Sejak berpindah ke perumahan ini 5 bulan lalu, inilah tetamu kedua family kami. Tetamu pertama ialah my cousin from Johor. Lama dah rumah ni tak dikunjungi tetamu jauh.
Walaupun depa maklumkan tak perlu susah-susah kerana hanya nak tumpang solat dan nak bertolak ke Kuala Nerang selepas Maghrib, Anim suruh tunggu dulu. Datang jauh, takkan makan kerepek dan buah saja.
Masak simple aja. Udang galah masak lemak cili api, ayam goreng dan tumis kubis . Macam lipas kudung, main campak-campak saja dalam periuk. Depa balik solat Maghrib berjemaah di masjid berhampiran pun masih tak siap memasak. Balik masjid, dapat bungkusan Nasi Tomato. Ada majlis di masjid katanya. Tapi....semua nak makan masakan Mak Ngah..
Dah lapar ...sayur atas kuali pun tak mau tunggu dah..
Ayam goreng licin dah. Udang galah berbaki 4 ekor dan kubis tumis masih ada untuk hidangan malam Encik Suami yang masih dalam perjalanan pulang ke SP . Mungkin boleh senang hati kemas dapur sebaik tetamu mengejut bertolak ke Kuala Nerang.Tapi tak sesenang itu....
Actually, kami ada tetamu yang ditunggu. Adik lelaki Anim 5 beranak, ayah mertuanya bersama dua adik iparnya dalam perjalanan dari Kluang nak tumpang bermalam di rumah kami. Depa nak ke Perlis kerana ada majlis kahwin di Padang Besar.
Plan awal memang cantik. Hidangan lemak cili api udang galah, bersama ayam goreng dan tumis kubis memang dirancang untuk tetamu Kluang. Anim beli pun ngam-ngam saja. Iyalah..manalah kita tau ada tetamu mengejut. Rezeki orang Rawang rupa-rupanya.
Dok jengah isi fridge. Apa nak ku masak untuk tetamu Kluang? Udang putih dan tauge kebetulan dibeli sebagai rencah untuk mee goreng sarapan pagi. Jam dah menunjukkan 10 malam. Iyalah, sebaik Encik Suami tiba dari Ipoh, kenalah layan dia makan sekejap. Takkan kita nak masak, Elok dia mandi dan berehat, mulalah ke dapur semula.
Nasib baiklah adik bertolak dari Kluang lepas solat Jumaat. Masa Anim masuk dapur, dia kata baru tiba Simpang Pulai. Dalam 2-3 jam sampailah SP. Nak cari makanan siap pun tak sempat dah. Dah malam. Walaupun maklum depa mungkin tiba dalam jam 12 malam- 1 pagi, Anim tetap anggap mereka belum makan. Lagipun sedari kecil Bonda dah tekankan, "orang Jawa ni PANTANG bertanyakan tetamu, "dah makan ke belum?". Jangan tanya dah makan ke belum ke, hidangkan saja,
Tauge tumis, sambal udang dan telur kicap. Ni pun main campak-campak. Letih masak dua kali.
Entah apalah kata jiran sebelah. Jam 11 malam masih menumbuk lesung.
Selesai masak jam 11.30 malam. Tetamu tiba rumah jam 12.30 malam. Alhamdulillah, tak sia-sia menumbuk lesung tengah malam. Mereka hanya stop dua kali saja di Hentian Rehat.
Tetamu yang ditunggu. Pukul 3 pagi katanya depa tidur kerana leka bermain dengan abang 2 Abdul.
Mak Ngah tak larat tunggu...
Sebelum bertolak ke Padang Besar tadi, Anim ajak tetamu ke Tanjung Dawai. Tak jauh dari tempat kami...dalam 30 minit saja.
Nak bawa tetamu naik bot dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka. Orang Kluang tak pernah naik bot. Kita pusing Sg.Merbok ya...
Satu kepala RM4 saja. Kami ber11 (RM44) dan bayar extra RM6 untuk dibawa pusing ke kawasan ternakan ikan sangkar. Tak berhenti di Pantai Merdeka kerana mereka pun nak ke Padang Besar. Kalau berhenti...alamat si kecil2 termasuk 2 Abdul mesti nak main air.
Ternakan ikan sangkar kerapu, jenahak dan siakap..
Sukanya si Aina yang berusia 4 tahun ni. Siap bertepuk tangan...
Lepas beli sikit ole-ole barangan laut Tanjung Dawai untuk dibawa balik, makan time di tepi sungai. Bagi tetamu makan ikan fresh baru naik . Memang lain rasanya. Kata my SIL, sedapnya rasa ikan bakar di sini, tak de bau hanyir.
TQ Zaky dan his wife Emma kerana sudi singgah. Jangan serik datang lagi:-))
P/S Selamat bercuti. Sehari dua ni ada di SP. Plan nak balik Johor hujung minggu. Ada kenduri kahwin kerabat terdekat.
Wahhhh awal2 cuti akk da terima tetamu yek ;)
BalasPadamSaya boleh bayangkan mcm mana akak bersilat fi dapur. Tapi bila dah selesai, puas hati sungguh kan.. Tetamu datang bawa rezeki. Syukur...
BalasPadamAlhamdulillah.. tetamu mengejut, tetamu dirancang semua sama dirai...
BalasPadamwahhh yang penting dapat eratkan silaturahim dan perut kenyang
BalasPadamAlhamdulillah.. memang begitu pun.. kalau ada tetamu datang tak kira mengejut atau dah diberitahu, mesti akan ada hidangan untuk dorang..
BalasPadamOh...ada dua tetamu lah ni yeh.... okje ni jenis malas sungguh nak memasak Nim....lebih lagi kalau dah mlm cenggitu....anggapkan dah makan boleh tak? Haha.....tp dah namnya kakak, adik sendiri nak menyinggah, tak sampai hati ek....
BalasPadamSempat lagi pergi Tg Dawai....bila kendurinya sempat ke?
Tak leh nak komen entri baru tu. Tak keluar kotak komen ....