Agak-agak apa yang difikirkan bila terdengar dialog ini di kedai makan, "Kak, ada harimau hari ni ?". Mau lari pelanggan lain agaknya. Bagi orang Utara, "harimau menangis" bukanlah perkataan asing. Ni bukan harimau belang, tapi.....
"Lemak" di bahagian sisi lembu (ada yang kata berdekatan dengan bahagian susu) yang menjadi hidangan popular di gerai ini. Bukan selalu ada, payah nak dapat. Nampak macam lemak tetapi bukan lemak. Pertama kali Anim menjamah "harimau menangis" bakar dan dicicah air asam!
Ni ha bendanya!!! Mau tak terkejut bila Anim dan 2 Abdul dibawa Encik Suami lunch di sebuah gerai makan tepi jalan arah ke Metro Hospital Sg.Petani.
Di makan pula dengan ulaman dan sambal belacan. Ada kunyit muda! Haha...macam baru lepas makan sireh. Kena gelak dengan 2 Abdul..kuning gigi Ummi...
Carilah gerai Kak Nita ni kalau nak mencuba. Tak dapat nak share harga "harimau menangis" ni kerana lunch kami ber4 ni telah dibayar senyap-senyap oleh seorang pakcik yang menaiki motosikal yang turut makan di gerai tersebut. Kata Encik Suami, itulah Pak Brahim, tuan punya syarikat katering majlis doa selamat kami tahun lalu. Tak sempat nak ucap terima kasih kat Pak Brahim...dia balik lebih awal.
P/S Masih belum dapat jawapan macamana "harimau" dapat nama...
kak baru tahu kunyit muda leh buat ulam..!
BalasPadamhehe murah rezeki kak anim&famly
Ulam kunyit muda elok utk perut
BalasPadamla faiz. Patut org muda belanja
org tua..hee:D))
macam ulam orang berpantang... macam lemak tapi bukan lemak? hmmm...
BalasPadamHuda..ibarat "saya cakap yg berul, bukan mengumpat!" mcm lemak tapi bukan lemak...heee
BalasPadamsaya masa mula2 kawin dulu mak metua slalu cakap bt gulai daging 'rimau menangis'...alahai dlm hati eksotiknya mak metuaku nk bg mkn daging rimau ni..rupanya2 daging lemak2 yg katanya dari bahagian tuuuutttt lembu :). skrg ni mmg dh jadi kesukaan lah...hikhik
BalasPadambawah tutt...kaaa? tuan kedai tunjuk kat peha...huhu...
Padam