Home · About Me · Sitemap ·

1 Rumah 1 Korban


Assalamualaikum wbt..

Bulan lepas bab kasut/sandal Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam

Ini cerita minggu lalu. Baru dapat buat entry. Sepatutnya malam itu, sambungan pengajian kitab Syamail Muhammad di Masjid Taman Keladi, tapi dek kerana tak sampai 2 minggu lagi kita nak sambut Hari Raya Korban, maka Ustaz Shahul tangguh dulu pengajian kitab dan sentuh bab ibadah Korban pula.

# Syariat Korban :
- menyatakan kesyukuran nikmat anugerah Allah. Kita korbankan untuk agama Allah. Secara simboliknya kita berkorban di jalan Allah. Yang afdal, ambil sedikit daging korban, yang lain bagi semua kat orang.

# Sesetengah orang ingat, dah buat korban tahun sudah, tahun ni tak perlu buat. Emak kat kampung dah buat, kita tak perlu buat. Sepatutnya kata Ustaz, 1 Rumah 1 Korban.

# Kalau tak mampu berkorban seekor, ambil satu pangku (Penang) @ satu tompok (Kedah) @ satu bahagian (Johor)

# Allah dah sebut dalam surah Al Kautsar. Allah dah bagi banyak nikmat (tak terhitung banyaknya). Nikmat ilmu, nikmat iman, nikmat Islam dan banyak lagi. 2 benda yang Allah minta dalam surah itu iaitu solat kerana Allah dan sembelih binatang (korban).

# Walaupun hukumnya sunat muakkad ( sunat yang sangat2 dituntut, kalau boleh jangan ditinggal) oleh jumhur ulamak, kalau nak dapat pahala, buatlah korban kerana Nabi sendiri tak pernah tinggal ibadah korban.

# Menurut Ustaz, seseorang pada Hari Raya Aidil Adha mempunyai RM450. Jika perbelanjaan makan seisi keluarganya pada Hari Raya Aidil Adha adalah RM50  dan dia mempunyai baki RM400, dia termasuk orang yang dituntut untuk buat korban (kalau 1 pangku RM400/-).

# Amalan anak Adam pada hari Nahar (Aidil Adha) dan 3 hari tasyrik yang disukai Allah Taala iaitu melakukan ibadah korban.

# Termasuk 7 perkara yang boleh tolong kita di Padang Mahsyar:- 

1. Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam
2. Nabi-nabi lain beri syafaat kepada umat-umatnya
3. Ulamak boleh beri syafaat sebanyak bintang di langit namun kita kena ada adab dengan Ulamak
4. Pada Syuhada' beri syafaat kepada 70 orang
5. Al Hafiz beri syafaat kepada 10 orang
6. Ibu bapa yang ada anak meninggal dunia sewaktu kecil dengan syarat dah buat aqiqah sebelum anak itu meninggal (sebelum baligh) dan ibu bapa itu juga redha dengan kematiannya anaknya itu.
7. Binatang yang kita korbankan kerana Allah Taala. Bulu, tanduk dan kukunya akan datang menjadi saksi .

Wallahua'lam.

P/S Kena refresh bab  adab-adab berkorban  

Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "1 Rumah 1 Korban"

  1. Assalamualaikum wbt....
    betui kak... tima kasih atas ingatan dan kongsi ilmu...

    kak, bukan sunat kita tgk sendiri ke korban kita?
    kalau macam yang buat kat luar negara yang miskin tu ... boleh kan?

    btw, tahun ne saya raya dalam kapal terbang... huhhuhu...
    harap2 pagi tu sempat solat raya....pastu kejar flight...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah, sunat kita lihat korban kita tu. menurut ustaz yang AFDAL ialah kita buat mana tempat kita berkerja. contoh, kak dok SP, kampung di johor, AFDAL buat di SP. gitu juga korban di dalam negara. afdal buat kat malaysia. melainkan kalau dah takde orang miskin kat tempat kita, baru kita buat kat negara luar. nak buat kat negara lain tak salah. la ni, orang tak sempat nak p tengok, senang bank in je kan. wallahua'lam

      p.s jelesnya...nak bermusafir ke mana nih??

      Padam
  2. terima kaih perkongsian ini.azam nak buat korban tahun ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguslah..memang kita kena buat setiap tahun..ikut sunnah

      Padam
  3. inshaAllah kami berkorban di sini. rancangnya thn ni nak di sembelih sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bestnya mala..saya baru cari2 tempat untuk membolehkan suami saya belajar sembelih korban ni. setakat ni tau sembelih ayam dan itik saja, heee

      Padam
  4. Salam....Nice sharing kak..Kak Anim buat korban tak tahun ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat kat johor..share dengan keluarga mertua

      Padam
  5. Kami sekeluarga buat korban online, buat di Thailand. Tahun lepas buat di kemboja. Rutin dah kak, kami adik beradik. Kat sini pun kalau ada lebih, buat jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni banyak cara memudahkan kita kan erani, ndak tak ndak saja :-))

      Padam
  6. Nice sharing.... setiap tahun kami share adik beradik.

    BalasPadam
  7. info yang menarik.. penuh ilmu kak anim.. baru fifi tau macam2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. part boleh tolong kita kat padang mahsyar tu paling best, fifi. setahun..simpan duit dalam rm400 je kan, paling sedikit

      Padam
  8. info menairk, tq berkongsi yer

    BalasPadam
  9. Alahai terasa pulak Anim baca entri ni hehe... mengukur jalan boleh je kan Nim....astaghfirullahalazim...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai