Home · About Me · Sitemap ·

Harimau Menangis di Sg.Petani

Agak-agak apa yang difikirkan bila terdengar dialog ini di kedai makan, "Kak, ada harimau hari ni ?". Mau lari pelanggan lain agaknya. Bagi orang Utara, "harimau menangis" bukanlah perkataan asing. Ni bukan harimau belang, tapi.....

Ni ha bendanya!!! Mau tak terkejut bila Anim dan 2 Abdul dibawa Encik Suami lunch di sebuah gerai makan tepi jalan arah ke Metro Hospital Sg.Petani.

"Lemak" di bahagian sisi lembu (ada yang kata berdekatan dengan bahagian susu) yang menjadi hidangan popular di gerai ini. Bukan selalu ada, payah nak dapat. Nampak macam lemak tetapi bukan lemak. Pertama kali Anim menjamah "harimau menangis" bakar dan dicicah air asam!

Di makan pula dengan ulaman dan sambal belacan. Ada kunyit muda! Haha...macam baru lepas makan sireh. Kena gelak dengan 2 Abdul..kuning gigi Ummi...

Carilah gerai Kak Nita ni kalau nak mencuba. Tak dapat nak share harga "harimau menangis" ni kerana lunch kami ber4 ni telah dibayar senyap-senyap oleh seorang pakcik yang menaiki motosikal yang turut makan di gerai tersebut. Kata Encik Suami, itulah Pak Brahim, tuan punya syarikat katering majlis doa selamat  kami  tahun lalu. Tak sempat nak ucap terima kasih kat Pak Brahim...dia balik lebih awal.


P/S Masih belum dapat jawapan macamana "harimau" dapat nama...

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 13: Kerja Kosong Di Masjid


Masjid Bukit Naning, Muar, Johor. 


P/S  Jangan sampai ditutup tarikh permohonan..

Artikel berkaitan:

Murtabak Singapore@Muar

Tak tahu apa yang berlaku. Entri yang dipublish pagi tadi sudah tiada dalam post list. Entri ini kena compose semula. Cuma cerita jadi pendek lah. Maklumlah kena sembang cerita dua kali..

Bertukar arah ke Restoran Murtabak Singapore bila R e s t o r a n   M e e   B a n d u n g  M u a r ditutup semalam. Tak jauh mana....masih dalam satu deret kedai.

Sebenarnya, kami baru pekena Asam Pedas di restoran berdekatan (belum sempat buat entri). Ni kes makan ke melantak? Cuti 5 hari saja tapi semua nak dirasa. So, jalan penyelesaian..makan di sana sikit, di sini sikit...janji dapat rasa semua. Heee...

4 keping roti canai (berisi daging cincang + bawang ) dilekatkan bersama dengan 4 biji telur. Kemudian dibelah dua memanjang.

Murtabak 2 keping dipotong memanjang (Murtabak Super) ini kami kongsi 4 beranak ( RM10). Next time kena cuba Murtabak Special, RM16. Lain dari murtabak mamak yang selalu dicuba mahupun Murtabak Raja yang popular di Pantai Timur.

Kuah murtabak pun ala-ala sos, bukannya hirisan bawang mahupun kuah kari.


Inti murtabak iaitu daging cincang yang dimasak garing memberikan rasa berbeza dalam penyediaan Murtabak Singapore ini . Kata tuan punya restoran....resepi ini diwarisi dari ibu mertuanya dari Singapore yang berketurunan Arab. No wonderlah....

P/S Banyak deretan restoran makanan di situ. Terpandang Restoran Mee Udang Banjir selang beberapa pintu dari sini. Kena tunggu 2,3 bulan lagilah JJCM Muar.


Artikel berkaitan:

Korban Lambang Kesyukuran

Sudah 3 tahun Anim ber4 tidak pulang Johor menjelang Hari Raya Aidil Adha. Dek kerana biasanya cuti yang tidak panjang, kemeriahan ibadah korban di Utara juga menjadi faktor Anim dan Encik Suami melaksanakan tuntutan sunat muakkad itu di Sg.Petani saja. Tahun ini, kami bercadang untuk melakukan ibadah korban ini di rumah mertua di Kota Tinggi.

Seawal jam 8 pagi,  anak, cucu jiran tetangga sudah berkumpul di belakang rumah mertua . Masing-masing tak nak lepaskan peluang menyaksikan cara penyembelihan korban di depan mata.

3 hari sebelum Hari Raya Aidil Adha, lembu sudah dihantar ke rumah mertua. Adik ipar dan FIL yang tolong mandikan lembu dan beri makan dan minum.

Lembu ini kemudiannya dihadapkan ke arah kiblat sambil membaca:

إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِينَ.

Maksudnya; "Sesungguhnya solatku, korbanku, hidup dan matiku hanya milik Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dengan itulah aku diperintahkan dan aku adalah termasuk orang yang berserah diri" 
 (Kita juga dianjurkan untuk mengucapkannya apabila menyaksikan haiwan itu disembelih)

Baringkan lembu di atas lambung kirinya dan dihadapkan ke arah kiblat. Pegang atau ikat kaki-kakinya (kecuali satu kaki kanan) agar tidak meronta. Kalau di SP, selalunya si penyembelih yang menjadi wakil yang mengucapkan dan menyebut nama orang yang berkorban..tapi sebaliknya di sini. Haiwan korban ini dikongsi Encik Suami bersama isteri dan anak-anaknya serta kedua ibu bapanya.

Setelah selesai, buka tali ikatan serta merta dan jangan menahan rontaan haiwan. Jangan alihkan dari tempat penyembelihan hingga ia benar-benar mati. Sunat untuk orang yang berkorban menghadirkan diri pada saat penyembelihan itu. Jagalah adab semasa menghadiri penyembelihan korban. Tunjukkan sikap khusyuk dan tawaduk sepanjang penyembelihan tersebut.

Dalam ibadah korban, yang lebih utama adalah menyedekahkan semua daging korban kepada fakir miskin kecuali beberapa potong sahaja untuk dimakan dengan niat mendapatkan keberkatan. Jika tidak pun, kita dianjurkan membahagikan daging korban kepada 3 bahagian. Satu bahagian dimakan bersama ahli keluarganya, satu bahagian untuk disedekahkan, satu bahagian lagi dihadiahkan kepada kaum kerabat dan rakan-rakannya.

Atas permintaan Encik Suami, Anim telah diamanahkan untuk menjadi "MasterChef" untuk satu bahagian untuk dimakan bersama ahli keluarga, jiran-jiran dan sanak saudara Encik Suami. Tak payah masak yang susah-susah. Simple dan cepat katanya. Anim sahut cabaran itu dengan niat untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan ibadah itu. Sementara kerja-kerja melapah dan memotong daging dilaksanakan, tulang-tulang direbus dalam periuk besar ni. Tengok tu....guna kayu api lagi..huhu...

Jam 1 tengahari dah boleh makan. "Open House" sempena Aidil Adha. Hilang penat den....Nak tengok apa yang Anim masak?

Sup tulang gear box. Actually makan dengan nasi..tapi kebetulan ada extra nasi himpit, serupa soto pulak. Niat asal nak makan bersama sambal asam macam menu orang Utara tapi bimbang depa tak reti makan. So, saat-saat akhir tukar dengan sambal kicap!

Daging masak kicap yang Anim tambah cili kisar dan campakkan serai dan daun limau purut.

~ Sebahagian info penyembelihan dipetik dari al-Ustaz, Isu No.7 ~

P/S Korban adalah cara kita zahirkan kesyukuran atas sekian banyak nikmat Allah sepanjang tahun.

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 12: Orang Jawa Mesti Senyum




P/S Orang lain maybe tak heran...tapi orang Jawa ( macam kami ) boleh tersenyum..

Artikel berkaitan:

Meredah Spillway Empangan Saga@Langkawi

Okay...hari ni nak cerita luar dari bidang cikgu.  Nak cerita fasal "spillway". Nilah 1st time Anim lihat dengan mata sendiri. Sebelum ni dengar je cerita Encik Suami fasal "spillway" unik yang ada di Empangan Saga, Langkawi.

Spillway adalah satu struktur yang digunakan untuk mengalirkan lebihan air di takungan empangan. Empangan Saga ni adalah empangan paling kecil kat Malaysia. Uniknya spillway Empangan Saga ni kerana kita boleh meredahnya. Bolehlah tengok spillway ni kalau kita berhasrat untuk ke B u f f a l o P a r k.

Macam memandu dalam banjir. 2 Abdul cukup teruja...tak dalam mana pun..."Boleh turun mandi tak Ummi?"

Ooo..Buffalo Park tu bukan everyday open. Kami p  Jumaat, closed. Gagah juga p meredah spillway ni lagi pagi Sabtu. Kena tukar signboard tu...kesian pengunjung nanti, jalan nak ke sana pun muat-muat satu kereta.

Model tak berbayar yang cukup sesuai....heee

Free je masuk walaupun tertera signboard RM3 (Adult) dan RM1 (Child) di pintu masuk. Lengang.. hanya kami anak beranak saja di situ bersama anak-anak kampung yang membeli aiskrim. Tak taulah sama ada bukan waktu cuti @ bukan tempat yang boleh attract pengunjung ke sini berbanding Cable Car Gunung Mat Chincang (kawasan pelancongan yang memperolehi kutipan terbesar di Langkawi). 

Ni kerbau tempatan. Kami ni orang Johor, susah nak jumpa kerbau...so... jakun!

Ni import dari India. Boleh nampak beza? Pertama, kulit depa lebih hitam. Kedua, tengok  tanduk dan telinga depa. Hak Malaysia, tanduk besar telinga kecil. India mari...tanduk kecil, telinga besaq.  Kerbau-kerbau kat sini cool saja sebab depa mendengar muzik di kandang...

Aiskrim susu kerbau....

Buffalo steak...liat sikitlah dagingnya..

Mozarella Cheese Tomato....Anim sorang je yang makan. 3 Abdul? Tak mahu......

Lain-lain produk yang boleh dibeli....

P/S  Orang kampung masuk kampung......kami suka nak redah spillway aja sebenarnya!

Artikel berkaitan:

Allah menjemput di saat-saat akhir


Jam 4 pagi tadi ,Encik Suami terima SMS dari seorang sahabat di SP. Sahabat ini sudah berada di Penang Airport dan akan berlepas ke KLIA. Dia minta maaf atas kesalahan dan mohon didoakan perjalanan Haji nya bersama isteri. Terkejut bukan? Walhal kita sedia maklum penerbangan akhir jemaah haji Malaysia ialah pada 19 Oktober lalu.

Benarlah... haji hak Allah. DIA yang berkuasa atas sesuatu. Bila sudah ditetapkan rezeki diundang Allah ke rumah-Nya...tiada yang mustahil sesuatu itu berlaku. Tinggal beberapa hari saja nak wukuf, tak sangka disaat-saat akhir, Allah menjemputnya untuk turut bersama jutaan jemaah yang lain di Arafah. Allahu Akbar..

Sabtu lalu, sewaktu kami bertolak pulang dari Langkawi, dia menghubungi kami dan memaklumkan berita gembira ini. Dia bersama 26 jemaah lain (dari Utara) akan bertolak pada Isnin, 22 Oktober (hari ini) ke Jeddah dengan penerbangan MAS.  Pada awalnya, dia berbelah bagi kerana masa terlalu suntuk (masa yang ada tak sampai 48 jam ). Walhal seminggu sebelum itu, dia telah dimaklumkan dia dan isterinya tak dapat tempat (ikut group seorang Ustaz di SP). Sudah pasti, nasihat kami padanya di telefon ialah pergi sajalah. Kamu suami isteri sudah dijemput-Nya!

Kami sendiri dioffer mengikuti pakej haji oleh satu syarikat selepas menerima surat rasmi dari Tabung Haji Travel mengatakan tiada kuota tambahan untuk tahun ni. Bayaran RM29,000 seorang dikenakan ( harga ini lebih rendah dari Pakej Nilam Tabung Haji) . Penerbangan ke Tanah Suci pada  17/10 lalu. Tapi setelah difikir..kami ni bawa 2 orang tua, kena ikut saluran TH, senang ada tempat nak rujuk, akhirnya terpaksalah lepaskan peluang itu. Takpelah...mungkin rezeki oranglain.

Berbalik cerita sahabat kami tadi....Allah telah mempermudahkan segala urusannya. 2 anak gadisnya dah bersekolah menengah. Tak risau nak tinggalkan kerana mereka tinggal berkembar rumah dengan adik ipar dan ibu mertuanya . Rasanya, seperti kami (walaupun tak dapat pergi) dan sesetengah jemaah rayuan yang lain, barangan haji semuanya sudah tersedia dalam beg. Tinggal angkut saja! Kata Encik Suami, walaupun tak de rezeki tahun ni...tak pe..beg-beg itu bukti (membayangkan) kami pun nak pergi haji juga. Cuma tak ditarik masuk flight ke Mekah saja...heeee...penyejuk hati bila nampak beg itu tau!

Kerana kesibukannya menghadiri taklimat dan urusan bertemu dengan sanak saudara lebih tua, kami hanya dapat menghubunginya melalui telefon. Hanya doa yang dapat diberikan semoga dia dan isteri  memperolehi haji mabrur.

 P/S Hanya dapat berkirim salam buat Baginda Rasulullah Sallallahi Alaihi Wassalam...

Artikel berkaitan:

Apabila Kamu Terlupa Bhg.2

Untuk Shaiful dan Faiz...seperti yang dijanjikan, sambungan B h g  1..

Sampai di rumah tuan guru tersebut, si pemuda dan isterinya meminta izin untuk masuk. Setelah duduk menghadap tuan guru tersebut, mereka berdua menyampaikan hajat dan tujuan mereka.

"Tuan guru, kami berdua datang kerana ingin meminta pertolongan daripada tuan guru." Pemuda itu mula bersuara.

"Khabarkanlah, jika diizinkan Allah, aku akan mampu membantu kalian, " kata tuan guru itu merendah diri. Terpancar daripada wajahnya nur hikmah yang sangat jernih.

 "Kisahnya begini. Saya telah menjumpai sejumlah harta karun sewaktu pulang daripada mengutip kayu api di hutan. Setelah meyakini bahawa harta itu tiada yang punya, saya telah mengambilnya dan menyorokkannya di satu tempat yang lebih selamat. Namun apabila saya dan isteri saya kembali untuk mengambil harta tersebut, sehingga kini kami masih belum menjumpainya. Pada firasat kami, tuan gurulah yang dapat membantu kami."

Tuan guru itu diam sejenak, bertafakur mungkin. Lama juga dia membatukan diri. "Pertamanya,"dia mula bersuara. "Bukan saya yang dapat membantu kamu, tapi hanya Allah. Saya hanya boleh memberikan caranya, selebihnya terserah kepada kamu."

 "Baiklah tuan guru, kami faham," kata pasangan itu sambil mengangguk-angguk.

"Kamu berdua balik dan kerjakan solat sunat Tahajjud kala dinihari. Dengan izin Allah, yakinlah bahawa kamu akan ingat kembali di mana letaknya harta karun yang kamu sorokkan itu."

Mereka berdua kembali dengan hati yang penuh pengharapan. Pada malam itu, mereka tidur awal sepertimana yang dipesan oleh tuan guru. Tepat pukul tiga pagi, mereka berdua sudah bangun untuk menunaikan solat Tahajjud. Tiba-tiba, belum pun mereka menghabiskan rakaat kedua solat Tahajjud mereka itu, si pemuda sudah dapat mengingati dengan jelas di mana dia meletakkan harta karun yang dijumpainya beberapa hari lalu.

Keesokannya, setelah mendapatkan harta tersebut, dia bersegera menuju ke rumah tuan guru yang alim untuk mengucapkan terima kasih.

"Syukur kepada Tuhan, tuan guru. Dengan tunjuk ajar daripada tuan guru, kami sudah menjumpai harta tersebut. Kami juga ingin berterima kasih kepada tuan guru. Terimalah sedikit hadiah dari kami."

"Harta ini kamu sedekahkan kepada orang yang memerlukan kerana saya bukanlah dari kalangan orang yang memerlukan wang atau harta tersebut."

Pasangan muda itu akur dengan kehendak tuan guru. Si suami kemudian bertanya kembali. "Boleh saya bertanyakan satu perkara, tuan guru."

"Silakan."

"Bagaimana tuan guru pasti bahawa saya akan mengingati tempat penyimpanan harta itu hanya dengan menunaikan solat?"

"Sesungguhnya aku mengetahui bahawa syaitan dan iblis akan mengganggu kamu dalam solat, dengan mengingatkan kamu kepada perkara yang kamu lupa agar kamu alpa tentang urusan solatmu, " jelas tuan guru.

Barulah pasangan muda tersebut faham. Bahkan mereka juga teringat bahawa tatkala si suami sudah mengingati di manakah terletaknya harta yang disoroknya, hampir sahaja dia tidak dapat meneruskan solat mereka.

Tambah tuan guru lagi, "Maka jika kamu lupa, maka ingatlah kepada Allah dengan berzikir kepada-Nya . Nescaya Dia lebih mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi."

