Home · About Me · Sitemap ·

Ikan pekasam Kg.Komoi punya cerita


Assalamualaikum wbt..

Hari ini sekolah ganti. Sabtu, ditambah pula hujan di awal pagi, kehadiran kurang memberangsangkan. Waktu rehat, telefon berbunyi. Tertera no. telefon seseorang yang dikenali. Waris salah seorang murid. Apahal agaknya...

"Cikgu, saya nak minta tolong. Boleh tak cikgu mai rumah saya?"

Ikan pekasam Kg Komoi ni naik 50 sen tahun ni..

Panggilan itu datangnya dari pasangan pengusaha ikan pekasam di Kg.Komoi. Cerita mereka di sini dan di sini. Rupa-rupanya dia dan suaminya meminta Anim "berlakon" sebagai pelanggan yang datang membeli ikan pekasam. So, Anim kena berlakon dengan bergerak dari signboard Kg.Komoi  ke rumahnya.Krew  RTM datang buat shooting perusahaan ikan pekasamnya dan tunggu di situ. (Kalau tak silap dengar, program Warisan terbitan RTM..sorry ek kalau salah!) Huhu...glamer sekejap!

Berkodi-kodi permintaan maaf Anim berikan. Bila Anim kata, Anim ada tugas hakiki di sekolah, tak bolehlah nak tinggal kelas, dia kata lepas sekolah nanti pun tak apa.Anim minta dia cari orang lain untuk jadi "pelakon" tapi dia tetap mahukan Anim sebagai pelanggannya.  Terpaksalah Anim berterus-terang kat Ita dan suaminya, "Saya ni pemalu orangnya.." ..heee. Maaf ya...sekali lagi berbanyak-banyak minta maaf.

UPDATE : Program yang dimaksudkan ialah program Orang Kita setiap hari Khamis. 

P/S  Pemalu??? Iyale tu, Nim.

Artikel berkaitan:

40 Komen untuk "Ikan pekasam Kg.Komoi punya cerita"

  1. masuk tv tu...femes hehe...
    agaknya cikgu 'pandai' bercakap kut..tu yg dia nak cikgu jadi pelakon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. takut jalan pun tak tentu arah bila nampak kamera tuju arah kita, heee

      Padam
  2. Nampak sedapnya ikan pekasan Kg Komoi ni. Mak liza selalu buat msa kecik2 dulu. Anim pemalu ker? Pemalu, tak dpt laa masuk tv. hehe..

    BalasPadam
  3. hehe..bila cikgu jd pelakon, murid2 mesti riuh satu skola..=)

    BalasPadam
  4. mungkin sbb cikgu dah biasa berhubungan dgn orang luar ...

    BalasPadam
  5. kak anim ni pemalu ya.. untung kalau dapat masuk tv, hehe.. nampak sedap ikan pekasam tu kak.. aiza pun suka makan ikan pekasam..

    BalasPadam
  6. salam..
    Kg Komoi ni kat mana? SP ke?

    -Ina-

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah..kat bt lintang, kawasan saya mengajar (boleh tengok link..saya dah betulkan)

      Padam
  7. Terlepas sudah peluang utk menjadi pelakon popular...hehe
    Kalau akak datang tadi pasti berkilo dapat pekasam free...boleh pos kat kami :)

    BalasPadam
  8. Nampaknya orang paling glemer kat Sp tentulah Animkan, kalau takkan mereka berebut...hehe
    So tak jadik shootinglah ni....kalau tak dapat tengok dokumentari berheroinkan teman blogger..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukanle okjer...orang RTM asal cerita nk cari kg komoi sebab unik nama tu. depa nampak blog saya, tu yg dipanggil berlakon

      Padam
  9. tak jadi join ke kak..kalau tak dapt jg tengok akak kat tv..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakaian tak properlah mama tey. Depa tak habaq awal...heee

      Padam
  10. entah2 pekasam yg Dato' Siti dapat hari tu pa...
    kat mana kg Komoi tu cikgu?

    BalasPadam
  11. ai sey... melepas la untuk jadi artis 'ikan pekasam'.. he.. he..

    apapun, IM juga sesekali suka makan ikan pekasam!

    BalasPadam
  12. ala... baru nak standby tgk depan tv...kak.. tolong belikan utk saya boleh..payah nak cari pekasam pure kat sini..

    BalasPadam
  13. Alahai baru nak bagi glemer macam artis tak jadilah ye..
    Kalau tak best juga jadi duta ikan pekasam..

    Kakak rasa sebab dia tahu Anim salah satu pelanggan sebab itulah dia nak Anim jadi pelakonnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaah..kata depa, dapat tau ikan pekasam dia ni dr blog saya..huhu

      Padam
  14. hehehe.... kalau tak boleh tgk kak Anim di TV kan?

    BalasPadam
  15. kata jelah kita ni x giler glemer hehehehe

    BalasPadam
  16. salam Kak Anim
    baru ja nak tunggu depan TV..
    baca sampai abis baru la frust x jadi
    heheheee

    Kak, lama x beli pekasam la...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heee....dia tak habaq awal. Klau tak, leh pakai baju lip lap, heee

      Padam
  17. Sedap ikan pekasam ni Anim. Terima kasih banyak-banyak. Sayangnya... kalau tak, dah jadik Duta Ikan Pekasam Kg Komoi... hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wag..testimoni dari orang Qatar..terbaik, heee

      Padam
  18. kannn..nak betulkan niat la..semoga blog saya menjadi asbab kebaikan utk org lain juga mcm blog k anim..hehhe semoga Allah terima

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai