Home · About Me · Sitemap ·

Meredah Spillway Empangan Saga@Langkawi

Okay...hari ni nak cerita luar dari bidang cikgu.  Nak cerita fasal "spillway". Nilah 1st time Anim lihat dengan mata sendiri. Sebelum ni dengar je cerita Encik Suami fasal "spillway" unik yang ada di Empangan Saga, Langkawi.

Spillway adalah satu struktur yang digunakan untuk mengalirkan lebihan air di takungan empangan. Empangan Saga ni adalah empangan paling kecil kat Malaysia. Uniknya spillway Empangan Saga ni kerana kita boleh meredahnya. Bolehlah tengok spillway ni kalau kita berhasrat untuk ke B u f f a l o P a r k.

Macam memandu dalam banjir. 2 Abdul cukup teruja...tak dalam mana pun..."Boleh turun mandi tak Ummi?"

Ooo..Buffalo Park tu bukan everyday open. Kami p  Jumaat, closed. Gagah juga p meredah spillway ni lagi pagi Sabtu. Kena tukar signboard tu...kesian pengunjung nanti, jalan nak ke sana pun muat-muat satu kereta.

Model tak berbayar yang cukup sesuai....heee

Free je masuk walaupun tertera signboard RM3 (Adult) dan RM1 (Child) di pintu masuk. Lengang.. hanya kami anak beranak saja di situ bersama anak-anak kampung yang membeli aiskrim. Tak taulah sama ada bukan waktu cuti @ bukan tempat yang boleh attract pengunjung ke sini berbanding Cable Car Gunung Mat Chincang (kawasan pelancongan yang memperolehi kutipan terbesar di Langkawi). 

Ni kerbau tempatan. Kami ni orang Johor, susah nak jumpa kerbau...so... jakun!

Ni import dari India. Boleh nampak beza? Pertama, kulit depa lebih hitam. Kedua, tengok  tanduk dan telinga depa. Hak Malaysia, tanduk besar telinga kecil. India mari...tanduk kecil, telinga besaq.  Kerbau-kerbau kat sini cool saja sebab depa mendengar muzik di kandang...

Aiskrim susu kerbau....

Buffalo steak...liat sikitlah dagingnya..

Mozarella Cheese Tomato....Anim sorang je yang makan. 3 Abdul? Tak mahu......

Lain-lain produk yang boleh dibeli....

P/S  Orang kampung masuk kampung......kami suka nak redah spillway aja sebenarnya!

Artikel berkaitan:

3 Komen untuk "Meredah Spillway Empangan Saga@Langkawi"

  1. alamak! seriau la nak lintas. tak pernah gi la gi buffalopark ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stick gauge (cam kayu pembaris) tu ada utk ukur ketinggian air. So, jgn risaule mala. Nk ke buffalo park nipun jln muat2 satu kereta. Bas takleh la..

      Padam
  2. kak anem.. fifi teringin nak redah air jugak.. tapi sayang.. time tu xdee air.. kalau tak ufairah mesti happy..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai