 negeri tu...haha..mana agaknya? Skop meneka dah makin kecil...heee. Seronok juga main teka teki..

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 39: Allah belum panggil

Assalamualaikum wbt...


P/S  L tu ingatkan Lulus ...tapi Luar Kuota rupanya..

Artikel berkaitan:

Bertemu SI DIA di hari bahagianya

Assalamualaikum wbt..

Ahad, 1 September 2013. Selesai sesi persekolahan jam 1.30 petang, bergegas dengan Encik Suami ke Kubang Semang. Bukit Mertajam. Bagitau Encik Suami, by hook or by crook..nak attend jugak majlis kenduri SI DIA ni. Teringin nak bersua muka dengan Si DIA di hari bahagianya.

Hujan renyai sewaktu kami tiba di Dewan SMK Guar Perahu Indah. Kubang Semang. Sempat tinggal jejak pada Guestbook (hasil tangan pengantin perempuan sendiri).

Alamak...terlupa kamera, terlupa iPad. Bateri hp Anim tinggal 27%, huhu. HP Encik Suami pulak full memory. Ish...macam-macam tragedi bila nak rushing tadi. Tawakkal ajalah dengan apa yang ada...

Tadaaa....Sukanya lihat hasil cameraman tak bertauliah saya ni. Setiap detik dirakamkan. Dari sesi perkenalan diri (pengantin dok meneka nama, huhu...), reaksi terkejut pengantin kerana tekaannya salah dan reaksi tergamamnya bila kita perkenalkan diri, "Kak Anim lah...". Terus kena peluk, heeee

See...siapa sangka, akhirnya Anim bertemu dengan Si Dia di hari bahagianya. Si dia ni ialah Shahada Fauzi. Kalau nak tahu, dialah designer blog Anim ni.. Tengok Shahada, tengok majlis bahagianya..hmmm, dia ni memang kreatif dan berseni orang. Baju yang dipakainya pun cantik secute orangnya yang tak putus-putus tersenyum.

Sekejap saja bertemu, tak banyak yang dapat dibualkan. Maaf ya Shahada, kak nak rushing balik. Si Abdul sulung masih di sekolah. Kelasnya berakhir jam 4.00 petang. Lega juga bila kami dapat tiba jam 4.07 petang di sekolah. Kalau tak...sabar ajalah nak menjawab pertanyaannya yang berdas-das...hee

Selain kad jemputan yang dibuat sendiri (Shahada memang super duper kreatif), suka sangat membelek bunga telur hasil tangannya sendiri dari tisu Ikea katanya. Boleh tengok (di sini)

P/S  Selamat Pengantin Baru buat Shahada dan pasangannya Ton Yusri. "Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan, Amin"

Artikel berkaitan:

Kisah 3 lelaki dan botol air zamzam


Assalamualaikum wbt..

Roof top Masjidil Haram musim Ramadan 1434H lalu. Pak Sheikh dok tarik tangan jemaah yang lalu lalang untuk iftar dikawasannya

Kisah benar ini terjadi pada malam 27 Ramadan 1434H di Makkah Al Mukarramah. Biarlah Anim namakan 3 lelaki itu dengan Ahmad, Bakar dan Cop.

Alkisah, lepas solat Zuhur lagi, Cop asyik menyebut nak pekena Nasi Kambing selepas solat terawih. Dia beriya-iya nak belanja 2 sahabatnya, Ahmad dan Bakar. Pendekata, di Masjidil Haram...tak habis-habis Nasi Kambing bermain-main di bibirnya. 

Bilangan jemaah makin bertambah menjelang 10 Ramadan terakhir menyebabkan sebilangan jemaah bersolat tahajjud di jalan

Selesai solat terawih jam 11 malam, mereka bertiga bergerak untuk mencari restoran yang menjual Nasi Kambing. Di pertengahan jalan, mereka terserempak dengan seorang lelaki Arab yang sedang menyedekahkan botol air zamzam kepada jemaah yang lalu lalang. Tertarik dengan botol air zamzam yang unik itu, Bakar bertindak memintanya daripada lelaki Arab itu. Lelaki Arab itu kemudian menghulurkan 3 botol air zamzam tersebut kepadanya.

Walaupun Ahmad agak terkejut dengan tindakan Bakar (kerana meminta-minta) botol air zamzam itu diambilnya juga. Namun bila ada jemaah negara lain yang meminta-minta disepanjang laluan mereka, dihulurkan botol air zamzam kepunyaannya itu. 

Gambar dari google. Bentuk dan warna hampir serupa tapi tiada corak tertera di botol

Tiba-tiba kelibat Cop hilang dari pandangan Ahmad dan Bakar. Mana pulak Cop pergi? Elok saja tadi berjalan beriringan. Puas ditinjau ke sana sini, perut pun sudah berbunyi minta diisi, akhirnya Ahmad dan Bakar mengambil keputusan untuk ke Restoran Felda D'Saji.

SMS dihantar kepada Cop. Ahmad dan Bakar order dulu Nasi Kambing dari restoran Tok Arab di situ dan duduk menanti Cop di Restoran Felda D'Saji.

Kelibat Cop masih tidak kelihatan. Ahmad dan Bakar ambil keputusan makan dahulu. Setengah jam kemudian, muncul Cop dengan wajah keletihan. Kata Cop, dek kerana leka membelek-belek keunikan botol air zamzam yang diterima, dia terpisah dari rakan-rakannya.

Puas dia mencari ke sana sini hingga letih. Akhirnya baru dia baca SMS yang dihantar. Kerana keletihan, Cop pun tak lalu dah nak makan Nasi Kambing yang diidam-idamkannya sejak Zuhur. Akhirnya, botol air zamzam itu diberikan pula kepada jemaah negara lain yang ada berdekatan mereka. Menurut Cop, kerana botol air zamzam itulah dia leka dan ralit.

Nampaknya hanya Bakar saja yang masih menyimpan botol air zamzam tersebut. Di dalam bilik hotel, Bakar asyik membelek-belek botol air zamzam itu . Sempat lagi dia mengusik Cop kerana ralit. Mereka kemudian berangkat ke Madinah. Ahmad dan Cop sudah terlupakan cerita botol air zamzam yang unik itu.

Ketika tiba di Airport Jeddah  (nak berangkat pulang ke Malaysia) , Bakar check beg pakaiannya. Terkejut mereka bertiga bila mendapati pakaian dalam beg Bakar telah BASAH! Tambah terkejut bila mendapati botol air zamzam unik dari Mekah yang disimpan Bakar dalam beg pakaiannya BOCOR! Botol sudah bocor, boleh agak ending kisah ini? Hmmm..betullah tu. Botol itu akhirnya masuk ke tong sampah di Airport Jeddah.

P/S  Dua nasihat yang diberi oleh Ahmad  (1)- Jadilah orang yang memberi, bukannya meminta-minta (2)- Sentiasalah menyebut in sha Allah bila merancang sesuatu 

Artikel berkaitan: