Home · About Me · Sitemap ·

Keberkatan


Assalamualaikum wbt..

Berkumpulnya keluarga membawa keberkatan

# Keberkatan waktu seperti doa di bulan Ramadan,  atau waktu dhuha. Keberkatan makanan sunnah seperti kurma, madu, madu, susu kambing,air zamzam. Keberkatan tempat seperti majlis ilmu. Keberkatan orang seperti ibu bapa yang masih hidup, orang alim, pemimpin yang adil dan tak melakukan maksiat dan berkumpulnya keluarga.

# Orang yang memberi ilmu dan orang yang menerima ilmu perlu ikhlas. Barulah ada nilai keberkatan di situ. 

# Keberkatan hanya diajar dalam Islam. Itu yang membezakan Islam dengan agama lain.

# Ajar pada diri, kita bukan nak makanan yang sedap tapi makanan yang berkat. Kita bukan nak rumah yang besar, tapi rumahtangga yang diberkati. Kita bukan nak jawatan yang tinggi, tapi jawatan yang diberkati. 

# Datangnya keberkatan itu bila baiknya perbuatan, akhlak, amal dalam hidup. Hilangnya keberkatan itu bila kita buat maksiat, ambil yang syubhah, putuskan silaturrahim.

# Keberkatan dalam hidup, bermaksud:
- Suatu yang sedikit, dirasakan banyak.
- Suatu yang sulit, dirasakan ringan.
- Suatu yang sempit dirasakan luas.

Wallahua'lam.

P/S  Isi kuliah Subuh dan perkongsian dari Program Training for Trainer anjuran ALAM  oleh Ustaz Dasuki

Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "Keberkatan"

  1. Assalamualaikum wbt...

    Kak Anim...
    sangat setuju....

    # Keberkatan dalam hidup, bermaksud:
    - Suatu yang sedikit, dirasakan banyak.
    - Suatu yang sulit, dirasakan ringan.
    - Suatu yang sempit dirasakan luas.

    Kak... betul lah ea Perak? hehehehe... Jom makan durian kuala kangso... hehehe...

    p/s: ikan pekasam kg. komoi ne macam best jer... tak pernah makan lagi sebab orang cakap pekasam ne busuk... yer ke?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Anim.

    Terima kasih untuk perkongsian. :)

    BalasPadam
  3. terima kasih sudi berkongsi kak anim.. sgt bermanfaat...

    BalasPadam
  4. Semoga kita juga beroleh keberkatan dalam blogging dengan berkongsi sesuatu yang memberi ilmu dan kebaikan dengan ikhlas. Terima kasih Kak Anim.

    BalasPadam
  5. terima kasih anim...
    sudi berkongsi sesama kita...
    jika selama ini byk yg kurang..dengan adanya info ini dpt manafaatnya...

    BalasPadam
  6. Tidak susah nak mendapat keberkatan tapi tak mudah juga nak dapat keberkatan
    Semua terletak pada diri kita sendiri utk memilihnya nak jadikan yg senang atau sebaliknya.

    BalasPadam
  7. betul tu keberkatan itu plg pernting dalam apa pun kan !

    BalasPadam
  8. http://ummuainni.com
    salam..aik tuan rumah macam mana blh termasuk ke blog saya padahal benda tu blh beritahu umum lagi hee....pelik..2

    jadilah manusia yg bermanfaat moga2 kehadiran kita d senangi serta di hargai

    BalasPadam
  9. keberkatantu lah yang tak mudah nak dicarikan..kalau hidup berkat semuanya mudah belaka...

    BalasPadam
  10. terima kasih di atas perkongsian ini kak.. semoga perkongsian ini juga mendapat keberkatan dari Allah..

    BalasPadam
  11. alhamdulillah dgn segala keberkatan dan nikmat yg ada sekarang ni.

    BalasPadam
  12. Kita selalu lupa sedikit tapi berkat sentisa akan cukup. Terima kasih kerana mengingatkan.

    BalasPadam
  13. As salam
    terima kasih berkongsi sesuatu yang terkesan dihati kak anim..

    BalasPadam
  14. terim kasih cikgu..moga hidup kita semua diberkati.

    BalasPadam
  15. terima kasih Anim.perkongsian yang cukup baik..semuga kita juga memperoleh keberkatan dengan perkongsian ilmu di alam blogger =)

    BalasPadam
  16. Itulah pentingnya keberkatan dalam hidup kitakan Nim, jiwa tenang, hidup tak serabut!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai