Assalamualaikum wbt..
Ambil kesempatan waktu rehat Encik Suami tengahari dan petang untuk keluar ronda bandar JB. Dia pun dah jemu makan di hotel dan nak cari angin di luar. Pening kepala duduk dalam bangunan sepanjang masa dan tak dapat hirup udara luar. Maklumlah..dah nama mesyuarat. Kadang menjangkau ke jam 12 malam.
Selasa lalu, kami lunch + dinner (jam 6.30 petang) di restoran kegemaran
kakzakie, Restoran Singgah Selalu.
Order makanan cukup untuk berdua (itupun mengah nak menghabiskan)..Of course menu yang tak jumpa di Sg.Petani, huhu.
Shark's fin soup (ketam)
Daging rusa black pepper
Vietnamese spring roll
Tengahari Rabu pula, Encik Suami ajak lunch kat luar. Anim ajak dia ke Plaza Angsana. Bolehlah shopping baju di sana. Baju dah habis..mana sempat cuci. Kat KSL shopping mall tak jumpa baju yang sesuai. Serupa Bukit Bintang pulak.
Ke Medan Selera Plaza Angsana. Mula-mula nak merasa Kacang Pool Haji buat pertama kali. Tapi bila lihat kacang pool itu dimakan bersama roti bakar, cancelled lah pulak. Menu petang ok kot.
Then, ke gerai Mee Rebus Hj Wahid. Lama sangat tak pekena.
Terlebih masam. Dok belek kot-kot kerana limau kasturi tapi tak jumpa pulak.Bila terpandang botol berisi air jernih di gerainya, mungkin masam dek cuka.
Namun kedatangan kami ke Plaza Angsana dan menikmati Mee Rebus Hj Wahid ni menyentap perasaan. Hajat yang diungkapkan malam sebelum tertunai. Bukan hajat makan mee rebus. Tapi hajat lain. Nanti Anim cerita next entry ya..
Dek kerana Encik Suami tak dapat nak habiskan mee rebus kerana terlebih masam, Anim google pulak Restoran ZZ Sup Tulang di Jalan Petri.
Tempat biasa-biasa aja rupanya. Ada tempat bersila juga..Kami tak order Mee Rebus Tulang sepertimana yang disarankan dalam blog yang digoogle. Iyalah...baru makan mee rebus. Makan dengan roti pun tak mau. Order nasi, sup tulang (kambing) dan telur dadar.
4 tulang semangkuk. Tulang ya..jangan ingat ada isi bagai. Telur dadar dah habis katanya. Next time kalau mai (entah bila) boleh rasa Mee Sup Tulang lak.
Malam tadi, kami keluar lagi. Konon-konon nak pekena Murtabak Singapore di Medan Selera Jln Sg Chat dari info yang digoogle. Biasa kami pekena
Murtabak Singapore@Muar .
Tersalah masuk jalan pula. Kami berada area Jalan Kolam Air. Banyaknya tempat makan di situ.
Mata tertarik dengan Restoran Malay Village dan The Cave bersebelahan Masjid Kolam Air. Makan dalam gua, you.. Depa ni satu company. So, kalau makan di Restoran Malay Village, leh order Western Menu di The Cave. Begitu juga sebaliknya.
Anim dicarikan tempat duduk oleh pelayan Restoran Malay Village . Cantikkan..penuh munge, sesuai untuk couple tua berhoneymoon ni. Kalau dengan 2 Abdul, sure depa mahu kami duduk di The Cave.
.
Small size menu tapi boleh makan berempat. Seafood Tom Yum, Mango Salad dan Butter Prawn (10 ekor). Order juga Ayam Pandan. Nasib baik sampai ke sudah tak sampai ke meja. Kalau dak....memang kena tapau. Tapi...sapa nak makan nanti? Syukurlah..
Pagi ni (Khamis), kami bersedia untuk check out. Cukuplah 5 hari 4 malam. Encik Suami pun dah settlekan semua bahagian dia. Tak mahu dah tunggu sehari lagi. Sat g nak ke Kota Tinggi jemput si Abdul sulung. Petang karang nak ke Kluang, ambil si Abdul kecil pula. Then, bertolak balik ke Sg Petani. Kalau penat, kami transit Ipoh. Kalau dak..teruskan perjalanan. Ahad ni dah naik sekolah.. huhu.
Sejarah berulang. Kalau dulu rezeki kami di
Bayview Penang . La giliran voucher bertukar tangan. Kali ni, rezeki siapalah agaknya. Dah bagi room card dan breakfast voucher kat urusetia tadi.
P/S Pernah ada pengalaman menginap sebulan di sebuah hotel di JB satu masa dulu sewaktu menetap di Batu Pahat. Camnapun, hujung minggu Anim akan balik basuh baju. Kali ni...naya. Lepas kenduri terus ke sini. Mana sempat basuh baju. Dok spray perfume jelah jawabnya..huhu
memang betul jalan jalan cari makan ni kak.. saya org johor pun tak sampai lagi tempat makan tu semua.. hahaha..
BalasPadambanyak tempat makanan yang pemes kat jb ni..tapi nak kena rajin teroka je...hehehe..
BalasPadamNi memang betul-betul JJCM ni, Anim. Bestlah... dah naik penimbang belum? Tunggu-tunggu semua makanan tu keluar balik dari badan baru naik atas penimbang ya ~_^ Saya pun dah lama tak ke JB. Teringin juga nak JJCM di JB terutama Restoran Singgah Selalu yang Kakzakie selalu sebut-sebut dalam blog tu.
BalasPadamKalaulah saya yang kena menginap di hotel 5H4M, mahu saya sewa lori bawa pakaian. Hehehe....
lamanya dia bercuti ke JB ye.. semua tempat tu saya pernah makan juga.. ZZ tu dah lama tak pergi.
BalasPadamkecur tgk semua mknn tu anim ... heheee . sup tulang tu , masukkan mee , perghhh ... memang tak toleh doh saya . mee rebus kan selalunya limau kita letak sendiri kalau nak kan . bkn rezekilah tu ... semoga sampai ke sg petani dgn selamat . letih tu buat perjalanan jauh ...
BalasPadamRindu JB. Hihihi
BalasPadamLama dh x pergi jb...
BalasPadamapa lh rupa dia skrg
meriah menu makanan kat JB.. huhu
BalasPadamSampai juga Anim tempat singgahan kakak selalu semua tu Anim
BalasPadamTapi selera keluarga kakak Singgah Selalu yg lain kurang sikitlah walau tempat ada yg banyak munge tu hihi..
Sayangnya kakak tak ada di JB kalau tak agaknya kita dpt makan semeja kan:)
Sampai juga Anim tempat singgahan kakak selalu semua tu Anim
BalasPadamTapi selera keluarga kakak Singgah Selalu yg lain kurang sikitlah walau tempat ada yg banyak munge tu hihi..
Sayangnya kakak tak ada di JB kalau tak agaknya kita dpt makan semeja kan:)
sungguh2 jalan2 cari makan ni.. CT pun tingin nak rasa kacang pool tu..
BalasPadamtapi johor jauh saaaaangat hahaha..
Wahhhh..rasa nk makan mee rebus tulang...sedapnya
BalasPadam