Assalamualaikum wbt...
Tiba Johor, baru sedar tudung yang nak dimatch tertinggal di Sg Petani. Baju manik penuh dan jubah kelabu-hitam saja yang ada tudung sesuai untuk disarung. Hati lebih berkenan nak sarung jubah tapi memikirkan warna gelap di majlis kahwin..tu yang serba salah.
Akhirnya baju bermanik tu yang terpaksa dipilih. Baju ni asalnya dibeli tahun lalu, konon-konon untuk pakai raya. Namun setiap kali disarung, pasti ditanggal kerana kurang selesa bermanik bagai. Tak taulah macamana boleh terbeli baju tu, huhu.
Majlis pernikahan adik jam 10.30 pagi di Muar. Kami tak ikut berkumpul di rumahnya dan memilih untuk bertolak dari rumah sendiri di Batu Pahat.
Kuar seawal jam 7.30 pagi. Tak selesa pula nak turun pekena roti canai di warung. Anim minta depa saja turun breakfast. Anim sanggup tunggu dalam reta, kihkih.
Sabtu pagi, warung penuh pelanggan. Tak jadi katanya. Nak breakfast di Hentian Rehat Pagoh. Sempat pulak dibungkuskan dua bungkus nasi ambeng. Nanti makan di Hentian Rehat, cadangnya.
Tak taulah oranglain...bagi Anim manik baju berlebih-lebihan sangat:-))
Tiba Hentian Rehat Pagoh, Anim tinggal sorang diri menikmati nasi ambeng dalam kereta. Tak sanggup nak mendaki tangga dengan manik dan kain meleret, huhu.
Nasi ambeng atas riba..Sedap....
Tiba-tiba ternampak kelibat mereka menuju ke kereta. Apa sudah jadi?
Puas pusing cari. Tak jumpa tempat duduk.
Laaa...nak kata apa. Cuti sekolahlah katakan.Sabtu lak tu:-))
Join sama..Sapa sangka kan..
Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan yang ambil masa lebih sejam di surau berdekatan.
Kami 11 beradik bersama Bonda...
P/S Dusik "macam pengantin". Rasa ralat pula tak sarung jubah hitam-kelabu tadi..
hehe, takpelah kak, nampak berseri sikit..janji tak overshadow pengantin.tahniah dapat ahli keluarga baru
BalasPadamsaya pn xberape selesa pakai baju yg bnyak manik nih.. rasa macam over lak.. hehehe
BalasPadamBaji bermanik sikit2 tak per bunda pun suka...berseri sikit...kalau over sangat, mengalahkan pengantin pulak...
BalasPadamcantik la.. jgn overshadow pengantin sudah..
BalasPadamcantik je kak pkai bju bmanik tu..
BalasPadamcuma klo terlalu byk..lya pon x suka..simple2 je..
Nasib baik baju manik-manik pink tak kena sambal *_* Takpalah Anim, mengalahkan pengantin sekali-sekala. Cuma yang kesian kat pengantin perempuanlah kena dibayangi dek kilauan manik baju Anim. Hehehe....
BalasPadamTengok gambar....tak de lah nampak manik sangat pun, kan tutup ngan tudung tu Nim.....Cantik apa....
BalasPadamAlhamdulilah....selesai sudah, ada adik yg belum kawen lagi ke Nim....
Selamat Pengantin Baru buat adik....
sesekali bermanik apa salahnya anim . mmg striking calernya sbb tu mcm pengantin ... heeee ... nasi ambeng dah lama x makan . rindu bebenor rasanya .
BalasPadamhaha itulah masalah bile manik bnykk sgt.. btw, mak sy jahit manitt.. hehehe
BalasPadamcantik baju manik2 pun.. lagi nampak elegen.. hehehe.
BalasPadam