Pasangan muda itu akhirnya mendapat pengajaran yang sangat bermakna. Mereka lantas menjadi orang kaya yang soleh dan taat kepada suruhan agama.

~ Cerita ini mungkin dialami oleh kita. Waktu solat, waktu itulah kita teringat sesuatu yang kita terlupa, barang yang hilang dan waktu sedang solat juga kadangkala terbit banyak idea untuk update entry .Dan untuk pengetahuan Kazman dan Najmiah (andai terbaca entry ini - sila fahamkan perkataan yang saya boldkan) inilah masalah yang sedang saya atasi yang menyebabkan saya pernah berhasrat untuk berhenti berblogging. Sungguh...saya sedang struggle ni ~

Dipetik dari Bukan Susah Nak Faham oleh Zainuddin Zabidi (www.kalamkhalifah.com)


P/S Nasihat seorang Ustaz, kala kita terlalai di dalam solat, teringat hal-hal dunia, cepat-cepatlah beristighfar dan jangan terus dilayan hal tersebut.


Artikel berkaitan:

Riverra Inn@Langkawi


Salam untuk semua.

Plan nak ke Langkawi ni tak dirancang awal. Alkisah, Encik Suami memang kerap ke Langkawi atas urusan kerja. Dalam seminggu , adakala 2 kali pergi sana hingga naik cemuih(jemu). Bila Anim sebut nak jenjalan Langkawi lagi, jawapan diberi, "Tak ada tempat baru nak ditengok kat sana. Semua tempatkan kita dah pergi ". (Kali terakhir Anim jejak kaki ke Langkawi ialah pada awal tahun 2011, sewaktu bersnorkling di Pulau Payar).

Nak jadi cerita, minggu lalu (minggu exam) Abdul besar tapi kurus demam dan muntah-muntah. 2 hari juga dia terbaring di sofa. Bila demamnya kebah...dia masih enggan makan kerana takut muntah. Puas dipujuk dan akhirnya  bila si ayah mula risau....."Kena makan, kalau tak macamana Ummi nak bawak p Langkawi. Abah tak balik. Abah tunggu je kat sana"...Dan pastinya orang yang bersemangat memberi perangsang kat si Abdul untuk makan dan kembali cergas tak lain tak bukan ialah si Ummi...heeee...

Kali ini kami menginap di hotel baru "Riverra Inn" di Kg.Padang Lalang, Kuah. Hotel bajet (29 bilik) yang baru sebulan dirasmikan ini begitu simple tetapi moden. Ia kepunyaan pasangan En. Fauzan dan isterinya Pn. Diana.

Bangga si Bonda kerana diberi penghormatan merasmikan Riverra Inn kepunyaan anak. Susah nak jumpa kan? Biasa kita dengar, depa panggil orang-orang besar @ politik @ selebriti untuk rasmi premis perniagaan mereka. Patut dicontohi ni..

Bilik direka dengan warna cerah dan dekor yang ringkas. Tilamnya tip top...Kalah Siti Vono di rumah.


Breakfast not included. Tapi tak jadi masalah kerana ada Restoran Sambal Tumbuk di situ.

Suasana kampung..Waktu malam...terasa udara sejuk meniup.

P/S Boleh jengok laman web depa di www.riverrainn.com

Artikel berkaitan:

Apabila Kamu Terlupa Bhg.1


LUPA itu sifat azali manusia. Perkataan 'insan' sendiri berasal daripada perkataan 'nasaya' yang bermaksud lupa. Itulah hakikat kejadian manusia yang penuh khilaf.

Nabi Adam a.s sendiri sewaktu berada di syurga bersama Hawa terlupa bahawa Allah telah melarang mereka untuk mendekati pohon buah khuldi. Lantaran termakan hasutan Iblis laknatullah, mereka akhirnya terlupa dengan larangan Allah.

Pada suatu ketika, ada seorang pemuda yang baik. Dia patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Kerjanya hanya memungut kayu-kayan di hutan untuk dijual sebagai kayu api.

Pada hari itu, seperti biasa dia masuk ke hutan untuk mencari dan memungut kayu api untuk dijual di pasar. Apabila sudah cukup muatannya, dia sudah ingin pulang. Ketika langkah melaju melalui sebuah tunggul kayu, dia perasan ada kilauan yang sangat terpancar dari situ.

"Masya-Allah, dari manakah puncanya kilauan ini?" bisik hatinya. "Kalau hendak dikatakan kilauan dari mata binatang buas, bukan. Ini waktu siang, bukannya malam." Masih ada ragu-ragu di dalam benaknya. Setelah berkira-kira, dia berkata dalam hati, "Aku mesti memberanikan diri!"

Dia lantas mendekati tunggul itu dan mencari punca kilauan yang dilihatnya tadi. Rupa-rupanya di pangkal tunggul itu ada sebuah lubang yang sederhana besar, semuat batang tubuh manusia kurus sahaja.

"Patutkah aku masuk ke dalam lubang ini?" Ada risau dihati pemuda itu.

Sekali lagi dirinya berkira-kira. Wajah anak dan isterinya terbayang-bayang di depan mata. "Jika aku masuk dan diriku ditimpa kecelakaan, bagaimanakah nasib mereka semua agaknya?"

Lama menghitung, akhirnya sekali lagi keputusan nekad dibuat. Pemuda itu lantas masuk ke dalam lubang tersebut. Setelah masuk ke dalam lubang itu, dia sangat terkejut dan bersyukur kerana di dalam lubang itu terdapat sejumlah harta karun yang terdiri daripada syiling-syiling emas. Baharulah dia tahu akan punca kilauan yang memancar sebentar tadi.

"Aku tidak akan berdaya memikul harta-harta ini keseorangan. Bantuan daripada kenderaan juga akan diperlukan. Jika begitu, eloklah aku tinggalkan dan sorokkan harta-harta ini terlebih dahulu dan kemudiannya kembali semula untuk mengambilnya"

Dia lantas kembali ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa. Isterinya kehairanan.

"Awal balik hari ini?" tanya si isteri.

"Tidak, saya tidak ke pasar," si pemuda menjawab.

"Kenapa? Bagaimana kita hendak dapat duit untuk belanja hari ini? Dapur kita perlu diasapkan, anak-anak perlu diberi makan." Isterinya mula susah hati melihat gelagat suaminya itu. Tidak pernah sejak berkahwin, suaminya buat perangai begitu.

Pemuda tersebut mendapatkan isterinya dan berkata, "Kamu percaya kepadaku?"

"Sudah tentu. Bukankah atas dasar itu kita berkahwin?"

"Baguslah, jika begitu.", ujar si pemuda.

Dia kemudiannya menceritakan peristiwa terjumpa harta karun di tunggul pokok. Isterinya sangat teruja. Mereka berdua segera ke sana untuk mendapatkan harta tersebut. Tanpa disangka-sangka, si pemuda tadi sudah terlupa di manakah letaknya harta yang sudah disorokkan itu.

"Masya-Allah, saya sudah terlupa di manakah saya sorokkan harta karun itu," kata si pemuda kepada isterinya.

"Mana mungkin! Benda yang begitu berharga pun kamu lupa di mana letaknya?"

"Daripada terus bercakap, baik kita terus mencari," gesa si pemuda.

Mereka mencari sehingga beberapa jam lamanya namun tidak ketemu juga.

"Nampaknya harapan kita semakin tipis jika beginilah keadaaanya." Isterinya mula merungut.

"Saya yakin harta karun itu masih ada, cuma saya lupa tempat simpanannya," jawab si pemuda, menaruh harapan.

"Apa kata kita minta bantuan daripada tuan guru di hujung kampung?" Isterinya memberi cadangan.

"Bagus juga cadanganmu itu. Mungkin kita boleh meminta pertolongannya untuk mencari di mana harta itu berada."

"Jika begitu, ayuh kita ke sana."

Mereka berdua pun terus ke rumah tuan guru di hujung kampung. Tuan guru itu memang terkenal dengan kealiman dan keilmuannya.


P/S Bersambung ke B h g. 2


Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 11: Kami Tetap Serupa...


walaupun saiz berbeza....

Artikel berkaitan:

Rasa nak say goodbye....

Bila terbaca keluhan HH , Anim terus check statistik blog Anim hari ini. Apa sudah jadi??

 
Pembaca entry? O

 
Bukan banyak pun Profile views (tak seperti HH) sebelum ni...2000+ saja. Hari ni? 3?

Entry yang telah dijengok (pageviews) menjangkau 203,000  kini tinggal 152...

~Macam nak say goodbye saja dengan dunia blog ni~

P/S Mulut masin agaknya...ada suarakan hajat untuk berbuat demikian pada Encik Suami sebelum ini.

Artikel berkaitan: