Assalamualaikum wbt...
Tengah malam Ahad, lepas kenduri dan hantar si Abdul sulung ke rumah mertua di Kota Tinggi, kami terus bertolak ke Johor Bahru. Encik Suami ada mesyuarat di KSL Hotel dan Resort hingga Jumaat. Si Abdul kecil pula mahu ditinggalkan di rumah Bonda. Sepupu sepapatnya masih ada. Tadi dia called, mak sedaranya nak bawa dia jalan-jalan ke Melaka. Ok..janji
hampa gembira.
So, di sini, hanya kami berdua...
Pemandangan dari bilik kami di Tingkat 16. Katanya, resort ni adalah yang terbesar dan terbaru di Johor. Kami di Tower 1. Bangunan sebelah Tower 2 . No wonder ada 868 bilik dan suites.
Main attraction di sini, Dinosaur Alive Water Theme Park. Sure tak naik-naiklah 2 Abdul kalau dapat join Ummi dan Abah di sini. Tak pe....bermain dengan sepupu sepapat yang jarang sekali dapat kumpul sama lagi best buat mereka.
Survey lagi, dalam kawasan hotel dan resort ni ada shopping mall. Tesco pun ada. Cari tempat makan untuk Anim sebenarnya. Encik Suami tak de masalah, semua provided.
Tak dapat bayangkan kalau si Abdul sulung nampak kedai ni...
Boleh berjam-jam duduk mengadap dan sure naik rimas lihat dia "memujuk dan merayu" si Bapak..
Kedai aksesori, kedai jual HP macam ni berlambak dalam shopping mall. Setiap floor ada. Ni tempat kegilaan si Abdul kecil. Casing hp kalau boleh nak tukar setiap minggu. PANTANG nampak yang baru. Selamat..selamat.
Walaupun kat SP tak dapat harga murah begini...tak mahulah apa yang Anim survey ni diketahui 2 Abdul.
Dah survey restoran dalam shopping mall. Yang boleh masuk list Anim, biasalah restoran makanan segera Pizza Hut dan KFC. Yang lain, bunyi Korea, bunyi Jepun, bunyi Taiwan....ampun, tak sanggup masuk bila tertera "No pork, No lard". Kopitiam pun tak berani nak masuk. Tak nampak tanda halal.
Makan di resort saja? Ooo noo...
1st day buffet breakfast after 10% discount untuk room guest..RM40.50. Hari ke 2, Anim makan biskut cecah Milo, haha. Sayang duit oo..banyak mana boleh masuk perut untuk breakfast. Hari ke 3, Anim dipaksa turun breakfast pula sebab Encik Suami dah tak lalu katanya. Lagipun break pukul 10 pagi, dapat minum lagi, tambahnya.
Anim tau Encik Suami temberang saja tu. Dia kesiankan Anim agaknya. Anim setuju dengan syarat kami take turn, haha.
Syukur alhamdulillah, 2 Abdul tak ikut serta. Setakat Anim sorang, makan breakfast+lunch atau lunch+dinner. Top up dengan biskut dan kerepek, orait saja. Encik Suami bermesyuarat hingga malam. Tak sempat nak bawa kami keluar cari makan. Anim tak yakin lak nak drive sendiri cari makan di JB. Kereta Encik Suami tu payah sikit Anim nak parking. Haha...bertahun duduk bandar kecil, bila p bandar besar, mulalah keyakinan memandu tu goyah.
Dengan bertemankan free Wifi nilah...merehatkan diri sepanjang hari. Berpeluang melayari video Dr.Zakir Naik, Nouman Ali Khan dan Sheikh Yusuf Estes di Youtube.Satu peluang yang jarang dapat diikuti di Sg Petani dengan
broadband yang ada, huhu.
P/S Nikmati keadaan istirehat dan tidur sepanjang hari dalam bilik berhawa dingin. Balik SP, bakal sibuk semula.
nikmatnya bercuti...berhoneymoon lagi hehe
BalasPadamPasangannya bekerja, kam. Bukan honeymoon tu, hihi
Padamwaw keren hotelnya
BalasPadamBest gitew cuti2 jenjalan sambil cuci mata..
BalasPadamCuci mata je sue. Takde apa nak beli di situ
PadamSesekali dpt nikmat sebegini buatkan kita terasa amat bersyukur n tertanya tanya...
BalasPadamBagaimanalah rasanya kalau giliran kita ditakdirkan menjadi gelandangan...
Naudzubillah..takut juga. Maklum...hidup berputar umpama roda. Minta dijauhi Allah
Padamehhhh..KSL! 5min je dari rumah mertua sue...!tapi jarang pegi sbb susah parking n suasana Mall nye tak kena dgn sue...kalau nk cr barang phone, sue lagi suka pegi holiday plaza..dekat je dgn KSL tu
BalasPadamOoo...mesti mak mertua sue duduk di taman abad. Iyalah...dh mcm bukit bintang bg kak
PadamDah namanya emakkan, Anim. Mana-mana pergi, apa tengok pun asyik teringatkan anak-anak. Anak ni suka itu, anak itu suka ini. Kalau saya pun macam tu jugalah. Nasib baik 2 Abdul tak ikut, kalau tidak mewah mereka memujuk rayu makpak di JB.
BalasPadamOh, ikut suami atas dasar kerja ni ada baik-buruknya! Kalau sayalah yang ditinggalkan sendirian, habis semua mall kat sana saya terjah. Bab bawa kereta tu, kalau tak berani saya naik teksi *_*
Lesen anim tak besar lah MD kalau dia ada. Dok SP oklah..tak dibagi izin kalau nak naik taxi sendiri. Sanggup dihantar
Padamsesekali honeymoon lah anim ...heheheee ... klu saya pun mmg x mkn kat hotel lah . saya ni jenis perut kecik mkn sikit je dah kenyang . jadi mmg x berbaloi byr 40++ tu ... mmg sayang duit lah anim .
BalasPadamRm40 tu vee, standard lunch saya dengan 2 Abdul makan. Tu pun macam2 yg kami order di SP, huhu
PadamItulah bnyak perkembangan pembangunan johor ni kan...sesekali best jugak melancong ke negeri.kelahiran kita kan Anim...nekcik klau balik johor mmgvtak dpt kluar daerah...asyik gomong jer dgn kaum kerabat
BalasPadamwahhh cantik betul kolam kat hotell nihh..
BalasPadambestnyaaaa ikut orang kursus.. sama lah kalo CT ikut mak o ayah kursus.. joli dalam bilik hehehe..
BalasPadamskali skala oklah nak room service ke nak makan kat hotel ke kan.. slalu mau rabak poket..
di tunggu yang kista perjalanan lainya..semoga bertemu dalam kisah selanjutnya
BalasPadam