Home · About Me · Sitemap ·

Allah menjemput di saat-saat akhir


Jam 4 pagi tadi ,Encik Suami terima SMS dari seorang sahabat di SP. Sahabat ini sudah berada di Penang Airport dan akan berlepas ke KLIA. Dia minta maaf atas kesalahan dan mohon didoakan perjalanan Haji nya bersama isteri. Terkejut bukan? Walhal kita sedia maklum penerbangan akhir jemaah haji Malaysia ialah pada 19 Oktober lalu.

Benarlah... haji hak Allah. DIA yang berkuasa atas sesuatu. Bila sudah ditetapkan rezeki diundang Allah ke rumah-Nya...tiada yang mustahil sesuatu itu berlaku. Tinggal beberapa hari saja nak wukuf, tak sangka disaat-saat akhir, Allah menjemputnya untuk turut bersama jutaan jemaah yang lain di Arafah. Allahu Akbar..

Sabtu lalu, sewaktu kami bertolak pulang dari Langkawi, dia menghubungi kami dan memaklumkan berita gembira ini. Dia bersama 26 jemaah lain (dari Utara) akan bertolak pada Isnin, 22 Oktober (hari ini) ke Jeddah dengan penerbangan MAS.  Pada awalnya, dia berbelah bagi kerana masa terlalu suntuk (masa yang ada tak sampai 48 jam ). Walhal seminggu sebelum itu, dia telah dimaklumkan dia dan isterinya tak dapat tempat (ikut group seorang Ustaz di SP). Sudah pasti, nasihat kami padanya di telefon ialah pergi sajalah. Kamu suami isteri sudah dijemput-Nya!

Kami sendiri dioffer mengikuti pakej haji oleh satu syarikat selepas menerima surat rasmi dari Tabung Haji Travel mengatakan tiada kuota tambahan untuk tahun ni. Bayaran RM29,000 seorang dikenakan ( harga ini lebih rendah dari Pakej Nilam Tabung Haji) . Penerbangan ke Tanah Suci pada  17/10 lalu. Tapi setelah difikir..kami ni bawa 2 orang tua, kena ikut saluran TH, senang ada tempat nak rujuk, akhirnya terpaksalah lepaskan peluang itu. Takpelah...mungkin rezeki oranglain.

Berbalik cerita sahabat kami tadi....Allah telah mempermudahkan segala urusannya. 2 anak gadisnya dah bersekolah menengah. Tak risau nak tinggalkan kerana mereka tinggal berkembar rumah dengan adik ipar dan ibu mertuanya . Rasanya, seperti kami (walaupun tak dapat pergi) dan sesetengah jemaah rayuan yang lain, barangan haji semuanya sudah tersedia dalam beg. Tinggal angkut saja! Kata Encik Suami, walaupun tak de rezeki tahun ni...tak pe..beg-beg itu bukti (membayangkan) kami pun nak pergi haji juga. Cuma tak ditarik masuk flight ke Mekah saja...heeee...penyejuk hati bila nampak beg itu tau!

Kerana kesibukannya menghadiri taklimat dan urusan bertemu dengan sanak saudara lebih tua, kami hanya dapat menghubunginya melalui telefon. Hanya doa yang dapat diberikan semoga dia dan isteri  memperolehi haji mabrur.

 P/S Hanya dapat berkirim salam buat Baginda Rasulullah Sallallahi Alaihi Wassalam...

Artikel berkaitan:

4 Komen untuk " Allah menjemput di saat-saat akhir"

  1. berita gembira .... tak pe anim. kita on standby mode kan ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tumpang gembira dengan rezeki mereka yang sudah dijemput Allah menjadi tetamu-Nya musim haji ni."standby mode" ... heee, best istilah tu...

      Padam
  2. INSYAALLAH..kita hanya merancang..DIA yang menentukan...sekurang kurangnya kita telah berusaha untuk ke sana..selebihnya kita berserah diri padaNya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nekcik, 4 tahun menunggu, 2 kali rayuan. betul, saya berserah diri padaNya..selagi belum diizinkan, selagi itu kena bersabar.

      Padam

Komen anda amat dihargai