Assalamualaikum wbt..
Dah dua hari kami berbuka 5 minit lebih awal dari Sg Petani. Jangan salah faham ya. Anim balik Ipoh. Pusing kepala tu macam berkurangan sikit, tu yang berani drive. Sikit je pun sakitnya.
Berbicara tentang sakit dan kesulitan yang dialami, Anim teringat nasihat yang diberikan Ustaz Haslin Bahrim (Ustaz Bollywood) di
Kg Sg.Kinta bulan lalu.
Katanya, "lantaklah" apa yang Allah nak buat kat kita. Sakit, sihat, senang, susah. Dah kita ni hambaNya. Ikut DIAlah nak buat apa kat kita. Kita terima saja. Yang penting, keredhaan Allah di dunia dan akhirat yang kita mahu. Mati kita dalam keadaan Allah redha...
Pagi tadi sambil mendengar tazkirah Ustaz Ahmad Dusuki Rani ,"Rahsia Kematian & Alam Akhirat" di youtube, ayahnda telefon. Terkejut juga..7 pagi, awal lagi ni. Lagi-lagi dapat tau dia keluar jemaah 3 hari di satu tempat.
Ayahnda sampaikan berita mengejutkan. Berita pemergian sahabat Anim di Batu Pahat. Tambah mengejutkan dan membuatkan hati bertambah sebak ialah arwah meninggal dunia bulan Mac lalu. Berita ini Anim terima pagi ini, setelah 3 bulan berlalu.
Menurut Ayahanda, suami arwah (pernah satu markas jemaah tabligh dengannya) telah menyampaikan pesan kepada rakan jemaah ayahnda untuk menyampaikan berita itu kepada ayahnda dan meminta ayahnda menyampaikan berita itu kepada Anim kerana arwah merupakan sahabat Anim.
Arwah merupakan rakan sekelas Form 6 di High School, Batu Pahat. Bila Anim dapat masuk Maktab, kami masih meneruskan persahabatan melalui surat. Kemudian Anim dikhabarkan, dia juga memilih bidang perguruan sebagai kerjaya. Hubungan kami kemudian terputus.
16 tahun kemudian, sewaktu Encik Suami bertukar dari Kulim ke Batu Pahat, Anim berpindah ke Peserai. Hari pertama melapor diri, Anim terpandang satu nama yang amat dikenali di notis board sekolah. Anim ingat nak buat surprise, nak tunggu hingga hari buka sekolah.
Malangnya Anim tak jumpa pun sahabat Anim ni. Mungkinkah nama saja yang sama. Dari rakan-rakan lain, Anim bertanyakan cikgu yang punya sama nama dengan sahabat Anim ni. Depa tunjuk sorang cikgu yang berpurdah. Masha Allah....tentu sekali Anim tak mengenalinya. Dia berubah 100%. Lucunya...dia tak mengenali Anim kerana Anim nampak putih. Haha...
6 tahun di Batu Pahat, hubungan kami terjalin semula. Kami kerap menziarahi satu sama lain. Sehinggalah Encik Suami diarahkan berpindah ke KL kemudian ke Sg.Petani dan kami hanya berSMS dan berWhatsapp saja.
Sayunya hati membelek kembali ucapan hari raya tahun lalu...
Tambah sayu mengenangkan kelapan-lapan orang anaknya yang berusia dalam 23+ hingga 10 tahun.
Tiba-tiba...kerinduan menusuk jiwa. Menurut kata kawan sekelas Form 6 dulu, arwah ada berpesan kepadanya kalau menjengok anaknya yang belajar di Alor Setar, singgahlah rumah Anim. Pasti Anim akan masak macam-macam nanti. Allahu Robbi...sedihnya..
Anim tak salahkan geng bas sekolah lama yang tak maklumkan pada Anim berita pemergiannya. Mungkin mereka terlepas pandang. Anim pulak tak aktif FB. Arwah dikhabarkan tidak lama sakit, dalam 2 bulan saja (kanser usus). Menurut kawan Anim yang menziarahinya di hospital, arwah redha dan mengatakan apalah sangat sakitnya, jika dibandingkan dengan oranglain. Allah uji sikit saja.
Khabarnya, jenazahnya diangkat dan dimandikan oleh suami dan anak-anaknya. Beruntungnya arwah. Sebelum dibawa ke masjid, kawan bercerita suaminya tazkirah atas kepala arwah surah yang arwah suka baca. Redha suami...syurgalah tempatnya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Damailah kamu di sana, sahabatku, yang disayangi rakan, ahli keluarga dan anak-anak murid. Doaku mengiringimu. Al fatihah..
P/S Bila rakan seusia meninggalkan kita dahulu, terasa kita sendiri pun semakin dekat dengan kematian. Namun takut memikirkan, cukupkah bekalan kita...
alfatihah..semoga arwah berebahagia disana..ditempatkan bersama org2 yg beriman..
BalasPadamal Fatehah buat sahabat itu...
BalasPadamkita ntah bila. gentar juga bila sesekali teringatkan kematian...
Al-Fatihah...dari Dia kita datang kepada Dia juga kita kembali.
BalasPadamInnalillah... kakak tak kenal pun tapi dek membaca paparan N3 Anim ni buat airmata kakak bergenanglah pulak. Melihat caranya amat tenang kawan Anim ni dan kakak percaya dia senang disana.
BalasPadamalfatihah... selepas ni turn kita pulak kan kak...
BalasPadamInalilahiwainailaihirajiuun.....nekcik pun susah hati nila dengar orang meninggal....memikirkn bekalan yang sedikit
BalasPadaminnalillah..
BalasPadamsalam takziah
alfatihah
sayu nya hati..
BalasPadamal fatihah . saya juga , bila ada perkhabaran kematian , mula rasa seram sejuk dan terfikir diri sendiri ...
BalasPadamInnalillah...Al Fatihah..
BalasPadamal-fatihah..semoga syurga tempatnya
BalasPadamAlfatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarganya. Sedih bila kehilangan sahabat lama. Bila rakan sebaya pergi dulu meninggalkan kita, memang terasa-rasa yang masa kita pun bukanlah lama lagi tapi betul kata Anim, takut bila memikirkan cukupkan bekalan yang kita ada :(
BalasPadamAlamak tetiba kita sedihlah pulak Nim....ni ha tetiba bergenang air mata huhu...
BalasPadamAlfatihah untuk arwah. Beruntung jenazahnya disempurnakan oleh anak anak dan suami.
Betul Nim....bila kengkawan kita ada yg telah pergi, terasa pulak diri ini bila ajal kita....sedihnya...
Salam takziah..semoga roh arwah dicucuri rahmatNya..amin
BalasPadamAl-fatihah..
BalasPadamterima kasih puan atas entri nya :)
BalasPadamdoakan akak ya dipermudahkan urusan di alam barzakh