Home · About Me · Sitemap ·

Kiamat buat kita


Assalamualaikum wbt..

Masjid Taman Keladi pasti akan sentiasa dalam ingatan walaupun berpindah ke tempat baru nanti

# Kematian itu adalah KIAMAT buat kita.

# Dalam surah Al Anbiyaa' ayat 1-2
" Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu:satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya"

# Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam membuat perbandingan dunia :

@ ibarat sebelah sayap nyamuk.
Sabdanya :" Seandainya dunia ini di sisi Allah punya nilai setara dengan sebelah sayap nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir seteguk air" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi). Alangkah ruginya jika kita mengorbankan kehidupan kita di akhirat kelak hanya untuk ditukar dengan sebelah sayap nyamuk.

@ ibarat bangkai dan orang yang senang padanya ibarat anjing
Dalam surah Al-Ar'af ayat 175-176

@ ibarat mencelup satu jari di lautan yang luas dan dalam. Air yang melekat di jari itu dunia dan selebihnya adalah akhirat.

@ ibarat benda hijau dan rasanya manis (qulwah).Suka untuk berseronok, tambah-tambah dalam bab mengumpulkan dan menghimpunkan harta , mereka tak pernah puas sampai mati. bab makan pun satu hal. walhal yang dianjurkan ialah makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Bagaimana nanti kalau Allah tanya kita tentang nikmat makan yang diberi?

@ ibarat penjara bagi orang mukmin. Adalah lebih baik kita rasa terpenjara atas rasa cinta dan patuh terhadap Allah Taala dari leka dek keseronokan dunia dan menyesal bila sudah berada dalam tanah.

# Perbandingan-perbandingan di atas adalah supaya manusia faham akan hakikat dunia yang menipu kita

# Rasulullah Sollallahu Alaihi Waasalam mengingatkan kita supaya menjadi orang yang sedang musafir atau orang asing di dunia.

# Ibarat ikan yang termakan umpan. Nampak sedap je umpan tu tapi sayangnya bila dah makan, duduklah ikan itu dalam kuali. Camtu kita. Termakan umpan Iblis laknatullah, duduklah kita dalam api neraka, naudzubillahi min zalik.

# Begitu banyak nikmat Allah Taala, banyak mana pulak yang kita syukur? Semua bertambah, rumah bertambah, kereta bertambah, harta bertambah tapi rumah akhirat tak nak tambah. Orang beriman mesti fikir nak tambah iman, banyak ibadah dan banyak zikir.

# Ustaz sebut tentang ISTIDRAJ. Bila Allah benci satu kaum, dia akan beri banyak nikmat pada kaum tu. Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

#Sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam; " Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (durhaka); ketahuilah bahawa orang itu telah diISTIDRAJkan oleh Allah Taala" (Riwayat oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

# Cuba muhasabah diri; Kita dah berusia 40 tahun ni, semak balik apa yang telah kita korbankan pada Allah. Sedangkan lembu yang baru berumur 2 tahun pun korbankan diri dan nyawanya pada Allah (buat korban).

# Walhal dalam Quran, Allah dah sebut sebaik-baik ciptaan adalah manusia. Dalam surah al Israa' (ayat 70) Allah berfirman "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan"

# Tapi yang jahat dengan Allah Taala, yang engkar dengan perintahNya, manusia juga.

# Pengalaman Ustaz ke Mynmar. Ada rakyat Islam Mynmar ingat orang Islam di Malaysia tak solat. Puncanya rakan-rakan Islam mereka yang bekerja di Malaysia, bila pulang ke Mynmar, tak solat, merokok. Terkejut mereka kerana ingat Ustaz pun tak solat juga. Bayangkanlah saudara seIslam Mynmar yang berada di Malaysia, terima contoh tak baik dari kita. P masjid hanya seminggu sekali iaitu hari Jumaat. Masa mereka di Mynmar sebelum ni, walhal negara mereka dibawah pemerintahan orang kafir, mereka solat. Kita ni, negara majoriti Islam, British tak jajah lagi tapi tanpa disedari kita dijajah oleh Iblis laknatullah. Lagi teruk kerana kita tak nampak Iblis.

# Sebut fasal solat (berjemaah) di masjid, cuba bandingkan diri kita. Orang Kristian p gereja seminggu sekali, iaitu setiap Ahad. Orang Yahudi p tempat suci mereka setiap Sabtu . Kita ni, orang Islam HANYA p masjid seminggu sekali setiap Jumaat saja, tak sama ke dengan depa? Ada yang menjawab, kami tak nak p masjid la setiap Jumaat macam tu kalau ibadat sama dengan mereka. Ustaz kata kalau macam tu, jadi biawak ajalah sebab biawak tak p masjid.

# Sentiasalah bandingkan diri kita dengan zaman para sahabat.

Wallahua'alam

P/S Perkongsian Kuliah Subuh di Masjid Taman Keladi, 13/9.2013

Artikel berkaitan:

33 Komen untuk "Kiamat buat kita"

  1. Akak terima kasih sharing info berguna nih utk kami..terima kasih akkkkk

    BalasPadam
  2. Anim.terima kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanafaat untuk semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingatan buat saya gak, kak nah. senang saya refer lenkali kalau lupa

      Padam
  3. Akak...perkongsian yang sangat bagus. Banyak sekali ilmu dan peringatan yang saya dapat. Termenung membaca setiap baris ayat...malunya dan takutnya diri ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak pun berharap isi tazkirah itu dapat kak buat dan amalkan, bukan hanya membaca

      Padam
  4. As salam
    singgah sini kejap...
    saya cuba anta email tapi macam failed ja kak,
    akak ada terima email saya??
    saya send email ni, betul ka kak, "hanim_rahmat@yahoo.com"

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak dapat AA. salah tu . e mel: hanim_rahmat@yahoo.com.my

      Padam
  5. Salam kenal Hanim.. TQ 4 sharing.. sharing is caring kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tqvm sudi singgah..nanti saya balas balik kunjungan

      Padam
  6. Alhamdulillah peringatan yang baik utk kita yang semakin meningkat usia ni. Malam tadi semasa mesyuarat ajk marhaban, Che Mid juga gulungkan dengan sedikit peringatan bahawa semakin umur meningkat dan semakin lama kita hidup berpersatuan, seharusnya semakin berilmu dan semakin tunduk. Kalau dulu, hajat aktif bermarhaban utk bercampur kawan-kawan dan 'suka-suka' tapi sekarang kena perbetulkan niat semata-mata mencari keredhaanNya. Che Mid juga pesan pada diri Che Mid dan kawan-kawan utk mengamalkan ilmu yang didapati walaupun sedikit. Kalau tak mampu utk solat jamaah disurau atau tak mampu utk ke kuliah, kena ada kesempatan di rumah utk diri sendiri dgn Allah spt solat dhuha atau baca al-Ma'thurat setiap hari.. paling sedikit la tu utk surirumah. Kena buat dari hati yang ikhlas dan istiqomah..Insyaallah bila kita keluar rumah untuk bercampur masyarakat, aura keimanan akan lebih terserlah dan 'terasa sejuk' dipandangan mata justru aktiviti akan lebih diberkati dan diredhaiNya. Betul tak Anim?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sangat dengan che mid, mudah2an dapat dikongsi juga dengan oranglain

      Padam
  7. terima kasih kak.. peringatan untuk diri aiza yang seringkali terleka.. dah lama aiza tak ke masjid solat berjemaah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita ni perempuan memang lebih afdal solat di rumah aiza. tapi dek kerana ada majlis ilmu di masjid, tak salah kita pergi. yg ustaz tekankan lelaki ni

      Padam
  8. sebenarnya umur kita bukan makin bertambah , tetapi makin berkurang dan menuju kematian ...

    BalasPadam
  9. perkongsian yg bermanfaat..peringat untuk kita semua...terima kasih...

    BalasPadam
  10. terima kasih kak... aduh.. keduniaan tu yang rasa macam terkena je kak.. sibukkan hal anak2 lebih dr akhirat kdg...

    BalasPadam
  11. Sebuah peringatan dan renungan buat kakak ni Anim..

    BalasPadam
  12. tazkirah yg menarik drp cikgu. terima kasih.

    BalasPadam
  13. Salam Anim
    Terima kasih atas peringatan..

    yang paling takut... kalau kita dijajah oleh Iblis....nauzubillah.. semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah..

    BalasPadam
  14. terima kasih kak anim..utk semua peringatan tu..

    takut..jgn la Allah tarik nikmat iman islam kita ni..nauzubillah..

    BalasPadam
  15. tazkirah bagi yg lupa termasuk saya, terima kasih...

    BalasPadam
  16. @ ibarat mencelup satu jari di lautan yang luas dan dalam. Air yang melekat di jari itu dunia dan selebihnya adalah akhirat.

    ini paling mendalam bagi saye.. kite sibuk kejar dunie sampai kadang2 lupe akhirat.. subhanAllah..

    BalasPadam
  17. tq kak.... peringatan buat munna dan kita semua

    BalasPadam
  18. Manusia ni mmg terpedaya dengan nikmat duniakan Anim....walaupun kelihatannya banyak tp hakikatnya hanya sebelah sayap nyamuk je......Allahu akbar! Moga hidayah Allah itu sentiasa bersama sama kita!

    BalasPadam
  19. very gd sharing ni anim!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai